Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Sasterawan Itu

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Hari ini  terakhir di tahun 1434 Hijriyyah. Selamat tahun baharu 1435. Semoga tahun yang baharu ini dapat memperbaiki kehidupan kita semua dengan lebih beragama.


Sebenarnya dahulu, ketika beta di upper form, beta pernah belajar di kelas sastera. Tetapi tidak lama. Puncanya adalah kerana sastera punya gaya bahasa yang sukar beta fahami (beta kan orang visual). 

Dan, setakat ini cuma ada dua buah buku tulisan Sasterawan Negara ini.






Menerusi Dari Salina ke Langit Petang, dapatlah beta membuat kesimpulan bahawasanya ada satu tabiat beta sama dengan Sasterawan Negara ini; kami memerlukan masa yang panjang dan lama untuk mengkhatamkan sesebuah buku.





Nota Bawah:

1. Ok, Pahang memenangi Piala Malaysia 2013; 1-0 mengalahkan Kelantan.
2. Dan hari ini hari mengundi PRK DUN Sungai Limau.

Januari 2013M

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.



Sollu 'ala nNabiy! Sollu 'ala nNabiy! Sollu 'ala nNabiy!


Sudah hampir 6 bulan beta tidak ber-blogging. Banyak peristiwa yang terjadi sepanjang tempoh enam purnama tidak mampulah kiranya beta berkehendak untuk 'mengulangceritakan' segalanya yang telah terjadi itu.

AlhamduliLLAH beta masih dikurniakan nikmat kesihatan yang tidak ternilai harganya walaupun percuma. HamdiLLAH beta masih lagi dikurniakan nikmat ingatan yang kekal akan password blogspot ini. Mungkin kerana beta mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang juga amalan-amalan orang yang soleh. Thank You Allah!

Bulan pertama di tahun baharu masihi ini; Januari 2013 mengingatkan kita tentang lahirnya seorang Tokoh Terunggul Dunia. Bagindalah 'Bapa Perubahan Dunia' yang terlalu banyak membuat pelbagai perubahan dari sudut peradaban, pengurusan, pentadbiran, perundangan... Namun apa yang kita lakukan sebagai tanda ucapan 'terima kasih' di atas segala usaha dan daya baginda? Perarakan jalanan halal sambil membawa sepanduk? Ceramah-ceramah mengenai sejarah kehidupan; sebelum lahir-selepas lahir, sebelum diangkat menjadi rasul-selepasnya, hinggalah berakhirnya nafas di jasad. Bercerita tentang sunnah-sunnah baginda, juga mu'jizat, dan syafa'at baginda di akhirat kelak. Berceramah di pentas, berbaju Melayu, bersongkok tinggi... Bercerita, bercerita dan bercerita hingga dahaga disediakan air kosong di meja. Tetapi tetap juga tidak melakukan perintah baginda (perintah ALLAH). Tetapi juga di kaca tivi dan pentas sana sini dengan acara-acara jahilyyah... Itulah acara yang akan berulangtayang menjadi hidangan mata, telinga, dan pemikiran sepanjang tahun.

Oh, beta berbicara begini, bukanlah bermakna beta anti-sosial. Tetapi mungkin juga atas faktor usia beta yang semakin hari semakin tua. Mungkin juga sudah diberi kesedaran tentang 'rumah kata pergi, kubur kata mari'. Kita semua mahu masuk syurga. Sama ada Muslim atau Kafir akan memilih mahu masuk syurga. Tetapi adakah kita sudah memiliki tiket atau pun pass masuk untuk ke syurga? Apakah bekalan kita untuk masuk ke syurga? Mahu kencing pun harus bayar RM0.30 di tandas awam inikan pula mahu tinggal dan hidup di syurga?


Salam Hari Kelahiran Nabi Muhammad SallALLAHu 'alaihi wa ssallam. Sollu 'ala nNabiy!

Salam Hari Kelahiran buat 'tuan' blog! =)


Parcel yang sampai awal tiga hari sebelum hari kejadian.









 Hadiah yang sampai pada hari kejadian.







Hadiah yang sampai sehari selepas hari kejadian.




Syukran ya RasulALLAH.
AhmaduliLLAH ya ALLAH.
Terima kasih yang menghadiahkan beta material, du'a, ucapan, jua ingatan! 


Jangan Kamu Berdusta

BismiLLAHirrahmaanirrahiim




Baiklah.
Beta ingin menyambung al-kisah kitab-kitab yang telah beta ladeni dengan senang dan tenteram. Sungguhpun dahulunya beta telah mempelajari beberapa hadeeth maudu', akan tetapi terlupalah juga beta bagaimana rupa parasnya, di mana kedudukannya dan siapa empunya perawi yang tidak diterima itu. Makanya atas rasa keberdosaan beta dek kerana terlupa akan hadeeth yang maudu' itu, beta telah membelanjakan duit untuk membeli kitab yang lebih pantas beta fahami bahasanya. Nah...










Kadang kala beta perhatikan ramai manusia di luar sana yang mana ketika berucap kata mengukuhkan rasa mengambil potongan-potongan hadeeth yang tidak diketahui sumbernya; sama ada hadeeth itu diterima atau ditolak oleh ahli-ahli muhaddeethiin. Sama ada orang berucap itu tidak mengetahui asas dan sumber hadeeth itu atau pun sengaja mengambil kesempatan di atas  kejahilan audien atau pembaca. Inilah akibatnya jika beta yang tidak tahu, dan malas untuk ambil tahu perkara-perkara yang berlaku di sekeliling beta. Beta yang berkedudukan tinggi ini, amatlah terhina rasa jika ada yang memperbodohkan beta di atas rasa 'malas nak tahu, malas nak ambil tahu...' dan sebagainya perasaan yang rela dibodoh-bodohkan orang.


Beta senaraikan 40 hadeeth palsu yang terdapat di dalam kitab ini:


1.       Menuntut ilmu hingga ke China
2.       Menuntut ilmu daripada buaian
3.       Nabi kota ilmu dan Ali pintunya
4.       Doa ketika membasuh anggota wudhuk
5.       Solat yang tidak mencegah kemungkaran
6.       Solat dengan berserban
7.       Solat sunat Hari Raya
8.       Solat ragha’ib bulan Rejab
9.       Kelebihan Solat Tarawih
10.   Mengusap mata semasa laungan azan
11.   Kelebihan puasa sunat Rejab
12.   Kelebihan Puasa Asyura
13.   Abdul Rahman bin Auf masuk syurga merangkak
14.   Anak zina tidak masuk syurga
15.   Jihad hati
16.   Perselisihan adalah rahmat
17.   Syurga di bawah tapak kaki ibu
18.   Siapa yang kenal dirinya, maka dia kenal Tuhannya
19.   Menghidupkan malam Israk Mikraj
20.   Rejab bulan Allah
21.   Kelebihan membaca surah Yaasiin
22.   Yaasiin hati al Quran
23.   Cintakan Negara
24.   Bekerja untuk dunia
25.   Kelebihan sunat Dhuha
26.   Berjabat tangan boleh masuk syurga
27.   Menyapu muka selepas solat
28.   Talak menggegarkan arasy
29.   Dunia itu ladang akhirat
30.   Tidak menziarahi Nabi ketika haji
31.   Solat orang yang berkahwin lebih baik
32.   Bercakap urusan dunia dalam masjid
33.   Meraikan maulud Nabi
34.   Amalan khas Nisfu Sya’ban
35.   Menziarahi kubur pada hari Jumaat
36.   Membaca doa awal dan akhir tahun
37.   Nur Muhammad
38.   Larangan ketika hubungan suami isteri
39.   Kisah Alqamah si anak derhaka
40.   Manusia akan baik sekiranya pemerintah dan ulama baik



Moga ianya dapat dikongsikan bersama. 


Beta undur diri dulu.



Terpilih

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Sudah 2 hari aku mengalami sedikit tekanan perasaan. Awal-awal tahun seharusnya aku masih enjoy dengan hangatnya 'azam tahun baharu'. Tetapi selepas kehadirannya menjadi ahli baharu di dalam 'keluarga kecil' aku... Tambahan pula dengan kerja-kerja yang tak sepatutnya aku kena lakukan.

Tetapi apabila difikirkan berulang kali, cuba muhasabah diri... "Kenapa ALLAH swt letakan 'dia' di antara aku?"

'Dia' hadir dengan membawa kepada aku; samada pahala atau dosa.






Kuatkah aku untuk membimbing seorang muallaf yang telah 4 tahun memeluk agama suci TUHAN kerana seorang lelaki?

TUHAN, berikan aku ilham. TUHAN, berikan aku jalan. TUHAN, berikan aku kesabaran. TUHAN, berikan aku kekuatan. ALLAHu yusahhil umuri fi ddunya wal akhirah.

Speed Reading

BismiLLAHirrahmaanirrahiim







Kalian pernah belajar 'speed reading'?


Kalau pernah, kalian sempat tak baca 'nota-nota Maulidur Rasul' yang TV3 keluarkan seperti definisi sifat wajib bagi Rasul?

(*Saya tak sempat baca*)




Sollu 'ala RasuliLLAH, Muhammad al mustofa.


Onar

BismiLLAHirrahmaanirrahiim







Aku menerima 'surat layang' supaya mengurangkan aktiviti meronda dan berfoya-foya di 'Pulau Penganiayaan' itu.


Apahal pulak? Aku bukan kacau orang! Aku bukan guna kenderaan orang! Aku bukan pakai duit orang pun! Dan aku bukannya mengorat atau menggatal atau menggenyit mata pada orang pun.


Ada aku kesah?~!!!


Lagi

BismiLLAHirahmaanirrahiim.







AlhamduliLLAH, Maha PENCIPTA masih lagi memanjangkan umur kita di tahun ini dan sampai lagi ke Bulan Ramadhan.


Selamat berpuasa kepada kalian semua. Janganlah puasa kita hanya 'dapat' lapar dan dahaga saja. Penuhilah dengan pelbagai tawaran ke Syurga yang disediakan.



Ramadhan kareem.
- ALLAHu akram!-

Papan Itu

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.







Aku terjumpa papan tanda ini di sebuah pantai di Silverland. Minda aku yang suci lagi menyucikan pun berkerja...

A) Adakah papan tanda ini disebarluaskan seperti mana papan tanda lain seperti contoh 1Malaysia?
B) Adakah tindakan di atas benar-benar dilaksanakan?
C) Adakah papan tanda ini khusus hanya untuk orang Muslim, atau termasuk dengan orang bukan Muslim?
D) Jika benar ada sebarang tindakan di atas dilakukan, bagaimana persepsi 'peasalah' tersebut?
E) Adakah pihak-pihak atau 'pesalah' yang mempertikaikan tindakan tersebut?
F) Adakah pihak-pihak atau 'pesalah' yang membantah tindakan tersebut?
.
.
.
P) Bagaimanakah yang dikatakan 'melakukan perbuatan yang tidak sopan' dan 'mendedahkan mana-mana tubuh badan yang boleh menimbulkan ghairah'? - Bukannya apa... Aku tengok sekarang ni walaupun 'bertudung' dan menutup urat, aku ulang ya U.R.A.T bukan aurat, tetapi masih boleh menimbulkan rasa ghairah. Jadi, macam mana tu?


Kalaulah benda ini benar-benar dilaksanakan, maka akan kayalah Pejabat Agama Islam Silverland. Maka akan bertambahlah wang zakat kepada yang selayaknya. Jadi tak perlulah nak ungkit-ungkit tentang perihal subsidi negeri (ada ke?) yang sebenarnya tak berapa nak ikhlas memberi. Maka akan memudahkan aku berfesyen daripada yang sebelum ni sakit otak mahu membeli baju di gedung-gedung membeli belah. Dan sekali gus, akan menurunkan kadar mangsa rogol. Mudah-mudahan. InsyaALLAH.

Banyak benda baik di Malaya ni berstatuskan 'KALAU'.


Solat Jumaat Didatangi Polis.

BismiLLAHirhammanirrahiim





Semalam. Hari Jumaat.

Masjid Jame' Al Mansor gempar apabila seorang budak yang mahu mendaftar di maahad mengamuk. Polis terpaksa dipanggil untuk menjaga budak bagi melancarkan Solat Jumaat.

"Tak kan lah mengamuk sebab tak dapat masuk sekolah situ?" Aku.
"Naik hantu. Kata emaknya budak tu dulu belajar Silat Harimau. Masa budak tu mengaum, kuat. Dia siku pintu belah tempat perempuan tu sampai nak tercabut." Ayahanda.

"Belajar silat ke, belajar ilmu salah...?" Bonda.
"Malu emak ayahnya. Nasib baik orang luar." Ayahanda.
"Isk isk isk... Orang bandar pun main ilmu-ilmu gitu jugak ke? Kolot sungguh!" Aku.
"Nasib baik Ustaz Agus tak terima. Kalau tak, habislah budak-budak asrama tu." Ayahanda.


Bagi aku tak salah nak belajar silat ni. Kalau setakat kena mandi limau dengan tujuh bilah jarum tu ok lagi. Tapi sampai ke tahap khurafat, sesat, rosak akidah... baik jangan. Belajar saja Silat Olahraga. =)


Uji-an

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.








Majoriti manusia takut dengan ujian. Takut sakit. Takut susah. Takut miskin. Takut tua... Kenapa ayat 'Rebutlah 5 perkara, sebelum datang 5 perkara' tidak kita ingati seperti jadual harian? Hidup juga adalah ujian. Tiada manusia yang tidak pernah ditimpa ujian. Sama ada sedar atau tidak, terpulang kepada keamatan dan muhasabah diri. Kesenangan, kekayaan, darjat, jawatan juga ujian. Bahkan anak-anak dan isteri-isteri itu juga ujian. Jadi janganlah kita mengeluh jika ditimpa ujian yang meresahkan dan menghimpit dada. Nabi suka umatnya ditimpa dengan kesesusahan sebagai ujian. Pada lazimnya manusia lebih mengenali TUHAN Pencipta ketika di dalam keadaan yang sukar. Apabila nafas susah disedut barulah lidah ringan menyebut 'Ya ALLAH...'. Syukur AlamduliLLAH kerana masih ingat pada TUAN Pencipta. Tetapi ada juga bila ditimpa bala atau ujian masih lagi tidak ingat akan TUAN Pencipta. Menyalahkan takdir TUHAN hingga caci-maki, sumpah seranah semua 'dizikirkan'.
Aduh, bagaimana lagi mahu ingatkan TUHAN?!

Ujian adalah alat pengukur iman. Sama ada kita syukur atau kufur. Sama ada kita makin dekat dengan TUHAN, atau jauh dariNYA.

Formula untuk hidup yang penuh dengan ujian; 'ALLAH tidak pernah sesekali menganiaya hambaNYA. Ujian yang diturunkan adalah selaras dengan kemampuan hambaNYA. Malah manusia jugalah yang selalu menganiaya diri yang seolah-olah menempah tiket ke neraka. Seperti contoh mudah; ALLAH perintahkan (wajib) untuk tutup aurat dan sebahagian urat, dia pula yang tutup sekerat-sekerat ikut tren dan minat.


Tetapi aku belum sampai tahap iman seperti seorang sahabat RasuluLLAH; beliau menangis kegembiraan penuh syukur kerana ditimpa ujian. Kerana bagi beliau,ujian itulah tanda ingatan ALLAH kepadanya.




Tahap keimanan kalian macam mana?

Adil Saksama

BismiLLAHirahmaanirrahiim.




Pukul 8.30 pagi, aku menerima panggilan telefon. Menurut orang besar; Dr Shaheda mahu berjumpa dengan aku dan yang lain pada pukul 9.00 dan mesti berakhir pada pukul 11.00 pagi di biliknya.

