BismiLLAHirrahmanirrahim.
Jalan-jalan buang duit. Jalan-jalan cari letih. Jalan-jalan cari pengalaman. Jalan-jalan lihat alam. Jalan-jalan menikmati keagungan TUHAN. Pada 11 Ogos 2008, bersamaan 10 Sya'ban 1429, bersamaan 5 Misraa mengikut kalendar Mesir, aku dan rakan telah ke Mantiqah (negeri) Bahirah. Dan lokasi yang lebih spesifiknya; Rasyeed. Ada apa di sana eh?
Pemandangan pada pukul 8.20 pagi dari Mauqaf Jadidah (Mansoura) ke Mauqaf Murasyaha (Tanta). Kami menaiki pengangkutan Peugeot bertambang LE4 seorang yang memakan masa 1 jam. Sebuah Peugeot memuatkan yang 7 orang penumpang dewasa.
Sampai di Mauqaf Murasyaha kami 'diambil' oleh DatoGeliga dan menuju ke Jumlah (hentian ke Bahirah) dengan menaiki teksi yang tidak bermeter bertambang LE10 yang memakan masa kurang dari 10 minit. Di Jumlah, seorang jejaka Malaya menyertai kumpulan kami. Namanya Ustaz Zul. Dia rupanya yang menjadi pemandu pelancong kami. Aku ingatkan anak siapalah yang sesat cari orang Melayu tak jumpa tadi. Hait cis! Sambung balik. Dari Jumlah kami menaiki pengangkutan van besar gedabak (macam penculik yang selalu guna untuk menculik orang tu lah) ke Hentian Damanhour di Bahirah. Tambang yang dikenakan sebanyak LE3.25 seorang dan memakan masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Kemudian kami menaiki van besar gedabak sekali lagi untuk sampai ke Rasyeed yang bertambang LE3.00 seorang dan perjalanannya memakan masa lebih kurang 1 jam juga. Dan tempat pertama yang dituju adalah Qal'ah (Kubu) Salehuddin al Ayubi.

Rupanya Mubaligh Kristian Portugis yang menciplak gagasan fikiran untuk membina gereja di dalam kubu mereka. Sila rujuk Kota A Famosa di Melaka.
Kemudian kami menyewa tut-tut untuk ke Bughaaz. Tempat pertemuan Nabi Musa a.s dengan Nabi Khidir a.s.
DatoGeliga sedang berbai'ah dengan pemandu tut-tut untuk meminimakan tambang tut-tut yang kami naiki.
Gambar atas: bola warna merah itu adalah sempadan antara air laut dengan air sungai (sila klik pada gambar jika kalian mengalami rabun kecil). Katanya, di kawasan inilah Nabi Musa a.s bertemu dengan Nabi Khidir a.s. WALLAHu a'lam.
Gambar bawah: itu bukan Duyung Muslimah eh.
Kemudian kami main jalan-jalan kaki di bawah terik matahari musim panas sekitar pukul 2.40 petang menuju ke Makam Saydi Muhammad Abu Manduur. Pada ketika ini Ratu Kereta Berhias sudah bertukar menjadi Puteri Senandung.
Dan kemudiannya kami bergerak menuju ke Bandar Mahkamah. Untuk bersantap. Kemudian menuju ke Jame' Zaghluul. Jame' ini tidak diketahui siapa yang mengasasnya dan bila ia dibina. Apa yang uniknya jame' ini menempatkan 99 batang tiang di dalamnya.
Bersungguh aku mengira tiang yang ada. Sekali kira jumlah lain. Kali kedua jumlah lain. Kali ketiga dan keempat dan kelima jumlah sama. Tapi cuma 65 batang tiang saja. Mana lagi 34 tiang???
Kemudian kami bersiar-siar di tepi sungai sekitar Bandar Mahkamah sebelum pulang ke kampung masing-masing.
Gambar bawah: inilah van besar gedabak (macam penculik yang selalu guna untuk menculik orang tu lah) itu. Memuatkan 15 orang penumpang dewasa.
Catatan berpeleseran tamat.
=)
6 Rokyukum:
salam anis..
Sebelum sy bersahur rasa teringin pulak nk komen..hahaha.. eh..lawo² jugak eh gambar² tuh.. sy nk curik buat koleksi.. keh keh keh..
Jom mkn sahur..anis minum air kosong saja kah..?? kata mahu naikkan badan 10 kilo..minum air sahaja mana boleh bg gemuk.. ahak hak hak...=)
dato g>>
salam kembali dato g.
tengoklah tangan siapa yang menekannya. ehem ehem ehem.
makan sahur tidak boleh menaikkan berat badan saya. silalah percaya.
selamat bersahur. Hati2 ketika makan.
=)
Tak pernah sampai, dapat tengok gambar pun ok-lah.
Dalam kota ada budak perempuan. :D
Selamat berpuasa. Tak dapat penuh sebulan pun tak apa. Wak faham.
wakJawa>>
saya cuma mahu buat 'pahala perkongsian' saja.
Dan budak perempuan itu adalah Ratu Kereta Berhias. =D
selamat berpuasa kembali wak. terima kasih kerana memahami.
=)
weeeeww.bila la pulak abe g ngan anis leh berpeleseran cmanie lagi
Rindu zaman ni...
~dato g~
Post a Comment