
BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
Jangan sangka, dengan perwatakan aku yang sangatlah lemah gemalai ini tidak bersukan. Hingga diserang selsema dan batuk, punyalah sakan. Tiada acara yang secocok dengan jiwa, jadi aku mengambil keputusan untuk menyertai cabutan bertuah saja. 6 haribulan menjadi saksi akan kebertuahan aku. Patutlah dulu-dulu bonda selalu kata; "... bertuah betul budak ni...".
BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
Pemberitahuan : Aku bukan pelanggan rancangan tivi berbayar.
Cukupkah?
1- Sekadar iklan 'cintakan Nabi' lebih kurang hampir tujuh hari? Yang mana pada 26 haribulan, sudah hilang iklan tersebut. Dan hari-hari selepasnya.
2- Sekadar 'makan buah-buahan sebelum mengambil makanan berat', dan 'berhenti makan sebelum kenyang' sebagai iklan 'cintakan Nabi'? Dan 'Ciri-ciri RasuluLLAH; berakhlak mulia, amanah...'? Ini semua orang tahu. Nabi, sudah tentu punya akhlak mulia. Isk!
3- Sekadar mengadakan 'demonstrasi jalanan' (perarakan sambil berselawat)? Berpermitkah?
4- Sekadar cuti umum bagi yang berkenaan.
5- Sekadar majlis keramaian dan menganugerahkan tokoh-tokoh tertentu?
Cukupkah?
Kalian. Mari teruskan berselawat.
SollaLLAHu 'laihi wa ssallam.
BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
Kalian pernah perasan (baca: tengok) iklan yang dimodelkan oleh anak-anak muda yang kerjanya nyanyi-nyanyi kemudian mengaku sebagai pemuda hebat? Pemuda yang sebegitukah dianggap hebat? Bakal menerajui dan memimpin Malaya kelak?
Adeh. Punah, punah...
Menurut Profesor Doktor Yusof al Qardhawi, "Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini. Sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak mulia dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara aman makmur, tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku."
Seorang pemikir dan penyair terkenal Mesir; Ahmad Syauqi pernah bermadah yang bermaksud: "Sesungguhnya sesuatu bangsa itu kuat dan hebat kerana akhlaknya, jika rosak akhlaknya itu maka bangsa itu akan lenyap dan hilang."
Belum lagi nak dibandingkan dengan Usamah bin Zaid, ketika berumur 18 tahun sudah memimpin satu bala tentera untuk menyerang Kerajaan Rom. Atau kehebatan Muhammad al Fateh telah membuka Kota Istanbul (Konstantinopal) sedang usia beliau 21 tahun.
Amacam, tercabar?
|
Copyright 2010 - i'm looking... searching for something...
Web Designer Ray Creations. Sponsored by Web Design Company & Ray Hosting