Papan Itu
Koleksi
BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
Orang lain, koleksi peribadinya mahal-mahal, berjenama, dari luar negara. Beg tangan, kasut, cermin mata, minyak wangi, kerongsang, jam tangan. 
Inilah koleksi aku untuk tahun ini. Rasanya. Tak tahu pula jika ada sebarang tambahan pasangan pada saat-saat akhir tahun 2009 nanti. Kerja aku kan 'menoreh'.
Tentang: Fesyen
Kecewa Tidak Dapat Up-To-Date
BismiLLAHirrahmanirrahim.
Aku tidak terkilan jika perasaan ini ada ketika hidup berstatuskan permusafiran. Aku telah jelajah di beberapa (lebih dari tiga) gedung membeli belah untuk berfesyen. Tetapi...
Hanya fesyen munafik saja yang aku temui.
Inilah Islam Had*** yang diwar-warkan rupanya.
Oh, Malaya tanahair ku...
The Ninja
BismiLLAHirrahmanirrhim.
Aku pasti. Sangat-sangat pasti. Pada kalian yang melihat aku tertanya-tanya. Mengapa? Kenapa? Bila? Aku telah menutup separuh muka atau wajah aku dengan kain hitam yang panjangnya lebih kurang 3 jengkal itu. Oh. 3 jengkal aku eh! Aku tidak membuat sebarang pembedahan muka. Apatah lagi proses memancungkan hidung seperti Micheal Jackson. Atau mem'botox'kan bibir mahu seseksi Anita Sarawak atau lebih antarabangsa Angelina Jolie. Tidak! Tidak! Aku tidak akan buat perkara-perkara yang dimurkai TUHAN. Badan aku tidak kalis api neraka.
Pada awal pemakaian 'tabir' memang niat aku salah. Aku tahu dan sedar tentang itu. Niat aku cuma mahu pakai dalam tempoh 7 hari (seminggu) sahaja. Tetapi kuasa TUHAN mengatasi segalanya. Kuasa TUHAN membolak-balikkan qalbun tidak terdaya aku mengelaknya. Dan sehingga sekarang aku memakainya. Jika kedatangan bonda nanti, tidak meizinkan aku terus memakainya, aku akur. Kerana dulu aku pernah minta izin dari bonda, tetapi bonda menolak dengan alasan yang logik. Ni pakai curik-curik je.
Memang cara aku pakai ada pelik banyak. Jika pelajar Malaysia lain, mereka memakai 'Niqab Malizi' panggilan aku saja ni itu dengan kain yang sama jenis dan warna dengan kain tudung (yang satu jenis warna saja, bukan yang bercorak). Mereka akan melebihkan meter ketika membeli kain tudung berkenaan. Dijahit dibahagian atas kain niqab dengan seninya. Ada juga yang tidak dijahit. Kemudian mereka pakai dengan menyucukkan di kiri dan di kanan niqab itu pada tudung dengan jarum peniti.
Aku memakai 2 jenis 'tirai'. Pertama; 'Burqa' atau 'Niqab Saudi' yang dibeli di kedai-kedai pakaian Muslimah Arab di sini. Harganya LE25 selehai. Burqa ini hanya ada warna hitam, coklat, biru tua dan hijau tua. Cara memakainya lebih fleksibel sebab tak perlu sesuai dengan warna tudung atau warna baju. Kedua; 'Niqab Syria' (asalnya pelajar Malaysia di Syria yang mempelopori cara ini). Yang dipakai dengan cara menggunakan getah untuk lekat di kepala atau diikat. Biasanya mereka-mereka yang memakai niqab Syria ini sama jenis dan warna dengan kain tudung (yang satu jenis warna saja, bukan yang bercorak). Aku yang peliknya.
{... inn ALLAHa 'ala kulli syaien qadiir}
