Boikot: Benarkah?

BismiLLAHirahmanirrahim.



Gambar dikutip dari sini.


Israel serang Palestin (lagi). Itulah peristiwa penutup tahun 2008 dan pembukaan tahun baru 2009. Rasanya tak perlu aku taip panjang-panjang (buang masa), kerana semua media melaporkan tentang peristiwa itu. Dan kalian pun mungkin ter-baca dan ter-tengok.

Sana-sini ada poster 'boikot', banner, rapat 'aman', demonstrasi, kutipan derma 'Dakap', konsert amal, derma peribadi, persidangan... Sama ada syarikat, sekolah, individu, badan kerajaan... Ya. Aku ketawa. Dengan tindakan sesetangah orang-orang Malaya. Mereka kata, mereka Islam. Dan 'mahu tolong orang Islam'. Mereka hadir di majlis-majlis boikot ini dengan ucapan yang berdegar-degar mengecam tindakan Isreal dan Amerikat terhadap Palestin. Mereka penyiar kepada penderitaan Palestin (tivi dan akhbar).Tetapi mengapa mereka tidak berani memberitahu produk barangan Israel atau Amerika ketika membuat persidangan akhbar atau media? Mengapa masih ada lagi iklan-iklan 'boikot' keluar dan ditayangkan di akhbar, tivi dan radio? Mengapa masih ada lagi kapal-kapal 'produk boikot' masih selamat masuk ke Malaya?


Mahu cuci mata? Di sini. Dan di sini.





0 Rokyukum:

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah