Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Sasterawan Itu

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Hari ini  terakhir di tahun 1434 Hijriyyah. Selamat tahun baharu 1435. Semoga tahun yang baharu ini dapat memperbaiki kehidupan kita semua dengan lebih beragama.


Sebenarnya dahulu, ketika beta di upper form, beta pernah belajar di kelas sastera. Tetapi tidak lama. Puncanya adalah kerana sastera punya gaya bahasa yang sukar beta fahami (beta kan orang visual). 

Dan, setakat ini cuma ada dua buah buku tulisan Sasterawan Negara ini.






Menerusi Dari Salina ke Langit Petang, dapatlah beta membuat kesimpulan bahawasanya ada satu tabiat beta sama dengan Sasterawan Negara ini; kami memerlukan masa yang panjang dan lama untuk mengkhatamkan sesebuah buku.





Nota Bawah:

1. Ok, Pahang memenangi Piala Malaysia 2013; 1-0 mengalahkan Kelantan.
2. Dan hari ini hari mengundi PRK DUN Sungai Limau.

Januari 2013M

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.



Sollu 'ala nNabiy! Sollu 'ala nNabiy! Sollu 'ala nNabiy!


Sudah hampir 6 bulan beta tidak ber-blogging. Banyak peristiwa yang terjadi sepanjang tempoh enam purnama tidak mampulah kiranya beta berkehendak untuk 'mengulangceritakan' segalanya yang telah terjadi itu.

AlhamduliLLAH beta masih dikurniakan nikmat kesihatan yang tidak ternilai harganya walaupun percuma. HamdiLLAH beta masih lagi dikurniakan nikmat ingatan yang kekal akan password blogspot ini. Mungkin kerana beta mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang juga amalan-amalan orang yang soleh. Thank You Allah!

Bulan pertama di tahun baharu masihi ini; Januari 2013 mengingatkan kita tentang lahirnya seorang Tokoh Terunggul Dunia. Bagindalah 'Bapa Perubahan Dunia' yang terlalu banyak membuat pelbagai perubahan dari sudut peradaban, pengurusan, pentadbiran, perundangan... Namun apa yang kita lakukan sebagai tanda ucapan 'terima kasih' di atas segala usaha dan daya baginda? Perarakan jalanan halal sambil membawa sepanduk? Ceramah-ceramah mengenai sejarah kehidupan; sebelum lahir-selepas lahir, sebelum diangkat menjadi rasul-selepasnya, hinggalah berakhirnya nafas di jasad. Bercerita tentang sunnah-sunnah baginda, juga mu'jizat, dan syafa'at baginda di akhirat kelak. Berceramah di pentas, berbaju Melayu, bersongkok tinggi... Bercerita, bercerita dan bercerita hingga dahaga disediakan air kosong di meja. Tetapi tetap juga tidak melakukan perintah baginda (perintah ALLAH). Tetapi juga di kaca tivi dan pentas sana sini dengan acara-acara jahilyyah... Itulah acara yang akan berulangtayang menjadi hidangan mata, telinga, dan pemikiran sepanjang tahun.

Oh, beta berbicara begini, bukanlah bermakna beta anti-sosial. Tetapi mungkin juga atas faktor usia beta yang semakin hari semakin tua. Mungkin juga sudah diberi kesedaran tentang 'rumah kata pergi, kubur kata mari'. Kita semua mahu masuk syurga. Sama ada Muslim atau Kafir akan memilih mahu masuk syurga. Tetapi adakah kita sudah memiliki tiket atau pun pass masuk untuk ke syurga? Apakah bekalan kita untuk masuk ke syurga? Mahu kencing pun harus bayar RM0.30 di tandas awam inikan pula mahu tinggal dan hidup di syurga?


Salam Hari Kelahiran Nabi Muhammad SallALLAHu 'alaihi wa ssallam. Sollu 'ala nNabiy!

Salam Hari Kelahiran buat 'tuan' blog! =)


Parcel yang sampai awal tiga hari sebelum hari kejadian.









 Hadiah yang sampai pada hari kejadian.







Hadiah yang sampai sehari selepas hari kejadian.




Syukran ya RasulALLAH.
AhmaduliLLAH ya ALLAH.
Terima kasih yang menghadiahkan beta material, du'a, ucapan, jua ingatan! 


Ahha Kalian Sudah Tua

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.







Hari ini adalah hari lahir mereka berdua.
Seorang Kristian. Seorang Muslim.


Selamat Pengantin Baru 'Opah'

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.







First Assigment: Anjang Dan Aida

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Lokasi : Kampung Chenderong Balai
Tarikh : 20 Febuari 2010
Masa : sebelum hingga selepas Zohor









Selamat Pengantin Baru buat Khairul Anuar (Anjang) dengan pasangannya. Moga hidup kalian diberkati TUHAN. Anjang, jangan nakal-nakal eh!


Terakhir 2009

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.







Ini tok mufti negeri aku. Kenal? Tok mufti ni cakap-cakap mengenai 'Etika Perkhidmatan'. Ramai yang 'main-main'. =)


Ini pula Tuan Pengarah Jabatan Agama Islam negeri aku. Cakap-cakapnya yang paling mengejutkan ialah, SERATA dan SIS telah diambil alih oleh kementerian dengan jayanya tetapi dengan MoU. Mana Baginda Sultan negeri aku? Negeri aku ni dah miskin sangatkah?






3 hari 2 malam di tempat paling kerap menerima hujan, Taiping; Hotel Seri Malaysia. Slot paling best 'Menangani Stress' oleh Pakar Kaunseling dari Jabatan Sumber Manusia SUK. Rupanya dia senior aku di SERATA. Penoreh seperti kami pun mengalami stress tau!





Diberitakan awal pagi esok akan berlaku gerhana. Perawalan tahun yang ajaib. Jom solat sunat!


Selamat menjengah tahun 2010.

Selamat Hari Raya Idul Fitr

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.



Sembah Patik Bukan Mahu Derhaka... Bukan 'Syah' Yang Itu

BismiLLAHirrahmanirrahim.





Pagi tadi aku agak kalut mahu ke pejabat pos. Untuk membayar beberapa jenis bil bulanan. Tiba di Mini Pos, pintu tertutup rapat. Nak bertanya pada seorang pakcik yang sedang mengopi di sebelah Mini Pos, malu. Akhirnya aku bertanya dalam hati. Nak kata hari ni ada Perhimpunan Agung UMNO, tak ada pula iklan di dalam tivi. Tapi di tivi RTM selalu sangat keluar muka Agong. Oh... ada kenduri kot. Maklumlah musim cuti sekolah.

Hari ni raya Agong nak...
(Errkkk... pakcik tu boleh dengar suara hati aku?!!!)

Pulang. Tengok kalender yang bergayut di dinding. Nombor 6 berwarna merah- Hari Keputeraan S.P.B Yang DiPertuan Agong, bersamaan 12 Jamadil Akhir, Sabtu. Hari ini! (Bukankah tarikh lahir Tuanku sama dengan patik?- keliru)


Ampun Tuanku berjuta-juta ampun, sembah patik derhaka harap diampun.


Aku sudah lama sedar tentang hal itu. Perihal tentang waris takhta sultan yang mempunyai 'Shah' pada akhir nama mereka. Dulu. Ketika di sekolah rendah. Seorang rakan kelas aku mempunyai 'Shah' pada akhir namanya. Malah kesemua adik beradiknya (lelaki dan perempuan) juga ada. Tetapi nama ayahnya (Cikgu Anuar) tak ada pula. Dan apabila aku bertanya pada Ardiana Shah adakah dia dari kerabat diraja, aku diketawakan oleh Cikgu Anuar. Ya, jawabannya munasabah. Mana mungkin kerabat diraja bersekolah di SKSL. Kemudian ketika di sekolah 'pondok-pondok'; seperti ada satu lagenda. Kesemua Ketua Pengawas mempunyai 'Shah' di akhir nama mereka. Aku tak pasti hal ini memang sengaja dicipta 'Shah' sebagai pangkat atau memang kebetulan. Tetapi lagenda ini diketahui umum di sekolah-sekolah lain. Lain pula ceritanya ketika aku di Matrik UAA dulu.

Ngko tau tak makna 'syah' tu?
Tak. (buat muka naif). Apa dia?
Ngko bukaklah kamus.
Aku yang naif lagi mahu tahu membuka kamus.
... ... ... errr... ... ...

