Showing posts with label Bahasa. Show all posts
Showing posts with label Bahasa. Show all posts

Alif Lam Lam Ha

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.







Padahnya apabila hukum ALLAH 'dinomborduakan' hinggakan kalimah ALLAH pun kena naik-turun mahkamah. Lucu.

Apa pun hasilnya, aku tetap tak puas hati apabila perkataan ALLAH diterjemah kepada 'God' di semua drama dan filem yang mempunyai terjemahan Bahasa Inggeris.

'Insya ALLAH' = 'God's willing'.





Pihak berwajib, sila ambil perhatian.

Sembah Patik Bukan Mahu Derhaka... Bukan 'Syah' Yang Itu

BismiLLAHirrahmanirrahim.





Pagi tadi aku agak kalut mahu ke pejabat pos. Untuk membayar beberapa jenis bil bulanan. Tiba di Mini Pos, pintu tertutup rapat. Nak bertanya pada seorang pakcik yang sedang mengopi di sebelah Mini Pos, malu. Akhirnya aku bertanya dalam hati. Nak kata hari ni ada Perhimpunan Agung UMNO, tak ada pula iklan di dalam tivi. Tapi di tivi RTM selalu sangat keluar muka Agong. Oh... ada kenduri kot. Maklumlah musim cuti sekolah.

Hari ni raya Agong nak...
(Errkkk... pakcik tu boleh dengar suara hati aku?!!!)

Pulang. Tengok kalender yang bergayut di dinding. Nombor 6 berwarna merah- Hari Keputeraan S.P.B Yang DiPertuan Agong, bersamaan 12 Jamadil Akhir, Sabtu. Hari ini! (Bukankah tarikh lahir Tuanku sama dengan patik?- keliru)


Ampun Tuanku berjuta-juta ampun, sembah patik derhaka harap diampun.


Aku sudah lama sedar tentang hal itu. Perihal tentang waris takhta sultan yang mempunyai 'Shah' pada akhir nama mereka. Dulu. Ketika di sekolah rendah. Seorang rakan kelas aku mempunyai 'Shah' pada akhir namanya. Malah kesemua adik beradiknya (lelaki dan perempuan) juga ada. Tetapi nama ayahnya (Cikgu Anuar) tak ada pula. Dan apabila aku bertanya pada Ardiana Shah adakah dia dari kerabat diraja, aku diketawakan oleh Cikgu Anuar. Ya, jawabannya munasabah. Mana mungkin kerabat diraja bersekolah di SKSL. Kemudian ketika di sekolah 'pondok-pondok'; seperti ada satu lagenda. Kesemua Ketua Pengawas mempunyai 'Shah' di akhir nama mereka. Aku tak pasti hal ini memang sengaja dicipta 'Shah' sebagai pangkat atau memang kebetulan. Tetapi lagenda ini diketahui umum di sekolah-sekolah lain. Lain pula ceritanya ketika aku di Matrik UAA dulu.

Ngko tau tak makna 'syah' tu?
Tak. (buat muka naif). Apa dia?
Ngko bukaklah kamus.
Aku yang naif lagi mahu tahu membuka kamus.
... ... ... errr... ... ...

Ampun Tuanku berjuta-juta ampun, sembah patik derhaka harap diampun.


Dirgahayu Tuanku;
Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Moga hidup Tuanku lebih diberkati TUHAN dengan keadilan setiap titah.


NotaBawah:
'Shah' dan 'Syah'. 2 bunyi yang sama. 2 ejaan yang berbeza. Sudah tentu 2 makna yang berbeza.

Sangat

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Aku. Memang sangat naif dengan bahasa. Ketika sekolah berbaju seragam, subjek yang paling amat-amat aku tak suka adalah penulisan. Biasanya karangan aku akan melampaui had yang dikehendaki dengan struktur bahasa yang tunggang-langgang, dan penggunaan 'bahasa rojak'. Dan kesalahan ini akan mengurangkan markah penulisan, sekali gus akan membabitkan pemarkahan subjek major tersebut. Dan. Di dalam subjek Bahasa Melayu (dulu), ada bahagian tatabahasa yang selalu membuatkan neuron membran sel aku berpintal. Sangatlah tertekan. Boleh koyak tudung dibuatnya.

Contoh:
Arahan: Pilih jawaban yang paling tepat.

I - Setiap hari saya pergi ke sekolah dengan menaiki bas.
II - Saya menaiki bas setiap hari ke sekolah.
III - Dengan menaiki bas, saya ke sekolah setiap hari.
IV - Saya pergi ke sekolah dengan menaiki bas setiap hari.

A. I dan II.
B. I dan III
C. I, II, dan III.
D. I, II, III, IV.


Dan. Sekarang.


Keadaan satu.

Bla bla bla... Bla bla bla...
Awak dok pahang ke?
Eh. saya bukan orang Pahang. (Terkebil-kebil. Aku tahu lelaki itu tahu, aku bukan orang Pahang)
Awak dok pahang ke? Kalu dok pahang sayee panggil Zaki (bukan nama sebenar).
Hm?
Awak f.a.h.a.m kee? Are you understand(g) what were are talking about?

Ooooooooooooooooo... Ya, saya faham.


Keadaan dua.

Bla bla bla... Bla bla bla...
Mengada-ngada pulak dia. Dah pasang tingkap baru pun tak boleh buka lagi.
Tingkap? Tingkap apa?
Kita cakap pasal apa tadi? (Aku tak ubah topik pun)
Jap, jap. Tingkap... saya bukan exco atau ajk perumahan.
Windows tak boleh setup lah.
Ooo... cakaplah windows tadi...
(Ada juga yang nak kena panah petir ni)


Keadaan tiga.

Tak adalah.
Tak kan tak ada? Rasanya sekarang ni memang musim dia?
Betul, tak ada. Saya cari dari depan sampai ke belakang pasar.
Dua hari lepas akak pegi, ada je. Cepat pula habisnya.
Saya dah tanya kat makcik-makcik tu. Derang cakap tak ada.
Awak tanya apa?
Ubi stelo.
Wakakakaka... (gelak bertanduk) Kalau awak tanya ubi stelo sampai kiamat pun tak jumpa.
Kenapa? (buat muka innocent)
Ubi stelo tu keledek la...
Ooooooooooooooo.... (~!@#$%^&;*)


Keadaan empat.

Kak (.....) ada germit tak?
Uweit. Kak (.....) datang sini bukan buat pertukangan nak ada germit, pahat, gerudi semua tu.
Bukan yang tu. Nak tajamkan celak ni.
Pengasah? Sharpener?
(Angguk)
Germit eh??? Ha ha ha.


Keadaan lima.

Koi tak ada kat rumah.
Aku datang bukan nak makan kuih. Nak harap ko datang ziarah aku??? Harammm...
Eh. Lupa pula. Koi tu maknanya 'saya'.
Derhaka betul!



=)


Correct: Me Or Them

BismiLLAHirahmanirrahim.


Aku bukan berniat mahu memperlecehkan orang yang tidak sepatutnya diperlecehkan. Sebab aku sedar. Diri sendiri pun masih banyak dan perlu diperbetulkan lagi. Tetapi. Bila berada di situasi begini...



Helaian keempat: Ketetapan Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM cawangan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM) 2008/ 2009.


Ini ialah sebuah iklan formal bagi aku. Dan. Tidak sepatutnya keadaan ini berlaku. Aku bukan mahu memperbetulkan struktur ayat. Sama ada didahulukan ayat prediket atau ayat subjek, atau sebaliknya. Tetapi ini adalah iklan penting tentang maklumat Pilihanraya Persatuan Pelajar PMRAM bagi cawangan Mansoura. Tetapi bagaimana kesalahan-kesalahan tatabahasa pada iklan penting seperti ini boleh terjadi? Eh. Macam ayat Edisi Siasat pula. Aha ha ha...

=)


Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah