Mencari Harta Karun

BismiLLAHirahmanirrahim.



Bilik aku serupa tongkang pecah. Lebih teruk dan buruk dari itu. Seperti baru lepas kena bom. Itu lebih tepat. Rumah aku tidak digeledah oleh FBI, CIA, KGB, apatah lagi CID. Tidak. Aku tetap dilindungi dari ejen-ejen cap sedemikian. Kerana aku juga salah seorang ejen perisikan antarabangsa.

Aku bukan mengamuk. Kerana aku bukan bangsa Melayu tulen. Jadi. Aku tiada keturunan amuk ini.

Cuma. Aku tiada kerja. Dan mencari kerja. Jumpa. Main punggah-punggah. Main kemas-kemas. Oh. Banyak juga (terlalu banyak) rupanya harta karun aku. Bila sudah main punggah-punggah, macam-macam benda terdedah. Mari kita terjaaahhh...




Ampes! Cd percuma yang aku dapat dari gerai UMNO tahun lepas ketika MECC 07. Tiada gambar. Tiada suara. Kosong! Memang dasar...


4 Worldwide Postcard Stamps Royal Mail- UK recommeded price 1.60. Aku tak ingat, dari mana aku dapat.



Gambar 1: inilah keseluruhan surat-surat dan kad-kad yang aku terima selama keberadaan aku di rantauan.
Gambar 2: surat-surat dan kad-kad dari peminat.
Gambar 3: surat-surat dan kad-kad dari Kekanda. Lebih dari 50 kiriman. Tanda kasih sayang seorang kakak kepada adik perempuannya.
Gambar 4: Penanda buku dari kertas papyrus.



Kalaulah. Aku tidak terbuang hingga ke bumi barakah ini, haram Kekanda mahu pergi ke pejabat pos untuk mengirim surat atau kad untuk aku. Disebabkan kerajinan aku tahap mahu dapat pingat Tan Sri, aku baca kesemua bait-bait tulisan Kekanda. Ada yang jiwang tahap surat cinta. Ada yang durjana tahap lawaknya. Macam-macam. Bikin aku sakit perut kerana ketawa. Isk. Makruh. Ketawa banyak-banyak ni. Kalau tengok muka Kekanda memang brutal lah. Tahap lanun 30 tahun tak naik ke darat. Tetapi bila baca surat cinta Kekanda, adeh deh deh deh... Balik nanti akan aku bacakan semua surat-surat di hadapannya. Mungkin dia akan malu 20 tahun dengan aku. Kah kah kah. Kah kah kah. Kah kah kah.






Cuma 4 kotak saja yang sedang aku uruskan sekarang. 2 kotak kargo telah selamat sampai di kediaman ayahanda. Harta-harta di dalam almari masih tak terusik lagi. Sekotak kargo dihargakan LE150. Nampaknya bulan ini aku tidak dapat menabung cap ayam demi masa depan yang gemilang. Kalian tidak mahu membuat sedekah kepada aku berupa wang tunaikah? Besar pahalanya...



NotaBawah:
Gambar bilik yang baru lepas kena bom tidak dapat disiarkan. Maruah seorang Ratu Kereta Berhias wajib dijaga. Alangkan aku sendiri pun tak boleh bernafas, apatah lagi kalian. Walau hanya melihat gambar, tentu kalian terpaksa di-cpr-kan. Siapa yang susah???


=)


6 Rokyukum:

Pa'chik Tuesday, September 23, 2008 3:51:00 PM  

ko isap okok marlboro? ekekek...

Anonymous Thursday, September 25, 2008 11:02:00 AM  

errr... gambo paling atas tu menggerunkan (menaip sambil gigit kuku jari)

e.i.s.r.a.a Thursday, September 25, 2008 10:43:00 PM  

pa'chik>>
dah nakmpak buat2 tanya pula.=P

gild>>
elok2. nanti habis pula kuku kamu kena gigit. oit. makruh. puasa!
=)

~ochie~ (^_^)v Friday, September 26, 2008 12:01:00 AM  

salam Raya.....

anis baju takwando itu sekadar perhiasan utk d pkai jer ker tau mcm na? ahaaks..
bukankah ratu kereta berhias ni suka duduk di kereta,, sebab itu bilik mcm tongkang pecah ahaaks..

e.i.s.r.a.a Tuesday, September 30, 2008 4:25:00 AM  

ochie>>
salam raya kembali.
baju itu adalah lesen untuk membelasah orang. bukan sekadar hiasan. ratu kereta berhias. bukan ratu tongkang berhias.
=)

Anonymous Thursday, January 01, 2009 6:01:00 AM  

Patutla pukul laki patah..WTF tue..huhu..ampun kak (^_^)

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah