Jom Pergi 'Open House'!

BismiLLAHirahmanirrahim.





Selamat meneruskan ibadah puasa kepada kalian yang beriman. Puasa kita pada hari ini baru mencapai 26.7% daripada tempoh wajib berpuasa. Jadi tidaklah terlalu lambat untuk aku mengucapkan 'Ramadhan Kareem' dan kalian mesti jawab, 'ALLAHu akram'.

Tinggal 2 hari saja TUHAN membuka 'open house' untuk tetamu-tetamu agungNYA yang mengharapkan keampunan. Selepas ini TUHAN membuat 'open house
' pula untuk tetamu-tetamu agungNYA yang meminta segala macam hajat dan harapan. Dan selepas-selepas ini TUHAN akan membuka 'open house' lagi untuk dimerdekakan dari siksaan api neraka. Mari kita 'makan' beramai-ramai dengan 'hidangan' yang sangat lazat ini.

Inilah kelebihan umat Nabi Muhammad s.a.w yang beriman. Kalian tidak terliurkah dengan 'hidangan' yang maha-maha-maha dan sangat-sangat-sangat terlazat ini? 'Hidangan' ini tidak akan terjumpa sepanjang tahun tau! Cuma ada 29 atau 30 hari saja di dalam 365 hari. Di bulan ini saja. Sila ambil perhatian kepada kalian yang tamak haloba dengan pahala. Ya. Orang tamak itu selalu untung.

Selamat menyerbu pintu-pintu 'open house' dan menikmati 'hidangan lazat' dari TUHAN ya!

Selamat mempuasakan diri, nafsu, telinga, mata, mulut, kaki, tangan...
Selamat beribadah.

=)


4 Rokyukum:

Anonymous Tuesday, September 09, 2008 12:58:00 AM  

salam ramadhan alkareem (jgn lupa jawab balik) ahak hak hak

saya sangat suka open house. InsyaAllah saya akan tamakkan semuanya itu. tp adakah anis boleh tamak semuanya?? hahaha =P

e.i.s.r.a.a Tuesday, September 16, 2008 7:34:00 AM  

dato g>>
ALLAHu akram.
tahniah kerana dato g ada sifat tamak 'itu'. boleh saja. tapi tamak pada niat sajalah, tidak pada perbuatan.
=)

Anonymous Tuesday, September 16, 2008 8:40:00 AM  

singgah sekali lagi..

ehem..jangan pada perbuatan eh..?? kalau dalam solat nak tamak camna eh..ahak hak hak... eh dia pun selalu tamak juga.. perbuatan lagi tu.. larii sambil lompat tinggi2... =P

Anonymous Tuesday, September 16, 2008 7:47:00 PM  

salam..ramadhan karemmm

hehhe jom ramai2 kunjungan "open house" skrg..huhu
ketamakan melanda diri skrg..ngeee..

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah