BismiLLAHirahmanirrahim.
Bagaimana dengan ibadah kalian hari ini dan setakat ini? Harapnya makin cerahlah buku amalan kanan kalian di samping terpancarnya lampu-lampu panjut dan pelita-pelita yang mengitari halaman rumah. Errr... tapi Perdana Menteri Malaya menyarankan agar kita (tidak kira di mana anda berada) semua berjimat cermat (bukan kedekut eh) kan? Ah, aku peduli apa. Bukan duit beliau yang menyara 'makan tanggung, berak cangkung (kadang kala duduk)' aku sini. Isk isk isk... Ayat Najis Mutawassitah!
Dulu-dulu. Ketika aku menjawat jawatan sebagai kanak-kanak yang belum baligh. Bila nampak halaman rumah orang lain dipasang lampu panjut, aku sudah mengelejat minta bonda membelinya juga dan memacaknya di halaman rumah. Bila lampu-lampu panjut itu sudah menyala, hati makin syok bila dapat main bunga api atau mercun. Ditambah pula dengan dentuman meriam buluh yang bersahut-sahutan seperti ada pertandingan lagaknya. Memang sangat happening ketika itu. Tahun makin tahun suasana itu makin tenggelam. Suram.
Dan. Suasana makin langsung tak happening bila aku jadi 'anak pasiran' (Puan Lara Croft kata bukan anak jalanan sebab di sini terkenal dengan padang pasir). Aku sangkakan di sini tiada lampu panjut, tiada bunga api, tiada mercun, tiada meriah. Rupa-rupanya, di sini mercun tidak haram. Ya. Aku paling suka mercun papan. Bila anak-anak jiran tetangga membuat bising tatkala waktu menunjukkan pukul 3 pagi, dengan aksi ala-ala Combat, aku akan melemparkan mercun papan yang telah dicucuh dengan api ke arah mereka. Dan. Aku akan segera menyorok di balik simen balkoni sambil menyembunyikan identiti sebagai ahli perisik antarabangsa yang sudah terlatih.
Di sini ada juga lampu panjut. Tetapi tidak menggunakan lampu pelita atau buluh yang dipotong mengikut ruas dan juga minyak tanah. Di sini lampu panjutnya menggunakan elektrik. Sekali pandang seperti tanglung. Namanya faanuus. Ia digantung di balkoni atau di lorong-lorong jalan kediaman.
Kadang kala. Ia dibuat berbentuk masjid. Di dalamnya tergantung lampu dan speaker radio yang mengalunkan bacaan ayat-ayat al Quran atau ceramah agama dari stesen-stesen radio agama. Dan. Oh oh oh. Di sini tidak ada bunyi meriam buluh. Tiada jalan atau tol yang jammed. Tiada laporan Ops Raya atau Balik Kampung yang menunjukkan statistik kemalangan jalan raya meningkat atau menurun. Tiada lemang. Tiada ketupat. Tiada lagu raya. Tiada duit raya. Tiada kad raya. Tiada Bazar Ramadhan. Tiada tangkapan dibuat ke atas Muslim yang makan di khalayak. Tiada... Tiada... Tiada... Dan. Tiada...
=)
3 Rokyukum:
Salam 15 ramadhan
ehem..sy sudah mahu pulang. mahu mkn ketupat. mahu makan rendang. mahu berjalan-jalan di Bazar Ramadhan sudah. Mahu makan kuih Raya. mahu Tengok wajah-wajah orang Malaya yg cumil-cumil. Mahu berbahasa Malaya sewaktu membeli apa-apa sahaja di kedai-kedai atau di pasar-pasar. selamat menjeles kepada saya ya. hahahaha =)
jangan nakal-nakal oit.. duduk la sekejap ya sambil tengok faanuus tu eh. keh keh keh. jgn lupa kim slm bonda..ehem ehem =)
dato g>>
salam ramadhan kembali.
oh. saya memang dan sangat2 sangat2 sangat berasa jaki. doakan saya juga bakal menyusul dato g kelak dalam waktu terdekat ini. silalah 'memahukan' semuanya. selamat kembali ke tanahair. sampaikan salam saya pada orang rumah di malaya eh.
=)
salam..bertandang..hehhe
suka penggunaan bahasa eisra..
tiada..tiada.tiada..dan tiada tiada jak ko ni eisra..ehhehe..
mesti kwsn kat sana x da masalah lalulintas n maslah kmlgn..huhu
wassalam
Post a Comment