Hadiah Hidayah

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.



Semalam. Aku dengan bonda. Agendanya. Aku teman bonda, bonda teman aku. Pergi ke DiamondBay. Aku menemankan bonda membuatkan pemeriksaan mata di sebuah kedai cermin mata milik seorang lelaki Cina. Ketika di bilik pemeriksaan mata aku ternampak benda ni. Ni.

al Quran terjemahan Bahasa Cina.


Aku terfikir banyak perkara. Dan sepanjang pemeriksaan mata, aku, bonda dan doktor mata lelaki Cina Buddha yang masih bujang dan kacak itu; bersoal jawab. Aku tanya, dia jawab. Bonda tanya, dia jawab.

Dia - pernah bersekolah di asrama penuh yang mana dia seorang saja yang berbangsa Cina. Selalu mengikut pelajar-pelajar Melayu ke surau. Pemegang Ijazah dalam bidang sains dan pengkhususan Ophthalmology dari Universiti Glassgow. Dia rajin ke kuliah pengajian Ustaz Ridhuan Tee, sambil membaca dan menelaah al Quran, Injil, dan beberapa buku-buku agama lain.

Dia - menyatakan hasratnya mahu ke 'Kaabah'. Dan menyatakan sendiri jika mahu ke Kaabah mesti kena Islam dahulu. Dan dia bertanya kepada aku kenapa orang bukan Islam tak boleh melawat Kaabah. Mujur dia tanya tentang 'Tanah Haram' atau 'Masjid al Haram'. Kalau dia tanya fasal 'apa itu khitan?' aku kena menjawabnya dengan memakai mask. Keh keh keh.

Dia - mengatakan yang semua agama di dunia ini sama. Ya. Aku bersetuju pada sudut galakan membuat kebaikan. Tak ada satu agama pun yang menyuruh penganutnya mencuri, rasuah, membunuh, menipu. Yang tak sama pada cara pelaksaannya. Dia menjawab pertanyaan aku tentang agama Buddha lebih kepada nilai-nilai murni dan per-ibadah-an. Tidak ada perundangan hukum (syariat), ekonomi, kemasyarakatan, kekeluargaan seperti Islam di dalam al Quran. Banyak tahu tentang agama Islam. Mengkritik pemimpin negara yang semakin terhakis dari nilai-nilai murni dengan korupsi, penyelewengan, skandal. Bercerita tentang perang.

Sebelum meninggalkan kedai cermin mata itu dengan baki hutang RM900, aku menyatakan hasrat mahu meminjam Kitab Injil milik kawannya. Dan mulut mengucap terima kasih. Hati pula sempat berkata; 'Ya ALLAH, Ya TUHAN Pemilik Hidayah. Dengan keberkatan bulan Ramadhan ini berikanlah dia hidayah Islam sebagai petunjuk untuk sisa-sisa usianya yang tinggal. Jadikanlah dia Muslim yang beriman dan bertaqwa'.

Aku akan mengunjungi kedai cermin mata itu lagi bagi melangsaikan hutang yang berbaki. Apa ole-ole yang sesuai untuk diberikan kepadanya sebagai hadiah Ramadhan eh?


5 Rokyukum:

dato g Tuesday, September 01, 2009 9:37:00 AM  

salam.. bawak saja yong tau fuu... pasti dia suka.. keh keh keh

e.i.s.r.a.a Tuesday, September 01, 2009 10:52:00 AM  

dato g>>
kalau yang tu bukan kah dia yang sepatutnya kasi pada saya??? ehhemmm. =P

achik Tuesday, September 01, 2009 11:03:00 AM  

Aminnn..
[aminkan doa cikwa]

e.i.s.r.a.a Wednesday, September 02, 2009 10:07:00 AM  

achik>>
amiin. (dabel amiin)
=)

blackpurple @ jowopinter Wednesday, September 02, 2009 3:21:00 PM  

"'Ya ALLAH, Ya TUHAN Pemilik Hidayah. Dengan keberkatan bulan Ramadhan ini berikanlah dia hidayah Islam sebagai petunjuk untuk sisa-sisa usianya yang tinggal. Jadikanlah dia Muslim yang beriman dan bertaqwa'."

Ameen

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah