Uji-an

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.








Majoriti manusia takut dengan ujian. Takut sakit. Takut susah. Takut miskin. Takut tua... Kenapa ayat 'Rebutlah 5 perkara, sebelum datang 5 perkara' tidak kita ingati seperti jadual harian? Hidup juga adalah ujian. Tiada manusia yang tidak pernah ditimpa ujian. Sama ada sedar atau tidak, terpulang kepada keamatan dan muhasabah diri. Kesenangan, kekayaan, darjat, jawatan juga ujian. Bahkan anak-anak dan isteri-isteri itu juga ujian. Jadi janganlah kita mengeluh jika ditimpa ujian yang meresahkan dan menghimpit dada. Nabi suka umatnya ditimpa dengan kesesusahan sebagai ujian. Pada lazimnya manusia lebih mengenali TUHAN Pencipta ketika di dalam keadaan yang sukar. Apabila nafas susah disedut barulah lidah ringan menyebut 'Ya ALLAH...'. Syukur AlamduliLLAH kerana masih ingat pada TUAN Pencipta. Tetapi ada juga bila ditimpa bala atau ujian masih lagi tidak ingat akan TUAN Pencipta. Menyalahkan takdir TUHAN hingga caci-maki, sumpah seranah semua 'dizikirkan'.
Aduh, bagaimana lagi mahu ingatkan TUHAN?!

Ujian adalah alat pengukur iman. Sama ada kita syukur atau kufur. Sama ada kita makin dekat dengan TUHAN, atau jauh dariNYA.

Formula untuk hidup yang penuh dengan ujian; 'ALLAH tidak pernah sesekali menganiaya hambaNYA. Ujian yang diturunkan adalah selaras dengan kemampuan hambaNYA. Malah manusia jugalah yang selalu menganiaya diri yang seolah-olah menempah tiket ke neraka. Seperti contoh mudah; ALLAH perintahkan (wajib) untuk tutup aurat dan sebahagian urat, dia pula yang tutup sekerat-sekerat ikut tren dan minat.


Tetapi aku belum sampai tahap iman seperti seorang sahabat RasuluLLAH; beliau menangis kegembiraan penuh syukur kerana ditimpa ujian. Kerana bagi beliau,ujian itulah tanda ingatan ALLAH kepadanya.




Tahap keimanan kalian macam mana?

0 Rokyukum:

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah