TUHAN Maha Besar!

BismiLLAHirrahmanirrahim.





Ramadhan sudah di penghujungnya. 2 hari lagi akan bergemalah alam ini dengan kalimah Takbir yang akan diwiridkan dari bibir-bibir Muslim. Tanda sebuah kemenangan ke atas kaum Muslimin yang telah mempuasakan diri dari segala macam larangan demi sebuah pendekatan kepada TUHAN Pencipta melalui pelbagi nikmat yang telah dikurniakan. Menerusi pelbagai jalan yang telah disediakan oleh TUHAN Yang Maha Pengasih dan telah ditunjukkan oleh Penghulu sekalian umat; Muhammad s.a.w.

Hari kemenangan 1 Syawal bukanlah hari turning back untuk kita kembali melakukan perkara-perkara mungkar kerana terhijab dan iman takliq memuliakan bulan Ramadhan. Amalan dan suruhan yang hanya dilakukan secara bermusim. Iaitu hanya sebulan dari 12 bulan. Sebulan penuh kita menutup aurat kerana bulan Ramadhan. Sebulan penuh kita bertarawekh kerana bulan Ramadhan. Sebulan penuh kita bersedekah kerana bulan Ramadhan. Sebulan penuh kita membaca al Quran kerana bulan Ramadhan. Amalan ini pastinya telah terpesong dari niat asal yang seharusnya kita lakukan liLLAHi Ta'ala. Bukan kerana bulan yang telah ALLAH muliakan itu. Kan lebih molek dan cantik dan kacak dan bergaya jika amalan-amalan wajib dan sunat ini kita lakukan secara istiqamah. Bukankah orang yang berjaya itu adalah orang yang hari ini lebih baik dari semalam?

Dan aku. Mungkin Ramadhan kali ini, Ramadhan terakhir di bumi barakah ini (insya ALLAH dan amiin Ya RABB). Ada sayu dan sebak di hati. Ramadhan di sini telah memperlihatkan aku tentang 'hidupnya' bulan Tarbiyah ALLAH ini di sini, berbanding 'meriahnya' bulan puasa di tanahair. Kadang-kadang berimajinasi berjalan di Bazar Ramadhan dengan hidangan jualan makanan yang bermacam-macam jenis, bermacam-macam rasa, bermacam-macam warna, bermacam-macam bau yang sangat menyelerakan yang kadang-kadang membawa kepada pembaziran. Tetapi di sini. Hanyalah 3, 4 jenis kurma keras, kacang tanah, jeruk sayuran, air tamar hind, air khourub, manisan dan cokelat membuatkan diri berasa insaf. Kita tidak mampu memiliki semua keinginan. Tetapi kerana nafsu...

Cuma satu. Aku terfikir. Adakah segala amalan aku diterima atau dihina???


ALLAHu Akbar! ALLAHu Akbar! ALLAHu Akbar!


Salam Idulfitri 1429. Maaf Zahir dan Batin.
Kullu Sanah wa Antum bi Khair.

=)


NotaBawah:
Aku tidak dapat mengirimkan kad raya pada tahun ini. Kepada kalian yang berkenaan jangan berkecil hati. Kerana kad raya buat keluarga pun aku tidak mengirimkannya.

4 Rokyukum:

Pa'chik Tuesday, September 30, 2008 5:30:00 AM  

Salam Idiulfitri 1429. Maaf Zahir dan Batin.
Kullu Sanah wa Antum bi Khair.

Anonymous Friday, October 03, 2008 6:34:00 PM  

salam

Selamat Hari raya. Maaf zahir dan batin =)

e.i.s.r.a.a Saturday, October 04, 2008 5:14:00 AM  

pa'chik>>
Salam Idulfitri 1429. Maaf Zahir dan Batin.
Kullu Sanah wa Antum bi Khair.
=)

dato g>>
salam kembali. Selamat Hari raya. Maaf zahir dan batin =)

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Saturday, October 04, 2008 6:24:00 PM  

salam aidilfiri buat abe g n anisss

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah