Nabarouh: Yang Terakhir

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Disebabkan. Ini kali yang terakhir. Mungkin. Maka aku pun bersemangat waja seperti Tun Teja ke medan perang. Senjata yang aku bawa adalah berupa sebotol air mineral
Aquafina 600 mililiter (sepatutnya aku memboikot syarikat cap Pepsi ni), dan sebuah kamera. Semalam. Kami seramai 150 orang pelajar Malaysia Mansoura (anggaran aku) dari Kuliyah Pengajian Islam dan Perubatan, telah dijemput berbuka puasa di Nabarouh.






Sebelum diserbu dengan pelajar Malaysia yang kelaparan.




Aku diberitahu oleh Fatma (salah seorang penduduk yang membantu menyediakan juadah berbuka kami), katanya dia sendiri tidak mengenali siapa main sponsor yang sangat bermurah hati ini. Apa yang dia tahu, mereka yang tinggal berdekatan dengan masjid diminta datang untuk membantu menyediakan juadah berbuka. Siapa kami yang dijemput pun dia tidak tahu. Barak ALLAHu lakum. Moga sedekah mereka-mereka ini diperkenankan TUHAN. Aku cuma mengucapkan terima kasih dan berdoa moga mereka-mereka ini dimurahkan rezeki. Dapatlah menjemput pelajar Malaysia Mansoura pada tahun hadapan.


=)


7 Rokyukum:

Anonymous Monday, September 22, 2008 5:04:00 AM  

salam.. ramdhan,,,

Alhamdulillah.. anis.. ada gak insan yg bermurah hati erk bg saudara oci kat sana makn.. ahaaks..

napa tak ratu kereta berhias yg masak.. kan lagi power.. huhu... ker mcm na? ahaaks

Anonymous Monday, September 22, 2008 11:50:00 AM  

huh... terkenang jaman memuda rumaja dulu, berbuka makan nasi arab + ayam@daging rebus + air papsi (paip besi). Kalau bertuah dapat la ayam bakar atau kuftah.

Anonymous Monday, September 22, 2008 12:15:00 PM  

salam terjah mengejut

kalau jemputan begini selalu kompom kamu sgt suka. maknan pree.. lagi satu x payah main masak-masak kan.. ampes..mintak tiada sudah jemputan pree begitu. koh koh koh..

Pa'chik Monday, September 22, 2008 6:23:00 PM  

kat melaya, orang lagi sibuk ngabis duit makan bufei kat otel... apa barang nak sedekah kat orang-orang bukak puasa...

e.i.s.r.a.a Monday, September 22, 2008 8:55:00 PM  

kacipo>>
salam ramadhan kembali.
alhamdulillah. rezeki kami ibnu sabil.
ai dijemput sebagai tetmau mana boleh masak.
=)

gild>>
sini lagi bertuah dapat LE50. tapi hari tu saya tidak dimaklumkan. kalau tidak bertambahlah duit raya saya.
=)

datoG>>
salam diterjah tak mengejut langsung.
ya sangat suka dengan jemputan makan free. tapi lebih sangat-sangat-sangat suka kalau makanan itu diterima oleh tekak melayu saya.
=)

pa'chik>>
itu orang jaga status dan teringin nak jadi orang 'besar2'. barang apa yang disedekah pada orang buka puasa tu? aha ha ha
=)

Anonymous Thursday, September 25, 2008 9:33:00 AM  

Tak berapa bertuah tu... di kg ai dulu tu, makan free ari2, dekat raya dapat LE 100 paling kurang setiap tahun.. hu hu hu...

Ingat lagi nama pakcik misai yang bagi duit tu... Haj Barakat...

e.i.s.r.a.a Monday, September 29, 2008 3:57:00 AM  

gild>>
oh kayanya orang kampung kamu. sedap nama pakcik misai tu eh. berkat sungguh namanya. alhamdulillah.
=)

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah