Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Hari Cuti Yang Terpaksa Pakai Baju Kurung

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Kalau diikutkan adat, mungkin sampai hari ni aku terlantar di katil rumah atau saja di hospital. Nasib baik bonda ayahanda membuat pilihan 'biar mati adat, jangan mati anak', AlhamduliLLAH aku masih boleh ber-blog lagi pagi ini.

Alahhh... tak pakai baju kurung pun tak apa kan? Janji tutup aurat! Maka pada 17 Mac 2011 aku cuti dan terpaksa memakai baju kurung. Tak sangka pula 'adik manisss...' =D


























AlhamduliLLAH.

Dua

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.






Ini jadual peperiksaan aku untuk semester ini. Belajar 3 bulan (lebih dan kurang), tanpa soalan bocor, tanpa 'study week', dengan jadual yang sangat ketat dan padat (bagi aku). Mohon ya. Didu'akan kejayaan aku di dunia dan di akhirat.




Terima kasih. BarakALLAHu lakum.

Adehhh

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Gara-gara kena diuji bakat hari Khamis ni, terpaksalah aku membeli kasut balet. Ok. Itu aku masih boleh terima kelogikannya. Bila orang ada uji bakat, dia akan membeli pakaian khas (termasuk kasut) yang bersesuaian. Biasalah tu.

Tetapi. Apa yang aku rasa pelik sangat dengan nota pada borang uji bakat tersebut. 'PERHATIAN: Sila bawa pakaian sukan dan kasut bersesuaian untuk ujian fizikal'. ??? Aku cuma mohon untuk uji bakat Gred S.41, bukannya jurulatih sukan!



Pusat ujian uji bakat:
Akademi Pembangunan Belia Malaysia,
Batu Gajah (APBM),
Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia,
KM 21 Lebuhraya Ipoh-Lumut,
31560 Siputeh.


NotaBawah:
Aku lebih selesa menyarung sandal.


Jemputan SUHAKAM

BismiLLAHirrahmanirrahim.





Ayahanda menerima jemputan dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malayasia atau Human Rights Commision of Malaysia (SUHAKAM).


Aturcara Program 'SUHAKAM Bersama Rakyat' Di Teluk Intan adalah seperti berikut:

Tarikh : 10 Februari 2009 (Selasa)
Masa : 8.00-12.30 tengah hari
Tempat: Dewan Rumah Rehat, Majlis Perbandaran Teluk Intan, Jalan Sekolah, Teluk Intan.

8.00-9.oo : Pendaftaran Peserta dan Ketibaan Jemputan.
9.00-9.30 : Sesi I - Pengenalan Kepada SUHAKAM dan Hak Asasi Manusia Pesuruhjaya SUHAKAM.
9.30-10.00 : Jamuan Ringan dan Sidang Media.
10.00-10.45: Sesi II - Isu-isu dan Kes-kes Pelanggaran Hak Asasi Manusia Pesuruhjaya SUHAKAM.
10.45-12.15: Sesi III - Soal Jawab dan Dialog (Perantara: Pesuruhjaya SUHAKAM).
12.30 : Jamuan dan Bersurai.

* Tertakluk kepada pindaan.

Aktiviti-aktiviti lain:
- Kaunter Pameran Aktiviti SUHAKAM.
- Kaunter Penerimaan Aduan.
- Pengedaran Borang Penilaian.




NotaBawah:
1. Kepada kalian yang berkelapangan, dijemput hadir.
2. Insya ALLAH, jika tiada aral aku akan ke sana.


Sambutlah

BismiLLAHirrahmanirrahim.


Kalian dijemput untuk menyambut kepulangan Ratu Kereta Berhias berserta ahli rombongannya di KLIA pada tarikh 6 Januari 2009 pukul 9 malam. Jangan lupa sediakan kereta Limosen, bunga maggar, payung panji, beras kunyit, permaidani merah, wartawan, pengawal keselamatan dan tarian kebudayaan. Jangan tidak-tidak tahu!


=)


Hujan Batu Di Negara Orang

BismiLLAHirahmanirrahim.



i

Semalam. Pukul 5.25 am. Mengikut jam loceng merah aku (jam loceng itu cepat 10 minit daripada waktu sebenar Daqahliyyah). Hujan air batu telah turun di 'kampung ulu' aku ini. Lebat. Sangat lebat. Dengan perasaan jakun, aku menadah tangan ke langit. Aduh! Sakit rupanya kalau kena timpa hujan batu di negara orang ni eh?

Dan. Dari lepas Maghrib semalam. Hinggalah sekarang. Dayang-dayang aku diberikan cuti. Cuti dari membuat tarian kipas. Sejuk beb!


ii

Dengan izin TUHAN. Esok aku akan berangkat ke Kota Cairo. Aku telah lulus dan layak pada ujibakat lakonan untuk kali kedua dan ketiga. Sebuah pementasan akan diadakan pada 20 dan 22 Oktober ini. Minta kalian doakan agar pementasan ini berjalan dengan jayanya. Tiada skrip, tiada dialog. Cuma latihan senyum 'susu lemak manis santan kelapa muda' saja. Susah juga mahu senyum-senyum sopan ni eh?


=)


Excuse Me Ratu, What's Time Now?

BismiLLAHirrahmanirrahim.





Sudah 5 hari aku di sini menggunakan waktu baru. 'Jam sudah bertukar'. Telah masuk musim sejuk bagi kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. Agak kebengongan tahap berdengung juga ketika waktu baru tukar hari itu. Masalah berjanji dengan orang, waktu solat, waktu berbuka puasa... semua yang berkaitan dengan waktulah. Mesti ada ayat, '... ikut jam lama ke, jam baru?' Sekarang. Beza waktu antara aku di sini dengan bumi Malaya, 6 jam. Jika kalian berada di Malaya, tolakkan saja waktu kalian ketika itu sebanyak 6 jam ke belakang. Undur ya. Bukan tambah 6 jam. Oh. Waktu Daqahliyyah di sebelah kiri ini, aku malas nak ubah.


Salam Jumaat!

=)


Selamat

BismiLLAHirahmanirrahim.


Alhamdulillah. Selamat sudah memunggah barang-barang di rumah baru. Ini. Cuma kurang kemas. Kurang tersusun.

Maaf. Kepada kalian. Kerana menyusahkan.

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah