BismiLLAHirrahmanirrahim.
Di Cairo kami menyewa di bilik tamu Rumah Perlis, dengan kos LE100 semalam. Keesokkan paginya Sabtu; 27 Disember kami memulakan expidisi. Ketua pemandu kereta merangkap ketua pemandu pelancong kami; Ustaz Hamdan. Orang negeri Johor.
Hari Pertama:
1. Masjid Rifa'ei.
Terletak bersebelahan dengan Masjid Sultan Hasan. Rifa'ei ialah nisbah kepada WaliuLLAH Sayyid Ahmad bin Ali al Rifa'ei, seorang penerus tarekat sufi Rifa'eiyyah. Beliau merupakan seorang ulama pendakwah yang masyhur. Di dalamnya terdapat beberapa makam antaranya, Raja Farouk; raja terakhir Mesir yang telah digulingkan pada 1952, anaknya; Raja Fuad II dan ibunya. Juga terdapat makam Syah Iran; Raja Parsi (Iran) yang telah digulingkan pada 20 Febuari 1979 yang mana kemudiannya digantikan dengan Ayatullah Khomeini sebagai pemimpin negara. Imam Rifa'ei telah dikebumikan di Ummu Ubaidah, Iraq.
2. Masjid Sultan Hasan.
Sultan Hasan merupakan sultan yang ke 19 dari pemerintahan Turki Uthmaniyyah yang memerintah Mesir. Masjid ini telah dibina oleh Basyir Agha pada tahun 1356M dan selesai pembinaannya pada 1363M/ 757H. Masjid ini terletak bersebelahan dengan benteng Solehuddin al Ayyubi. Dengan ketinggian 39 meter dan keluasan lebih kurang 7907 meter persegi. Merupakan bangunan masjid tertinggi di Mesir. Di dalamnya terdapat 4 Madrasah Mazhab Fekah (Hanafi, Maliki, Syafi'ei dan Hambali). Madrasah ini hanya berbentuk bilik bersaiz sederhana besar dan kini tidak digunakan lagi. Di bahagian dalam masjid terdapat makam anak Sultan Hasan.
3. Masjid Ahmad Ibnu Toloun.
4. Kubu Solahuddin al Ayyubi.
Merupakan kawasan yang sangat luas. Terletak bersebehan dengan Bukit Muqattam dan berhampiran dengan Pasar Sayyidah Aisyah. Idea pembinaan kubu ini adalah hasil cetusan dari Sultan Nasir Solahuddin al Ayyubi sendiri dan pembinaanya dilaksanakan pada tahun 1183M. Kubu ini dibina bertujuan untuk melindungi Kota Kaherah yang luas dan terdedah kepada bahaya dan serangan musuh. Dikatakan batu-batu yang terdapat di kawasan Piramid telah digunakan dalam pembinaan kubu ini kerana batu-batu tersebut mampu untuk membentuk asas tembok yang kuat. Kubu ini telah dikelilingi dengan tembok yang tinggi bagi mengelakkan musuh menceroboh masuk. Terdapat saliran air sebagai sumber bekalan kegunaan tentera pada masa itu. Saliran ini bermula dari Sungai Nil menghala ke Kubu Solahuddin al Ayyubi. Banyak kesan kesan sejarah yang terdapat di kubu ini yang dibina sejak zaman Ayyubi dan diluaskan sehinggalah Zaman Pemerintahan Uthmaniyyah. Di bahagian utara kubu ini terdapat Masjid Sultan Mohamed Ali Pasya yang diperbuat dari batu granit. Terdapat juga di dalamnya kawasan benteng ini; Muzeum Istana Jawhara, Muzeum Polis dan Muzeum Tentera.
5. Masjid dan Makam Imam as Syafi'ei.
6. Masjid dan Makam Sayidah Nafisah.
7. Makam Imam Wakie' (Guru Imam Syafi'ei.
8. Makam as Syeikh Asyraf ar Rifa'ei al Husaini (Wali Kecil).
Hari kedua. Kami masih lagi berkeliaran di Cairo. Tempat-tempat yang sempat di-keliaran-kan:
1. Masjid Amru bin al Asy.
Masid ini merupakan masjid yang pertama dibina di Mesir dan Benua Afrika selepas Amru al Asy berjaya memasuki Mesir pada 19H/ 640M. Pembinaan masjid ini atas perintah Khalifah Umar bin al Khattab sekiranya beliau (Amru) sampai di Mesir. Nama lain bagi masjid ini ialah Taj Jawami' (Mahkota Masjid), Jami' al Atiq (Masjid Tertua) dan Masjid Ahlu al Rayah (Pemegang Panji Islam). Masjid ini terletak di tengah-tengah Kota Fusthath.
2. The Coptic Museum.
3. The Hanging Church.
Penempatan pertama Maryam dan Nabi Isa 'alaihisalam setelah keluar dari Palestin. Perkara yang mendukacitakan adalah, tempat ini telah dikuasai oleh penganut agama Kristian.
4. Piramid Giza.
5. Egyptian Museum.
Oh. Sebelum masuk bulan Safar dan Februari. Kepada kalian. Aku ucapkan; Selamat Tahun Baru. Moga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas-lepas.
=)
Expidisi Pertama: Berlegar Sekitar Kota Cairo
Ditaip oleh
e.i.s.r.a.a
03 January 2009
Tentang: Berpeleseran , Kerabat , Mukim , Ucapan
4 Rokyukum:
terima kasih atas info ni anis.. .
teruskan dgn searchingmu... leh tumpang sekaki gak.. hehhe..
Salam tahun bru n salam maal Hijrah gak
ochie>>
terima kasih pada TUHAN.
tumpang 2 kaki atau berkaki2 pun tak apa.
salam tahun baru kembali kepada kamu.
kullu sanah wa antum bi khair.
=)
anis>>>
hehhhe.. apa kes la kaki.. ni.. makan cap kaki tiga ka??? hakhakhak...
bestnya dapat melawat piramaid.. sangat jelesssssssssssssssssss..
saya sgt suka tgk national goegraphic pasal piramid..
Post a Comment