Karut-Marut-Mengarut

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Aku sangkakan kepelikkan itu hanyalah kesilapan teknikal yang tidak disengajakan. Aku sampai awal puluhan minit sebelum 8 pagi. Seperti biasa; uji bakat itu tidak tepat seperti yang tertakluk pada surat jemputan. Hampir 8.30 pagi barulah kaunter pendaftaran dibuka. Setelah memeriksa nama, menanda tangan, menyerahkan belasan helai salinan yang bercop pengesahan, maka aku terima sebuah fail, dan sebuah tag yang bernombor 30.

Aku buka fail itu. Terdapat 2 helai kertas kajang, sebatang pencil, sebuah peta kedudukan APBM, dan aturcara uji bakat. Kepelikkan berlaku lagi setelah meneliti kertas aturcara uji bakat. Apa kejadahnya uji bakat yang berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang! Apakah ini??? Sangat kasihan kepada orang yang menghantar calon-calon uji bakat terpaksa 'menunggu' lebih 10 jam.

Aturcara mengejutkan 'uji bakat' 10 jam itu:
- taklimat dari SPA dan penolong pengarah kursus tawaran (biasa)
- ujian iq- permarkahan (agak luar biasa)
- minum pagi (biasa)
- latihan dalam kumpulan (LDK)- pemarkahan (luar biasa)
- makan tengah hari (biasa)
- latihan dalam kumpulan (LDK)- pemarkahan (luar biasa)
- Ujian al Quran-pemarkahan (biasa)
- minum petang (biasa)
- ujian fizikal- pemarkahan (sangat-sangat luar biasa alias bengong)

Di dalam ujian fizikal ada beberapa fasa.
- kondisi badan
- latih tubi (pamping)- catatan banyak
- lari 4x10 meter- catatan kepantasan
- lompat berdiri- catatan jauh
- duduk unjur- catatan jauh
- 'beronggeng'

Aku sangat simpati kepada seorang calon perempuan yang sedang hamil 6 bulan. Dia tidak dapat sertai keseluruhan ujian fizikal ini, dan secara automatik markah di dalam modul ini; 0. Zalim sungguh! Mengapa tidak diberitahu awal-awal di dalam surat tawaran sebelum ini???


Ketika dalam LDK.
Aku kumpulan 4. 8 orang calon; 2 perempuan, 6 lelaki. Seorang penilai, seorang fasilitator.

Incik, saya nak tahu berapa orang calon yang mohon tawaran ini?
60 lebih. Tapi yang datang hari ni 56 orang.
Macam mana cara pemilihan tawaran ini? Setahu saya cuma ada 4 kekosongan saja, sedangkan orang di jabatan (...) ini sendiri pun hampir 10 orang mohon tawaran ini? Adilkah begitu?
Sekarang, semua kekosongan tawaran tak kira di jabatan mana di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Setiap 1 kekosongan tawaran, pihak SPA akan menawarkan kepada 10 orang calon. Memang pihak jabatan kami membuka kepada orang jabatan sendiri untuk memohon tawaran ini. Untuk kenaikan pangkat.
Tapi incik, rasanya tidak adil jika nak dibandingkan dengan calon-calon yang masih menganggur tanpa kerja. Tidakkah incik lihat peratus pengangguran sekarang?
Bla bla bla... kena fahami konsep 'rezeki'... bla bla bla...
Bila kami akan tahu keputusan uji bakat ini?
Itu pihak jabatan kami sendiri tak tahu. Kena tanya SPA.
Tak tahu???????????


NotaBawah:
Jika diamati, 'uji bakat' ini lebih berbentuk kepada kursus atau seminar. Itu lebih tepat. Biasanya uji bakat cenderung kepada kursus tawaran yang kita mohon, akan ditanya dengan isu-isu semasa, dan 'kenapa anda berminat dengan tawaran tersebut?'. Dan uji bakat aku kali ini telah melanggar norma-norma dan presidur asal sebuah uji bakat. Sudahnya. Sijil-sijil yang aku susun di fail kelabu entah beberapa kali itu langsung tak laku!

2 Rokyukum:

Anonymous Tuesday, June 02, 2009 1:48:00 PM  

dapat offer ke? cam menarik je..

Pa'chik Wednesday, June 03, 2009 10:12:00 AM  

tukang jaga tu memang tau apa la... derang men kutip je untuk jaga tu kot... kikiki...

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah