Showing posts with label Kerabat. Show all posts
Showing posts with label Kerabat. Show all posts
7 Tahun
BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
Dalam demam-demam pun DikJah sempat menyambut hari lahirnya yang ke tujuh.
DikJah : Uchu, uchu... DikJah demam. DikJah rindu Uchu. Bila Uchu nak balik?
Uchu : Kenapa Uchu kena balik?
DikJah : Ummi dah tempah kek nak makan dengan Uchu. Uchu balik tau DikJah tunggu.
Alahai, cumelnya DikJah. Moga DikJah jadi anak yang baik. :)
Tentang: Kerabat
Hoho :)
BismiLLAHirrahmaanirriim.
Adik Jah : Ayah, ayah boleh tak Adik Jah ikut Uchu balik 'Island'?
Si Ayah : Isk tak boleh. Balik. Esok sekolah.
Adik Jah : Alaaa... boleh la, 'yah'. Tapi Uchu bagi Dik Jah cuti.
Si Uchu : Erkkk... (Bila masa pula aku jadi cikgu sekolah Adik Jah). :D
Tentang: Kerabat
Waktu Itu Tiba Jua
BismiLLAHirrahmaanirrhiim
Tanggal 6 haribulan Jun 2011, waktu 6. 15 pagi, Mak Long disahkan telah meninggal dunia oleh pihak hospital. Ayahanda antara penerima panggilan terawal tentang berita dukacita itu. InnaliLLAHi wa inna ilaihi raaji'uun. Maka tamatlah 'perkampungan' kami di wad 1D Hospital Diamond Bay.
Letih dan lelah seperti tiba di penghujung lebih-lebih lagi bagi lima orang anak lelaki Mak Long. Aku dan kelurga juga terkesan. Berulang-alik ke hospital tiga kali sehari dalam lebih tujuh hari.
Sedih. Memang sedih. Aku tidak sesedih ini ketika nenda meninggal dunia dulu. Mak Long adalah satu-satunya makcik sebelah ayahanda. Dan aku rasa lebih sebak apabila menantunya menunjukkan sehelai jubah yang sudah siap ditempah bersama sepasang kasut untuk cuti hujung November nanti. Mak Long juga tidak sempat untuk main tidur-tidur di rumah baru ayahanda. Tidak sempat berhari raya yang aku sudah beridea untuk 'meng-order' menu istimewa. Banyak perkara yang Mak Long tak sempat...
Ketika nenda meninggal dunia dulu aku sudah terfikir. Ketika itu nenda mempunyai empat orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan. Manakala ramai cucuanda lelaki dan hanya beberapa kerat sahaja yang perempuan. Dari urusan memandikan, mengangkat, pengebumian jenazah, majlis tahlil semua dapat diatur dan diuruskan oleh ahli keluarga.
Ketika Mak Long meninggal dunia aku terfikir lagi. Walau pun Mak Long tiada anak perempuan, tetapi ada bonda untuk menguruskan keperluan jenazah seperti kain-kain yang mahu digunakan, urusan masak-memasak, membantu memandikan jenazah. Manakala urusan mengangkat, pengebumian, majlis tahlil, membeli barang-barang keperluan dapat diuruskan oleh anak-anak sendiri dengan agihan-agihan kerja.
Bagaimana jika keadaan itu dialami oleh aku dan kekanda? Kami hanya berdua. Dan berdua kami, dua-dua perempuan.
ALLAHu yusahhil 'la 'umurina fi ddunya wa laakhirah.
Tentang: Kerabat
Kasihannya
BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
Kenapa kanak-kanak takut sangat mahu ditampalkan dengan Cool Fever eh? Macamlah nak kena sembelih dengan pisau Rambo.
Budak Gendut ni demam. SyafahALLAH.
Tentang: Kerabat
Setahun Janji
BismiLLAHirahmaanirrahiim
Dari tahun lepas lagi aku dah janji mahu membawanya ke Pesta Buku Kuala Lumpur. Tapi tak menjadi kerana ada aral, tak ada rezeki. AlhamduliLLAH tahun ini ada rezeki dia. Walaupun hanya perancangan di akhir waktu, hanya sekejap, tak mencapai matlamat, tidak memenuhi hajat, terlaksana juga janji tahun lepas. AlhamduliLLAH. Jangan monyok-monyok ok. Semuanya makcik belanja. (Untung dan bertuah tau dapat makcik yang pemurah macam aku ni!)

