BismiLLAHirrahmanirrahim
Semalam. Kami sekeluarga (aku, Bonda dan Ayahanda) makan tengah hari awal. Menu kegemaran aku; Sambal Tempe masakan tangan bonda. Sedap. Selepas makan tengah hari Bonda mengucapkan 'selamat' kepada aku. Ayahanda mengucapkan 'selamat' melalui gurauan. Oh. Bahagianya hidup.
Terima kasih kepada mereka-mereka yang mengingati tarikh semalam. Maaf kepada kalian yang meminta alamat rumah untuk mengkoordinatkan kiriman 'hadiah selamat', telah aku hampakan. Bukan apa... Aku mahu menjimatkan kos sara-suri hidup kalian. Sebab aku tidak mahu 'hadiah selamat' yang murah-murah. Aku ni baik, kan?
Beberapa hari lepas.
Aku mengunjungi kedai rakan Bonda. Dia berbangsa Cina. Di hadapan kedainya ada sepasu 'Pokok Ong'. "...itu pokok, kalau makin lama, makin tinggi, duit juga minta begitu maaa...", kata Uncle. "...itu pokok sinang jaga, tak perlu siram banyak air..." Aku pun buatlah soalan bongok.
"Kenapa uncle tak tanam pokok buluh atau kelapa? Lagi tinggi..." =)
Selamat bercuti kepada yang terlibat. Selamat menjamu 'Nasi Minyak' di majlis kahwin yang dikendurikan. Hati-hati memandu.
Kelahiran Bertarikh
Ditaip oleh
e.i.s.r.a.a
23 January 2009
6 Rokyukum:
besday ek semalam? hepi belated besday.. moga panjang umur murah rezeki.. :)
ehemmmmmmm... happy belated birthday... =) moga murah semuanya...amin... uhukkk =P
satu lagi.. ucap hepy belated birthday jugak kat siti ainum.. 21/12 kan.. =P
achik>>
terima kasih. moga rezeki yu juga murah2.
dato g>>
terima kasih. jualan murah sini banyak. maklumlah nak raya cina.
dato g>>
erk. macam mana boleh tahu? =?
salam my ex-ahlibait..happy besday to u k..yg ke???huhuh...moga diberkati..dapat ape yg di impikan..doakan ai kat sini..sedapnnye sambal tempe tu..tringat mase mak yu masak kat sini..hhuhu.:)
org da beli hadih tu :(
sampai ati..nk bgi sapa tah ..ada dah tu :(
pokok wet tu kt rumah saye pon ader.berpasu-pasu
Post a Comment