BismiLLAHirrahmaanirrahiim
Kali ini 'buaya-buaya' bonda ralit dengan games di komputer riba saya hinggakan remote control televisyen tidak disentuh. Ahah, peluang saya untuk berkuasa ke atas peti tivi! Habis semua rangkaian tivi percuma Malaya saya 'tawaf' untuk mencari rancangan yang secocok dengan mood minggu saya. (Pemberitahuan: Di rumah ayahanda saya tiada rangkaian tivi berbayar). Tiba-tiba saya terkalih sebuah filem Tamil yang sudah diseparuh cerita. Sambil makan (sorang-sorang) saya tertarik dengan scene di dalam mahkamah. Sepantas kilat saya teringat kata-kata pensyarah Psikologi saya; 'Karier mengikut etnik. India; peguam, doktor, Cina; perniagaan. Melayu; kakitangan kerajaan'. Terus saya berminat menonton kepetahan orang India di dalam mahkamah.
Kesah 8 orang pelajar perempuan jurusan perubatan (tahun pertama) didakwa membuli dan memotong-motong (membunuh) rakan sekelasnya. Disebabkan kelapan-lapan orang pelajar tersebut anak orang kaya (banyak duit) dan mampu mengupah seorang peguam terhebat, maka mereka terlepas dari sebarang hukuman. Saya tertarik dengan cara peguambela lakonan R.K.- Advocate Laxman Krishna aka LK bijak memanipulasikan bahan bukti. Dan saya dapat merasakan kesedihan yang ditelan oleh bapa mangsa kehilangan satu-satunya anak (biar pun anak angkat), malah dituduh pula sebagai pencabul terhadap anaknya. Pada awalnya saya memang geram terhadap pendakwaraya tersebut yang semacam memang peguam tidak berpengalaman yang hanya mampu diupah oleh bapa mangsa yang 'orang kampung- tak ada duit'. Ooo... patutlah macam tu. Rupa-rupanya semua saksi telah 'dibayar' oleh seorang bapa dari 8 orang pelajar tadi termasuk pendakwaraya. Di akhir cerita tersebut agak kurang lojik di mana sebenarnya peguambela tersebut membunuh ke semua saksi yang dibayar, mastermind dan semua yang terlibat di atas pembohongan tersbut.
Maaf ya, gambar yang menjolok mata.
Tv2 : 1.30 petang (3 Julai 2011) : Spice of India : Ellam Avan Seyal
Minda saya kembali bekerja setelah habis sepinggan nasi. Keadaan sebegitu berlaku sekarang. Di zaman kapitalis yang kaya berkuasa, yang miskin didera. Hinggakan berlaku di dalam mahkamah (di dalam filem itu tuan hakim bersifat neutral), pentadbiran... Lihatlah di sekeliling.
Saya sangat-sangat takut jika perkara sebegini terjadi pada keluarga saya yang sememangnya hanya orang marhein, yang tidak banyak duit. Jadi, bagaimana saya dan kalian mahu mengubah kuasa kapitalis yang semakin menindas?
3 Rokyukum:
cite tamil mmg camtu.. x dpt keadilan di mahkamah.. dia buat keadilan sendiri..
Achik >>>
Ya memang tak dapat dinafikan. Tapi saya paling minat part di mahkamah saja. :)
kena jadik kaya jugak lah... :P
Post a Comment