Muslihat
BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
Kejap-kejap dia menjeling saya. Kejap-kejap dia menjeling saya. Saya yang sudah perasan dengan tindakannya itu, buat-buat tak nampak. Saya dapat mengagak mengapa dia begitu.
Bila saya tengok mukanya, ada riak cuak. Baru sebentar tadi saya memarahi abangnya yang tidak menghabiskan makanannya. Mungkin nasibnya juga sama seperti abangnya. Fikirnya takut.
Tiba-tiba azan Zohor berkumandang.
"Uchu. Uchu dah sembahyang?" Soalnya sambil mengunyah nasi lagaknya.
"Belum. Kenapa?" Suara saya perlahan sambil membuat isyarat senyap demi menghormati azan.
Setelah azan tamat.
"Adik Jah rasa dah azan kan Chu?" Dia nampak yakin.
"Dah."
"Uchu pegilah sembahyang."
"Ni Adik Jah tak siap lagi makan. Nanti siapa tak kemas?"
"Tak pe. Uchu pegilah sembahyang."
Saya bangun dan melihat ke dalam pinggannya yang masih ada sedikit nasi yang diasingkan di tepi.
"Haaa... tak habis ye?!" Sergah saya. Dia tunduk melihat pinggan dan tidak menatap wajah saya.
"Habis ke tak ni?" Ulang saya lagi. Dia diam. Saya ulang lagi, "habis ke tidak ni?!" Suara saya makin meninggi.
"Tak." Suaranya cukup perlahan dalam nada takut. Terus saya jentik tangannya 2 kali.
"Lain kali kalau ambil nasi jangan?!" "Banyak..."
"Lain kali jangan ta_?!" "Tamak..."
"Kalau makanan tak habis berdo?!" "Berdosa..."
"Kalau berdosa TUHAN ma_?!" "Marah..."
"Kalau berdosa masuk api nera_?!" "Neraka..."
"Dah, bawak pinggang tu ke sinki." Dia terus ke sinki menunduk kepala tanpa melihat muka saya. Dia membasuh tangan. Saya jentik lagi tangannya sekali lagi.
"Lain kali jangan makan tak habis tau?!" "Ha."
Budak-budak sekarang. Kecil-kecil dah pandai bermuslihat. Muslihat Si Cilik.
Garang tak saya? =)
Baru Celik Mata Pun Boleh Gelak Galak
BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
OST No Limit aku menyanyi pada 6.46 pagi. Dipicit dari telefon tangan milik Kekanda. Hati aku mula berdebar. Menyangka ada berita dukacita bakal dibisikkan memandangkan bonda sedang demam sekarang. Bisik punya bisik....
Bukan hari ni lah. Adik seorang pun tak boleh nak ingat... (ala-ala merajuk manja gitu)
Ohhh... Hahaha... Terlupa la. Ingatkan hari ni sebab tu telipon kamu pagi-pagi ni.
Ah, maleh kawan!
Balik tak hari ni?
Tak. Esok ada kelas sampai pukul 12. Lepas tu baru balik. Kenapa?
Kanda ada belikan hadiah (Oh, suka-suka!) Tapi rasanya mesti kamu tak berapa berkenan. Tapi kanda nak kasi jugak pada kamu. Hahaha! (Cis!)
Tetapi itulah kekanda tunggal aku.
Tentang: Kerabat
Mukadimah
Bismillahirrahmaanirrahiim.
Acara pembukaan tahun baru.
Meraikan seorang 'budak-kena-masuk-penjara'.
Tu diaaa... Kaki sampai naik kerusi.
'Kopak' jugalah makcik budak-kena-masuk-penjara itu.
Agenda Cuti
BismiLLAHirahmaanirrahiim.
Apabila budak-budak sekolah cuti, cikgu-cikgi cuti, suri rumah cuti, ahli perniagaan cuti, penganggur cuti...
Mula-mula kena bersuriram dulu.

Kemudian barulah 'jalan-jalan'.
Tentang: Berpeleseran , Kerabat
Rekod
BismiLLAHirahmaanirrahiim.
Pertama kali dalam hidup. Melawat haiwan di habitatnya (sebahagian) dengan memakai baju kurung. Wanita Malaya Terakhir gitu...
Yang sebenarnya dari majlis kenduri walimah anak perempuan keluarga angkat kekanda. Mesti haiwan-haiwan nampak tenang dengan kehadiran kami yang berpakaian 'sopan' ni. Patutlah ada yang 'mengikut' kami pulang.
Tentang: Berpeleseran , Kerabat