Ampun Tuanku berjuta-juta ampun, sembah patik derhaka harap diampun.


Dirgahayu Tuanku;
Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Moga hidup Tuanku lebih diberkati TUHAN dengan keadilan setiap titah.


NotaBawah:
'Shah' dan 'Syah'. 2 bunyi yang sama. 2 ejaan yang berbeza. Sudah tentu 2 makna yang berbeza.

Selamatlah, Siti Zaharah

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Semalam. Aku berjumpa dengan dua orang sahabat sepermaianan zaman 'dolu-dolu'. Tersangatlah lama tidak bertemu. Lebih lima tahun tidak bersua. Sangat rindu. Berpelukan. Mengalir air mata. Macam-macam cerita yang keluar dalam waktu yang teramat-amat singkat itu. Kami bertemu di sebuah majlis perkahwinan.


Dokter Puan Aini Shakirah bt Almarhum Haji Sulam. Suaminya seorang qari Bagan Serai. Oh. Aku tidak sempat menghadiri majlis perkahwinannya tahun lepas.





Tengah: Dokter Puan Siti Zaharah binti Almarhum Haji Mat Taib. Bertugas di Sekolah Pendidikan Khas Tambun.




Selamat Pengantin Baru buat Siti Zaharah binti Haji Mat Taib dengan pasangannya Wan Hasdi bin Wan Musa. Moga hidup baru kalian lebih diberkati dan bahagia dunai akhirat. Moga murah rezeki.



NotaBawah:
Soalan 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas';
ngko bila lagi?


Kelahiran Bertarikh

BismiLLAHirrahmanirrahim



Semalam. Kami sekeluarga (aku, Bonda dan Ayahanda) makan tengah hari awal. Menu kegemaran aku; Sambal Tempe masakan tangan bonda. Sedap. Selepas makan tengah hari Bonda mengucapkan 'selamat' kepada aku. Ayahanda mengucapkan 'selamat' melalui gurauan. Oh. Bahagianya hidup.




Terima kasih kepada mereka-mereka yang mengingati tarikh semalam. Maaf kepada kalian yang meminta alamat rumah untuk mengkoordinatkan kiriman 'hadiah selamat', telah aku hampakan. Bukan apa... Aku mahu menjimatkan kos sara-suri hidup kalian. Sebab aku tidak mahu 'hadiah selamat' yang murah-murah. Aku ni baik, kan?



Beberapa hari lepas.
Aku mengunjungi kedai rakan Bonda. Dia berbangsa Cina. Di hadapan kedainya ada sepasu 'Pokok Ong'. "...itu pokok, kalau makin lama, makin tinggi, duit juga minta begitu maaa...", kata Uncle. "...itu pokok sinang jaga, tak perlu siram banyak air..." Aku pun buatlah soalan bongok.

"Kenapa uncle tak tanam pokok buluh atau kelapa? Lagi tinggi..." =)




Selamat bercuti kepada yang terlibat. Selamat menjamu 'Nasi Minyak' di majlis kahwin yang dikendurikan. Hati-hati memandu.


Expidisi Pertama: Berlegar Sekitar Kota Cairo

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Di Cairo kami menyewa di bilik tamu Rumah Perlis, dengan kos LE100 semalam. Keesokkan paginya Sabtu; 27 Disember kami memulakan expidisi. Ketua pemandu kereta merangkap ketua pemandu pelancong kami; Ustaz Hamdan. Orang negeri Johor.


Hari Pertama:


1. Masjid Rifa'ei.

Terletak bersebelahan dengan Masjid Sultan Hasan. Rifa'ei ialah nisbah kepada WaliuLLAH Sayyid Ahmad bin Ali al Rifa'ei, seorang penerus tarekat sufi Rifa'eiyyah. Beliau merupakan seorang ulama pendakwah yang masyhur. Di dalamnya terdapat beberapa maka
m antaranya, Raja Farouk; raja terakhir Mesir yang telah digulingkan pada 1952, anaknya; Raja Fuad II dan ibunya. Juga terdapat makam Syah Iran; Raja Parsi (Iran) yang telah digulingkan pada 20 Febuari 1979 yang mana kemudiannya digantikan dengan Ayatullah Khomeini sebagai pemimpin negara. Imam Rifa'ei telah dikebumikan di Ummu Ubaidah, Iraq.



2. Masjid Sultan Hasan.

Sultan Hasan merupakan sultan yang ke 19 dari pemerintahan Turki Uthmaniyyah yang memerintah Mesir. Masjid ini telah dibina oleh Basyir Agha pada tahun 1356M dan selesai pembinaannya pada 1363M/ 757H. Masjid ini terletak bersebelahan
dengan benteng Solehuddin al Ayyubi. Dengan ketinggian 39 meter dan keluasan lebih kurang 7907 meter persegi. Merupakan bangunan masjid tertinggi di Mesir. Di dalamnya terdapat 4 Madrasah Mazhab Fekah (Hanafi, Maliki, Syafi'ei dan Hambali). Madrasah ini hanya berbentuk bilik bersaiz sederhana besar dan kini tidak digunakan lagi. Di bahagian dalam masjid terdapat makam anak Sultan Hasan.



3. Masjid Ahmad Ibnu Toloun.





4. Kubu Solahuddin al Ayyubi.
Merupakan kawasan yang sangat luas. Terletak bersebehan dengan Bukit Muqattam dan berhampiran dengan Pasar Sayyidah Aisyah. Idea pembinaan kubu ini adalah hasil cetusan dari Sultan Nasir Solahuddin al Ayyubi sendiri dan pembinaanya dilaksanakan pada tahun 1183M. Kubu ini dibina bertujuan untuk melindungi Kota Kaherah yang luas dan terdedah kepada bahaya dan serangan musuh. Dikatakan batu-batu yang terdapat di kawasan Piramid telah digunakan dalam pembinaan kubu ini kerana batu-batu tersebut mampu untu
k membentuk asas tembok yang kuat. Kubu ini telah dikelilingi dengan tembok yang tinggi bagi mengelakkan musuh menceroboh masuk. Terdapat saliran air sebagai sumber bekalan kegunaan tentera pada masa itu. Saliran ini bermula dari Sungai Nil menghala ke Kubu Solahuddin al Ayyubi. Banyak kesan kesan sejarah yang terdapat di kubu ini yang dibina sejak zaman Ayyubi dan diluaskan sehinggalah Zaman Pemerintahan Uthmaniyyah. Di bahagian utara kubu ini terdapat Masjid Sultan Mohamed Ali Pasya yang diperbuat dari batu granit. Terdapat juga di dalamnya kawasan benteng ini; Muzeum Istana Jawhara, Muzeum Polis dan Muzeum Tentera.





5. Masjid dan Makam Imam as Syafi'ei.



6. Masjid dan Makam Sayidah Nafisah.

7. Makam Imam Wakie' (Guru Imam Syafi'ei.

8. Makam as Syeikh Asyraf ar Rifa'ei al Husaini (Wali Kecil).



Hari kedua. Kami masih lagi berkeliaran di Cairo. Tempat-tempat yang sempat di-keliaran-kan:


1. Masjid Amru bin al Asy.

Masid ini merupakan masjid yang pertama dibina di Mesir dan Benua Afrika selepas Amru al Asy berjaya memasuki Mesir pada 19H/ 640M. Pembinaan masjid ini atas perintah Khalifah Umar bin
al Khattab sekiranya beliau (Amru) sampai di Mesir. Nama lain bagi masjid ini ialah Taj Jawami' (Mahkota Masjid), Jami' al Atiq (Masjid Tertua) dan Masjid Ahlu al Rayah (Pemegang Panji Islam). Masjid ini terletak di tengah-tengah Kota Fusthath.





2. The Coptic Museum.




3. The Hanging Church.
Penempatan pertama Maryam dan Nabi Isa 'alaihisalam setelah keluar dari Palestin. Perkara yang mendukacitakan adalah, tempat ini telah dikuasai oleh penganut agama Kristian.






4. Piramid Giza.




5. Egyptian Museum.





Oh. Sebelum masuk bulan Safar dan Februari. Kepada kalian. Aku ucapkan; Selamat Tahun Baru. Moga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas-lepas.

=)


Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah