Sembah Patik Bukan Mahu Derhaka... Bukan 'Syah' Yang Itu

BismiLLAHirrahmanirrahim.





Pagi tadi aku agak kalut mahu ke pejabat pos. Untuk membayar beberapa jenis bil bulanan. Tiba di Mini Pos, pintu tertutup rapat. Nak bertanya pada seorang pakcik yang sedang mengopi di sebelah Mini Pos, malu. Akhirnya aku bertanya dalam hati. Nak kata hari ni ada Perhimpunan Agung UMNO, tak ada pula iklan di dalam tivi. Tapi di tivi RTM selalu sangat keluar muka Agong. Oh... ada kenduri kot. Maklumlah musim cuti sekolah.

Hari ni raya Agong nak...
(Errkkk... pakcik tu boleh dengar suara hati aku?!!!)

Pulang. Tengok kalender yang bergayut di dinding. Nombor 6 berwarna merah- Hari Keputeraan S.P.B Yang DiPertuan Agong, bersamaan 12 Jamadil Akhir, Sabtu. Hari ini! (Bukankah tarikh lahir Tuanku sama dengan patik?- keliru)


Ampun Tuanku berjuta-juta ampun, sembah patik derhaka harap diampun.


Aku sudah lama sedar tentang hal itu. Perihal tentang waris takhta sultan yang mempunyai 'Shah' pada akhir nama mereka. Dulu. Ketika di sekolah rendah. Seorang rakan kelas aku mempunyai 'Shah' pada akhir namanya. Malah kesemua adik beradiknya (lelaki dan perempuan) juga ada. Tetapi nama ayahnya (Cikgu Anuar) tak ada pula. Dan apabila aku bertanya pada Ardiana Shah adakah dia dari kerabat diraja, aku diketawakan oleh Cikgu Anuar. Ya, jawabannya munasabah. Mana mungkin kerabat diraja bersekolah di SKSL. Kemudian ketika di sekolah 'pondok-pondok'; seperti ada satu lagenda. Kesemua Ketua Pengawas mempunyai 'Shah' di akhir nama mereka. Aku tak pasti hal ini memang sengaja dicipta 'Shah' sebagai pangkat atau memang kebetulan. Tetapi lagenda ini diketahui umum di sekolah-sekolah lain. Lain pula ceritanya ketika aku di Matrik UAA dulu.

Ngko tau tak makna 'syah' tu?
Tak. (buat muka naif). Apa dia?
Ngko bukaklah kamus.
Aku yang naif lagi mahu tahu membuka kamus.
... ... ... errr... ... ...

Ampun Tuanku berjuta-juta ampun, sembah patik derhaka harap diampun.


Dirgahayu Tuanku;
Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Moga hidup Tuanku lebih diberkati TUHAN dengan keadilan setiap titah.


NotaBawah:
'Shah' dan 'Syah'. 2 bunyi yang sama. 2 ejaan yang berbeza. Sudah tentu 2 makna yang berbeza.

3 Rokyukum:

blackpurple @ jowopinter Monday, June 08, 2009 3:20:00 PM  

Salam.

Kalau 'sah' pun tentu-tentu lain maknanya kan...?

Pa'chik Tuesday, June 09, 2009 2:49:00 PM  

kata ustaz ismail kamus... shah itu maknanya kambeng... yang makna raja tu lam bahasa parsi kot...

kiranya shah alam tu.. kambeng alam... :P

e.i.s.r.a.a Wednesday, June 10, 2009 12:21:00 AM  

wakblack>>
salam kembali
'sah'???

pa'chik>>
ya. haiwan itulah. tak tergamak mahu taip. 'shah' belum saya kaji lagi.
kambing alam ke alam kambing? =))

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah