BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
Du'a-mendu'a adalah satu perbuatan mulia. Ia lebih mulia dengan mendu'akan kesejahteraan sesama Muslim kerana ia menunjukkan kekuatan ikatan ukhuwah dan saling berkasih sayang. Perbuatan mendu'akan kesejahteraan ini telah ditunjukkan oleh para nabi dan rasul untuk kesejahteraan umatnya. Dari keadaan yang dihimpit menderita akibat diseksa kerana mentauhidkan ALLAH kepada rasa aman dan selamat. Dan dari keadaan selamat sekarang kepada lebih selamat pada masa akan datang. Dan perbuatan du'a-mendu'a ini menunjukkan akidah sohehah seseorang Muslim kerana pergantungan harapan hanya kepada Pencipta yang Esa, dan bukannya kepada yang dicipta (makhluk) seperti yang terdapat di dalam 'Surah Pembukaan' atau 'permulaan'; Surah al Fatihah. Di antara para nabi dan rasul, Nabi Muhammad saw adalah yang paling banyak berdu'a. Du'a untuk isteri-isteri baginda, para sahabat, musuh-musuh, juga umatnya yang paling ramai di kalangan umat-umat dari nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu.
Dan biasanya. Orang yang mahu bepergian atau bermusafir akan du'a-mendu'akan untuk diri sendiri atau kumpulan musafirnya dan orang yang bakal ditinggalkannya. Kerana du'a orang musafir kerana ALLAH ini, adalah salah satu du'a yang mustajab!
Cuma. Bukan du'a (permintaan) sesetengah Muslim, dek kerana dendam, dengki, hasad, iri hati, kufur nikmat selalu mendu'akan (meminta) kecelakaan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Biarlah orang lain gagal, asalkan dia seorang saja yang berjaya. Isk isk isk... Sangatlah tidak mulia.
Jadi. Jom bermusafir dan banyakkan berdu'a! Moga lebih banyak du'a-du'a kita dimakbulkan!
NotaBawah:
Mendu'a eh. Bukannya 'men'dua lebih baik.
Selamat kembali kepada yang bepergian, musafir; orang-orang berkursus, berseminar, bercuti, melancong, ber-rekrued, berkurung, beribadah...
Du'a-Mendu'a
Ditaip oleh
e.i.s.r.a.a
12 June 2009
Tentang: Islam
0 Rokyukum:
Post a Comment