Fanatik Atau Fenomena

BismiLLAHirrahmaanirrahiim




Selebriti yang paling popular pada tahun ini. Selebriti yang tak perlu keluar di peti tivi, tak perlu sponsor pakaian dari pereka fesyen yang berjenama... Dia ada gaya tersendiri.






Mula-mula aku terbaca iklan ni semasa sedang bohsan bertapa di KLIA ketika cuti Raya Cina bulan Januari lepas. Aku telefon pihak urus setia - urus setia telefon aku, hinggalah kredit aku habis entah berapa juta(Rupiah). Akhirnya selepas mendapat diskaun secara paksa dan ugutan aku hanya perlu membayar RM20 untuk ber-dating dan makan tengahari ala-carte bersama selebriti di atas. Gembiralah hati beta tidak terkata.

Semakin hampir dengan hari kejadian, aku ditakdirkan menerima arahan untuk bertapa di Hotel Course, Klang pada 20-22 Februari. Nafsu untuk berfoya-foya terus merudum. Mengapa hal ini terjadi? Mengapa? Mengapa? Mengapaaa...???!!!










Akhirnya...

Gambar ini diculik dari sini


Cuba cari, di manakah aku di dalam gambar di atas? :)




Berjodoh juga kita. :)



0 Rokyukum:

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah