Showing posts with label Berpeleseran. Show all posts
Showing posts with label Berpeleseran. Show all posts

2 Dalam 1 = 3.0

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.


Ada dua destinasi.


Al kisahnya,
Untuk tarikh tersebut (28 April 2012), aku bercadang untuk menculik anak saudara di asrama untuk membawanya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Seperti biasa kenderaan mewah akan membawa kami ke sana. Setiba di Pudu Raya, aku terus membeli tiket balik demi mengelakkan untuk bermalam di Kuala Lumpur.Tiba-tiba berlakulah rancangan yang tidak dirancang di atas kuasa TUHAN Pencipta alam. 


Kerana minat dalam 'menembak', aku terpaksa menghantar anak saudara aku ke PWTC dalam jam 10.15 pagi terlebih dahulu untuk menjaga keselamatannya dan berjanji akan kembali pada jam 4.00 petang. Kemudian aku bersama dua orang rakan yang lain meredah lautan manusia, di samping terpaksa 'melaku sikel' (baca: berjalan kaki) untuk beberapa kilometer akibat semua sistem keretapi ringan dimatikan untuk tempoh beberapa jam. Kalau dihitung jumlah kalori yang dibakar pada ketika itu tentu saja aku sudah menjadi se-slim Nur Aishah Abdul Aziz (baca: Nasha Aziz) haha. 


Pelbagai aksi dan ragam dapat dilihat dan aku rakam. Ada rasa sedih, ada rasa pedih, ada rasa geram, ada rasa dendam, ada rasa marah, ada rasa ingin mengubah, ada rasa terharu, ada rasa macam nak kena garu... Beradun menjadi satu.


Di kemuncak acara, keadaan menjadi kucar-kacir dan kelam kabut. Ada yang berlari memburu dan diburu. Ada yang aksi tarik-menarik, ada aksi lanyak-melanyak. Aku mengambil langkah untuk berada 'ditepi' kerana terfikir anak saudara yang ditinggalkan di PWTC. Jika aku ditangkap dan dihumban ke dalam trak 'pengaman' itu bagaimana dengan anak saudara aku di sana? Fikiran yang segera sedar dengan kehadiran aku ke Kuala Lumpur ini berdua. Sekerap mungkin aku menghubungi anak saudara aku untuk bertanyakan keadaannya di sana, dan memberitahunya aku akan sampai lewat di sana.


Di hujung acara, keadaan menjadi sedikit tenang, jalan menjadi lengang. Aku fikir semuanya sudah tamat di situ dengan jam 5.00 petang. Rupanya sistem keretapi ringan masih lagi dimatikan. Di Hentian Masjid Jame' kedengaran bunyi das tembakan (tidak pasti sama ada peluru atau gas pemedih). Teriakan dan tempikan di di jalan kederangan. Beberapa orang berpakaian polis berkawal di hentian keretapi ringan dengan belantan di tangan. Aku cuak. 












Akhirnya aku sampai di PWTC pada jam 7.30 malam. AlhamduliLLAH aku syukur sangat dapat berjumpa anak saudara dengan selamat. Dengan masa berbaki lebih kurang 45 minit aku menyoping mana-mana yang sempat.













 Ketika pulang mujur juga aku tersedar akan semua kenderaan mewah di Hentian Pudu Raya telah dimatikan dan berpindah ke Hentian Jalan Duta. Jika aku lambat mengejar kenderaan mewah tu alamat bermalam di stesen baslah jawabnya. (Tak sangka aku masih lagi berstamina untuk berlari pecut mengejar bas) Hahahaha... Letih giler ah!

Karnival Buku Pahang 2012

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Inilah nasib kalau wang saku tak berapa nak ada. Hahaha... Incik Suami pula tak berapa nak memberi sokongan moral untuk menjadi lebih 'ulat buku'.

Kata Incik Suami : Aik, kata suruh belanja Pesta Buku KL bulan April nanti. Ini bulan berapa?

Kata aku : Ooo... tak kira eh? *Bermuka hampa dan berwalanglah hati beta*






















Macam iye-iye je kehabisan duit dengan mengira simpanan.



Sempatkah saya menabung cap ayam untuk pesta buku lebih besar lagi bulan April ni?


Fanatik Atau Fenomena

BismiLLAHirrahmaanirrahiim




Selebriti yang paling popular pada tahun ini. Selebriti yang tak perlu keluar di peti tivi, tak perlu sponsor pakaian dari pereka fesyen yang berjenama... Dia ada gaya tersendiri.






Mula-mula aku terbaca iklan ni semasa sedang bohsan bertapa di KLIA ketika cuti Raya Cina bulan Januari lepas. Aku telefon pihak urus setia - urus setia telefon aku, hinggalah kredit aku habis entah berapa juta(Rupiah). Akhirnya selepas mendapat diskaun secara paksa dan ugutan aku hanya perlu membayar RM20 untuk ber-dating dan makan tengahari ala-carte bersama selebriti di atas. Gembiralah hati beta tidak terkata.

Semakin hampir dengan hari kejadian, aku ditakdirkan menerima arahan untuk bertapa di Hotel Course, Klang pada 20-22 Februari. Nafsu untuk berfoya-foya terus merudum. Mengapa hal ini terjadi? Mengapa? Mengapa? Mengapaaa...???!!!










Akhirnya...

Gambar ini diculik dari sini


Cuba cari, di manakah aku di dalam gambar di atas? :)




Berjodoh juga kita. :)



6 Tahun

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Hari Sabtu hari tu, aku bertemu janji. Dengan seoarang sahabat lama yang sudah 6 tahun tidak berjumpa 'live'.

Tarikh : 5 Mac 2011
Masa : 11 pagi
Tempat : 'Restauran Mewah'


Berjam-jam kami di situ. Dari asalnya duduk penuh tertib sehinggalah aku duduk sopan santun (baca: bersila, bersimpuh). Dari duduk-duduk hinggalah aku main baring-baring. Dari cerita-cerita besar, hinggalah ke cerita kecil-kecil. Ada ketawa gembira. Ada air mata duka.






Setakat ini, dialah sahabat aku yang paling tabah dalam meneruskan hidup bekeluarga. TUHAN, permudahkanlah urusan keluarganya dan berikanlah kebahagiaan yang selayaknya buat dia.


Agenda Cuti

BismiLLAHirahmaanirrahiim.




Apabila budak-budak sekolah cuti, cikgu-cikgi cuti, suri rumah cuti, ahli perniagaan cuti, penganggur cuti...



Mula-mula kena bersuriram dulu.






Kemudian barulah 'jalan-jalan'.















Rekod

BismiLLAHirahmaanirrahiim.




Pertama kali dalam hidup. Melawat haiwan di habitatnya (sebahagian) dengan memakai baju kurung. Wanita Malaya Terakhir gitu...











Yang sebenarnya dari majlis kenduri walimah anak perempuan keluarga angkat kekanda. Mesti haiwan-haiwan nampak tenang dengan kehadiran kami yang berpakaian 'sopan' ni. Patutlah ada yang 'mengikut' kami pulang.


Teluk Batik

BismiLLAHirahmaanirrahiim














... tapi tak membeli pun sebarang 'batik'.





Sebulan sebelum ini, semua media berita memberitahu yang ekonomi Malaya (sedang/ meningkat) kukuh. Tetapi kenapa tiba-tiba (semua?) subsidi kerajaan mahu dilupuskan? Mula bercerita tentang hutang negara yang berbilion-bilion belum dilangsaikan? Bukankah berita 'itu pelik bin ajaib'? 'Rakyat didahulukan' menandakan semua harga barang akan mencanak naik. Tahniah!

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah