BismiLLAHirrahmaanirrhiim
Tanggal 6 haribulan Jun 2011, waktu 6. 15 pagi, Mak Long disahkan telah meninggal dunia oleh pihak hospital. Ayahanda antara penerima panggilan terawal tentang berita dukacita itu. InnaliLLAHi wa inna ilaihi raaji'uun. Maka tamatlah 'perkampungan' kami di wad 1D Hospital Diamond Bay.
Letih dan lelah seperti tiba di penghujung lebih-lebih lagi bagi lima orang anak lelaki Mak Long. Aku dan kelurga juga terkesan. Berulang-alik ke hospital tiga kali sehari dalam lebih tujuh hari.
Sedih. Memang sedih. Aku tidak sesedih ini ketika nenda meninggal dunia dulu. Mak Long adalah satu-satunya makcik sebelah ayahanda. Dan aku rasa lebih sebak apabila menantunya menunjukkan sehelai jubah yang sudah siap ditempah bersama sepasang kasut untuk cuti hujung November nanti. Mak Long juga tidak sempat untuk main tidur-tidur di rumah baru ayahanda. Tidak sempat berhari raya yang aku sudah beridea untuk 'meng-order' menu istimewa. Banyak perkara yang Mak Long tak sempat...
Ketika nenda meninggal dunia dulu aku sudah terfikir. Ketika itu nenda mempunyai empat orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan. Manakala ramai cucuanda lelaki dan hanya beberapa kerat sahaja yang perempuan. Dari urusan memandikan, mengangkat, pengebumian jenazah, majlis tahlil semua dapat diatur dan diuruskan oleh ahli keluarga.
Ketika Mak Long meninggal dunia aku terfikir lagi. Walau pun Mak Long tiada anak perempuan, tetapi ada bonda untuk menguruskan keperluan jenazah seperti kain-kain yang mahu digunakan, urusan masak-memasak, membantu memandikan jenazah. Manakala urusan mengangkat, pengebumian, majlis tahlil, membeli barang-barang keperluan dapat diuruskan oleh anak-anak sendiri dengan agihan-agihan kerja.
Bagaimana jika keadaan itu dialami oleh aku dan kekanda? Kami hanya berdua. Dan berdua kami, dua-dua perempuan.
ALLAHu yusahhil 'la 'umurina fi ddunya wa laakhirah.
2 Rokyukum:
Al-fatihah..
Bila tiba masa kita, mudah-mudahan semuanya dipermudahkan.. insya-Allah..
Achik>>>
Mudah2an itulah harapnya.
Post a Comment