Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Ahha!

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.





Jangan sangka, dengan perwatakan aku yang sangatlah lemah gemalai ini tidak bersukan. Hingga diserang selsema dan batuk, punyalah sakan. Tiada acara yang secocok dengan jiwa, jadi aku mengambil keputusan untuk menyertai cabutan bertuah saja. 6 haribulan menjadi saksi akan kebertuahan aku. Patutlah dulu-dulu bonda selalu kata; "... bertuah betul budak ni...".







Telah selamat khatam menonton 'My Name Is Khan' walaupun heronya sangatlah tidak diminati. Dikhabarkan filem ini diharamkan (tidak dibenarkan masuk) ke Malaya. Apa betulkah? Kerana apakah? Hidup beragama pluralisme itukah atau tindakan 'Khan' yang mahu membersihkan nama orang Islam yang dilabelkan sebagai ekstrim sejak peristiwa 9 September, atau kata-kata yang dirakam di Time'n Style Luxury itu penyebab diharamkan? Jika benarlah begitu, agak-agaknya Dato' Seri Ketua Menteri Melaka akan tarik balik tak darjah kebesaran SRK?





Gambar diambil dari internet.


Alif Lam Lam Ha

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.







Padahnya apabila hukum ALLAH 'dinomborduakan' hinggakan kalimah ALLAH pun kena naik-turun mahkamah. Lucu.

Apa pun hasilnya, aku tetap tak puas hati apabila perkataan ALLAH diterjemah kepada 'God' di semua drama dan filem yang mempunyai terjemahan Bahasa Inggeris.

'Insya ALLAH' = 'God's willing'.





Pihak berwajib, sila ambil perhatian.

Hadiah Hidayah

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.



Semalam. Aku dengan bonda. Agendanya. Aku teman bonda, bonda teman aku. Pergi ke DiamondBay. Aku menemankan bonda membuatkan pemeriksaan mata di sebuah kedai cermin mata milik seorang lelaki Cina. Ketika di bilik pemeriksaan mata aku ternampak benda ni. Ni.

al Quran terjemahan Bahasa Cina.


Aku terfikir banyak perkara. Dan sepanjang pemeriksaan mata, aku, bonda dan doktor mata lelaki Cina Buddha yang masih bujang dan kacak itu; bersoal jawab. Aku tanya, dia jawab. Bonda tanya, dia jawab.

Dia - pernah bersekolah di asrama penuh yang mana dia seorang saja yang berbangsa Cina. Selalu mengikut pelajar-pelajar Melayu ke surau. Pemegang Ijazah dalam bidang sains dan pengkhususan Ophthalmology dari Universiti Glassgow. Dia rajin ke kuliah pengajian Ustaz Ridhuan Tee, sambil membaca dan menelaah al Quran, Injil, dan beberapa buku-buku agama lain.

Dia - menyatakan hasratnya mahu ke 'Kaabah'. Dan menyatakan sendiri jika mahu ke Kaabah mesti kena Islam dahulu. Dan dia bertanya kepada aku kenapa orang bukan Islam tak boleh melawat Kaabah. Mujur dia tanya tentang 'Tanah Haram' atau 'Masjid al Haram'. Kalau dia tanya fasal 'apa itu khitan?' aku kena menjawabnya dengan memakai mask. Keh keh keh.

Dia - mengatakan yang semua agama di dunia ini sama. Ya. Aku bersetuju pada sudut galakan membuat kebaikan. Tak ada satu agama pun yang menyuruh penganutnya mencuri, rasuah, membunuh, menipu. Yang tak sama pada cara pelaksaannya. Dia menjawab pertanyaan aku tentang agama Buddha lebih kepada nilai-nilai murni dan per-ibadah-an. Tidak ada perundangan hukum (syariat), ekonomi, kemasyarakatan, kekeluargaan seperti Islam di dalam al Quran. Banyak tahu tentang agama Islam. Mengkritik pemimpin negara yang semakin terhakis dari nilai-nilai murni dengan korupsi, penyelewengan, skandal. Bercerita tentang perang.

Sebelum meninggalkan kedai cermin mata itu dengan baki hutang RM900, aku menyatakan hasrat mahu meminjam Kitab Injil milik kawannya. Dan mulut mengucap terima kasih. Hati pula sempat berkata; 'Ya ALLAH, Ya TUHAN Pemilik Hidayah. Dengan keberkatan bulan Ramadhan ini berikanlah dia hidayah Islam sebagai petunjuk untuk sisa-sisa usianya yang tinggal. Jadikanlah dia Muslim yang beriman dan bertaqwa'.

Aku akan mengunjungi kedai cermin mata itu lagi bagi melangsaikan hutang yang berbaki. Apa ole-ole yang sesuai untuk diberikan kepadanya sebagai hadiah Ramadhan eh?


Kelahiran Bertarikh

BismiLLAHirrahmanirrahim



Semalam. Kami sekeluarga (aku, Bonda dan Ayahanda) makan tengah hari awal. Menu kegemaran aku; Sambal Tempe masakan tangan bonda. Sedap. Selepas makan tengah hari Bonda mengucapkan 'selamat' kepada aku. Ayahanda mengucapkan 'selamat' melalui gurauan. Oh. Bahagianya hidup.




Terima kasih kepada mereka-mereka yang mengingati tarikh semalam. Maaf kepada kalian yang meminta alamat rumah untuk mengkoordinatkan kiriman 'hadiah selamat', telah aku hampakan. Bukan apa... Aku mahu menjimatkan kos sara-suri hidup kalian. Sebab aku tidak mahu 'hadiah selamat' yang murah-murah. Aku ni baik, kan?



Beberapa hari lepas.
Aku mengunjungi kedai rakan Bonda. Dia berbangsa Cina. Di hadapan kedainya ada sepasu 'Pokok Ong'. "...itu pokok, kalau makin lama, makin tinggi, duit juga minta begitu maaa...", kata Uncle. "...itu pokok sinang jaga, tak perlu siram banyak air..." Aku pun buatlah soalan bongok.

"Kenapa uncle tak tanam pokok buluh atau kelapa? Lagi tinggi..." =)




Selamat bercuti kepada yang terlibat. Selamat menjamu 'Nasi Minyak' di majlis kahwin yang dikendurikan. Hati-hati memandu.


Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah