Nota Bawah

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Walaupun sudah ditulis senarai pendek untuk proses penyahan (bukan mak nyah) wang sempena Idul Adha kali ini, rasanya Istana Sangkut ayahanda akan ditutup pada Raya Korban esok hari. Ini adalah kerana, pada esok hari di 'Pejabat Kecil Kami' akan berlangsungnya acara penyembelihan korban 5 ekor lembu. Staf perempuan (termasuk aku) ditugaskan untuk menyediakan hidangan raya (baca: sarapan dan makan tengah hari) untuk para jejaka yang gagah 'mengerjakan' 5 ekor lembu itu.




Tahun ini belum ada rezeki untuk menziarah RumahALLAH. Kalian?

Berbaloikah?

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.








Inilah kali pertama (2009) aku masuk dan makan masakan 'Tok Wan Merah' yang seharusnya aku boikot itu. Bukan makanan itu yang aku mahu ceritakan (menyesal sesudah kenyang???), tetapi aku suka gambar di situ (yang sebenarnya aku telah menjadi penderma peluru kepada Palestin dan negara-negara yang senasib dengannya).

Kadang-kadang. Aku berasa pelik terhadap diri. Sudah tahu salah (berdosa), kenapa mahu lakukan juga? Teringat satu formula. 'Sembahyang dapat mencegah dari melakukan perkara mungkar'. Jika aku bersolat, tetapi masih lagi buat benda-benda yang mungkar, maknanya solat aku ada... ... ...

....




... something wrong!








Astaghfir ULLAH al'ziim. Astaghfir ULLAH al'ziim. Astaghfir ULLAH al'ziim.

Baju Pengantin Atas Bumbung

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Cerita bonda pada pada suatu tengah hari. Ketika di dapur.

Orang dulu-dulu laaa...
Kalau hujan, 'apah tak dapat'. Kesian pengantin. Tak dapat bersanding. Kerabat bonda ada yang buat?
Tak ada pulak buat kenduri musim tengkujuh. Ih, cerita lama, mana nak ingat dah.
Kalau bukan musim tengkujuh pun, kot la musim hujan. Atau tak nak hujan masa kenduri ke...
Jangan kamu nak letak baju kahwin atas bumbung pulak.
(Macam tahu-tahu saja bonda ni) Ala... kurafat semua tu...






Kurafat orang dulu-dulu seperti yang diceritakan oleh bonda. 'Letakkan baju pengantin di bumbung untuk elak hujan turun pada hari majlis kenduri'. Jangan kalian buat!

Koleksi

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Orang lain, koleksi peribadinya mahal-mahal, berjenama, dari luar negara. Beg tangan, kasut, cermin mata, minyak wangi, kerongsang, jam tangan.





Inilah koleksi aku untuk tahun ini. Rasanya. Tak tahu pula jika ada sebarang tambahan pasangan pada saat-saat akhir tahun 2009 nanti. Kerja aku kan 'menoreh'.

Duit Raya Idul Fitr 2009

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.







Terlupa. Aku kan seorang yang suka 'menyohor'. Cuma sebanyak ini sahaja duit raya yang berjaya dikumpul untuk tahun 2009. Sikit... Duit 'biru-biru' saja...

Macam

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.



Rasa macam 'bongok' saja, kalau aku tak baca sebarang buku dalam tempoh sebulan. Sungguh!




Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah