6 Tahun
Tentang: Berpeleseran , Makan , Teman
Setelah
Mukadimah
Berbaloikah?
BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
Inilah kali pertama (2009) aku masuk dan makan masakan 'Tok Wan Merah' yang seharusnya aku boikot itu. Bukan makanan itu yang aku mahu ceritakan (menyesal sesudah kenyang???), tetapi aku suka gambar di situ (yang sebenarnya aku telah menjadi penderma peluru kepada Palestin dan negara-negara yang senasib dengannya).
Kadang-kadang. Aku berasa pelik terhadap diri. Sudah tahu salah (berdosa), kenapa mahu lakukan juga? Teringat satu formula. 'Sembahyang dapat mencegah dari melakukan perkara mungkar'. Jika aku bersolat, tetapi masih lagi buat benda-benda yang mungkar, maknanya solat aku ada... ... ...
....
... something wrong!
Astaghfir ULLAH al'ziim. Astaghfir ULLAH al'ziim. Astaghfir ULLAH al'ziim.
Makanan Kesihatan
BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
Hari ini ada lagi 'potlak'. Temanya 'Makanan Kesihatan'. Ramai juga yang terfikir tentang makanan kesihatan itu, sihatkah?
Aku? Oh. Aku tidak makan ulam-ulaman. Sebab itu aku dikatakan tidak sihat. Barangkali.
Orang Melayu memang terkenal dengan pelbaga jenis makanan. Kalian setuju?
Tentang: Makan
Akhir Idulfitr 2009
Main Dengar-dengar
BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
10 haribulan ada 'majlis dengar-dengar' dan 'majlis sampaikan hadiah'. Semua ahli Persatuan Penoreh Negeri Geng 1, 2 dan 3 terlibat. Tempat di Ipoh.



Dalam ramai-ramai ahli penoreh negeri, cuma ini sahaja yang berjaya 'masuk' ke dalam kamera. =)
Tentang: Berpeleseran , Makan
Selamat
BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
20 Ogos 2009. Persatuan Penoreh Getah Negeri Geng 3 telah mengadakan 'potlak' sempena menyambut Ramadhan al Mubarak. Semua penoreh wajib membawa makanan masing-masing setelah mendapat ugutan 'Cafe tak bukak hari kamis ni'. Ada dua sesi 'potlak'; sarapan dan tengah hari (tapi menu untuk tengah hari tak sempat nak snap sebab aku terpaksa menoreh di luar kawasan. Bila balik je dah licin. Huhuhu).
Kepada kalian yang beragama Islam, selamat menambah pahala puasa. Moga-moga beratlah mizan hasanah kita kelak. Amiin Ya Rabb.
Kepada kalian yang bukan beragama Islam, cubalah menghormati orang Islam beribadah. Terima kasih.
Selamat menyambut Hari Ke-'merdeka'-an yang ke 52. Terima kasih TUHAN kerana memberi kami nikmat dan peluang untuk hari esok.
=)