Aku yang belum mandi ni pun, terkocoh-kocoh khidmat diri. Pukul 9.00 pagi aku menghidupkan enjin kereta sambil menyanyi-nyanyi kecil mengikut lagu yang sedangkan berputar milik sebuah radio komersil. Meter kelajuan menunjukkan 105 segera diperlahankan apabila tiba di sebuah jalan susur masuk di jalan utama. Tiba-tiba ada bunyi yang agak meragukan hinggap di cuping telinga yang berbalut dengan skaf dan tudung bewarna merah.










AlhamduliLLAH. Bantuan dari ALLAH datang segera. Tidak sampai 5 minit dan tidak sempat aku menyinsing lengan baju seorang hambaALLAH yang baik hati datang membantu. Agaknya dia kasihan melihat seorang perempuan yang comel lagi jelita tersadai di tepi jalan dalam kesusahan. Orang berbudi kita berbahasa. Setelah selesai kerja-kerja menukar tayar, aku bertanyakan upah yang jika dia anggap sebagai balasan. Ya... tiada ada yang percuma dia zaman kos hidup semakin tinggi sekarang. Dia meminta aku mendu'akannya agar murah rezeki dan bahagia hidup. Itulah upahnya. Dengan sepantas kilat, cepat-cepat aku menadah tangan menghadap kiblat dan mendu'akan lebih dari 'upah' yang dia minta.


Aku terpaksa ke stesen minyak Petronas untuk mengisi angin tayar simpanan yang kurang sebelum bertemu dengan Dr. Shaheda.


Kesimpulan adat dalam tregedi hari ini:-
Jika aku balik rumah semalam, tayar kereta tak akan bocor dan aku tak dapat berjumpa dengan Dr. Shaheda untuk menyelesaikan masalah.
Jika aku balik malam nanti, tayar kereta bocor, tapi aku dapat berjumpa dengan Dr. Shaheda dan masalah dapat diselesaikan.


Bukanlah itu adil dan saksama?



Buat baik dibalas baik! Mari kita buat baik banyak, dan cuba minimunkan kesalahan yang sengaja. Selamat ber'amal!

Tahniah & Terima Kasih

BismiLLAHirahmaanirrahiim




AlhamduliLLAH. Selesai sudah kerja kami yang sudah dirancang hampir 3 bulan. Walaupun ada sebahagian kandungan proposal ditolak, tapi 'ala kulli hal sudah berjaya dilaksanakan. Terima kasih banyak kepada yang terlibat. Hanya ALLAH yang bisa membalas segala khidmat.












1432

BismiLLAHirrahmaanirrahiim






Waka Waka 2010

BismiLLAHirrahmanirrahiim.







2006. Boleh dikatakan aku tonton semua perlawanan Piala Cawan Dunia. Tidak perlu berjaga pagi-pagi buta, atau setting alarm takut terlepas sebarang perlawanan. Kerana ketika itu aku bercuacakan hampir sama dengan benua Eropah.


2010. Dah 'tak kuasa aku' nak berjaga. Bak kata ayahanda; '... ramai sangat yang 'bertahajjud' dan 'berqiam ullail' sekarang. Tapi 'berkiblatkan' peti tivi...'.

Betul.

Hinggakan ada panggilan telefon pun tak diangkat kerana sedang 'berkiblatkan' peti tivi.




Huh!

An Evening In London

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.










Facebook, You Tube, ... ... telah diboikot oleh Pakistan kerana pertandingan karekator (?) Nabi Muhammad s.a.w telah dibenarkan di laman-laman berkenaan. Dan mereka juga mengadakan demonstrasi. Aku???

Ahha!

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.





Jangan sangka, dengan perwatakan aku yang sangatlah lemah gemalai ini tidak bersukan. Hingga diserang selsema dan batuk, punyalah sakan. Tiada acara yang secocok dengan jiwa, jadi aku mengambil keputusan untuk menyertai cabutan bertuah saja. 6 haribulan menjadi saksi akan kebertuahan aku. Patutlah dulu-dulu bonda selalu kata; "... bertuah betul budak ni...".







Telah selamat khatam menonton 'My Name Is Khan' walaupun heronya sangatlah tidak diminati. Dikhabarkan filem ini diharamkan (tidak dibenarkan masuk) ke Malaya. Apa betulkah? Kerana apakah? Hidup beragama pluralisme itukah atau tindakan 'Khan' yang mahu membersihkan nama orang Islam yang dilabelkan sebagai ekstrim sejak peristiwa 9 September, atau kata-kata yang dirakam di Time'n Style Luxury itu penyebab diharamkan? Jika benarlah begitu, agak-agaknya Dato' Seri Ketua Menteri Melaka akan tarik balik tak darjah kebesaran SRK?





Gambar diambil dari internet.


Is That Enough?

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.







Pemberitahuan : Aku bukan pelanggan rancangan tivi berbayar.


Cukupkah?

1- Sekadar iklan 'cintakan Nabi' lebih kurang hampir tujuh hari? Yang mana pada 26 haribulan, sudah hilang iklan tersebut. Dan hari-hari selepasnya.

2- Sekadar 'makan buah-buahan sebelum mengambil makanan berat', dan 'berhenti makan sebelum kenyang' sebagai iklan 'cintakan Nabi'? Dan 'Ciri-ciri RasuluLLAH; berakhlak mulia, amanah...'? Ini semua orang tahu. Nabi, sudah tentu punya akhlak mulia. Isk!

3- Sekadar mengadakan 'demonstrasi jalanan' (perarakan sambil berselawat)? Berpermitkah?

4- Sekadar cuti umum bagi yang berkenaan.

5- Sekadar majlis keramaian dan menganugerahkan tokoh-tokoh tertentu?


Cukupkah?




Kalian. Mari teruskan berselawat.
SollaLLAHu 'laihi wa ssallam.

Alif Lam Lam Ha

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.







Padahnya apabila hukum ALLAH 'dinomborduakan' hinggakan kalimah ALLAH pun kena naik-turun mahkamah. Lucu.

Apa pun hasilnya, aku tetap tak puas hati apabila perkataan ALLAH diterjemah kepada 'God' di semua drama dan filem yang mempunyai terjemahan Bahasa Inggeris.

'Insya ALLAH' = 'God's willing'.





Pihak berwajib, sila ambil perhatian.

Korban

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.






Alhamdulillah. Masih dipanjangkan umur untuk menjengah tahun 1431 Hijrah. Walaupun aku masih menjalani rawatan hampir sebulan, masih lagi boleh 'berjalan'. Alhamdulillah.

1430; aku selamat tiba di tanahair setelah 'korban' beberapa tahun untuk sebuah 'pengorbanan'. 1430; aku terpaksa 'mengorbankan' master demi 'same'naa wa ato'naa'.
1430; aku terpaksa 'mengorbankan' 'perfoyaan' ke Jerman. Walaupun kamus elektronik Dutch sudah dimiliki.
Itu aku.


1431. Apa pula pengorbanan aku dan kalian yang perlu dikorbankan demi sebuah pengorbanan?








Moga ALLAH memberkati hidup kita, di dunia dan di akhirat.
Kullu sanah wa antum bil khair!
Salam Maal Hijrah 1431.
- e.i.s.r.a.a -


Bravo!

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.









Kalian pernah perasan (baca: tengok) iklan yang dimodelkan oleh anak-anak muda yang kerjanya nyanyi-nyanyi kemudian mengaku sebagai pemuda hebat? Pemuda yang sebegitukah dianggap hebat? Bakal menerajui dan memimpin Malaya kelak?

Adeh. Punah, punah...

Menurut Profesor Doktor Yusof al Qardhawi, "Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini. Sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak mulia dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara aman makmur, tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku."

Seorang pemikir dan penyair terkenal Mesir; Ahmad Syauqi pernah bermadah yang bermaksud: "Sesungguhnya sesuatu bangsa itu kuat dan hebat kerana akhlaknya, jika rosak akhlaknya itu maka bangsa itu akan lenyap dan hilang."

Belum lagi nak dibandingkan dengan Usamah bin Zaid, ketika berumur 18 tahun sudah memimpin satu bala tentera untuk menyerang Kerajaan Rom. Atau kehebatan Muhammad al Fateh telah membuka Kota Istanbul (Konstantinopal) sedang usia beliau 21 tahun.

Amacam, tercabar?


Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah