Basi: Yang Hanya Boleh Dilihat, Tidak Boleh Dimakan

BismiLLAHirahmanirrahim.


Bulan Ramadhan; bulan orang-orang beriman berpuasa. Bagi menghormati orang-orang yang beriman, tak baiklah jika sekiranya aku menunjukkan gambar-gambar makanan yang mengiurkan, dan boleh meng-kuruskan pahala orang-orang yang beriman yang tak kuat imannya. Begitulah kata Ustazah Mazidah; guru Fardhu Ain aku ketika darjah 5 Biru. Dulu.


Pada siang 1 Rejab lepas, bersamaan 4 Julai 2008, bersamaan 2 bulan lepas meng
ikut kalender Islam, aku telah berpeleseran secara berjemaah. Destinasinya adalah Tanta dan Iskandariyyah. Ya. Kisah lama. Kisah basi yang sudah bercendawan sebesar payung niaga di pasar tani.

Tanta adalah kampung sebelah Mansoura. Terletak di dalam Mantiqah (negeri) Gharbiyyah. Kalian tidak faham eh? Baiklah. Mesir merangkumi 26 buah mantiqah (negeri). Mantiqah; Kaherah, Iskandariyyah, Qalyubiyyah, Kafr Syeikh, Gharbiyyah, Bahirah, Manoufeah, Syarqiyyah, Daqahliyyah (negeri aku), Dumyat, Ismailliyyah, Syimal (Utara) Sina', Suez, Junub (Selatan) Sina', Port Said, Elmania, Fayyoum, Bani Yusouf, Asyout, Souhaj, Qena, Marsa Matrouh, Wadi Jadid, Bahr Ahmr dan Aswan. Eh. Macam baca buku Geografi pula.

Perjalanan dari kampung aku ke Tanta lebih kurang dalam 50 kilometer. Serbuan para jemaah berpeleseran aku ini adalah ke Masjid Sayyid Ahmad Badawi (bukan PM Malaya tu eh). Tempat terletaknya tapak kaki RasuluLLAH s.a.w. Svelte memberitahu aku yang Masjid Sayyid Ahmad Badawi ini memang sengaja dibina menyerupai Masjid Nabawi. Di masjid ini jugalah adanya kelas tarekat Sayyid Ahmad Badawi. Dan aku dapat tahu, PakLah datang ke masjid ini tahun lepas sempena MECC07. Terbanggalah PakLah. Sayyid Ahmad Badawi ada seorang panglima perang tentera (???) di zaman (???). Beliau merupakan pembuka Daerah Tanta.





Paling kanan sekali adalah DatoGeliga. Wakil tuan kampung Tanta.




Nabi Muhammad s.a.w memang tidak pernah masuk ke Mesir. Tapak kaki ini dibawa oleh (???) pada zaman (???), pada tahun (???).



Makam Sayyid Ahmad Badawi.




Santapan tengah hari yang ditaja dengan terpaksa oleh ahlibait DatoGeliga.



Selepas solat Jumaat bagi peserta tunggal lelaki jemaah berpeleseran, kami meneruskan pusingan tayar kereta ke Mantiqah Iskandariyyah. Jarak dari Tanta lebih kurang 120 kilometer.



Qal'ah (kubu) Salehuddin al Ayubi.



Kami singgah di Masjid dan Makam Imam al Bousiry. Kisahnya sangat unik. Imam al Bousiry seorang lelaki yang kurang upaya (aku tidak pasti beliau sakit apa. Tetapi beliau lumpuh. Tidak boleh berjalan). S
uatu malam beliau didatangi RasuluLLAH di dalam mimpinya dan 'mengubat' kaki beliau. Setelah sedar dari mimpi, beliau dapati kakinya sembuh, sihat dan boleh berjalan. Oleh kerana beliau memuliakan mimpi tersebut, lalu Imam al Bousiry mencipta burdah (seperti nasyid) untuk mengagungkan RasuluLLAH. Dan burdah itu, kini terdapat di keliling makam beliau.



Aku tak ingat ini Batu Bersurat bertulis apa. Tetapi ada di tepi Makam Imam al Bousiry.




Makam Imam al Bousiry.




Kiri: tempat berwudhu' di dalam Masjid Imam al Bousiry. Kanan: pintu belakang Masjid Imam al Bousiry.



Pusingan tayar kereta terus ke Makam Abi Darda'. Salah seorang periwayat hadeeth yang telah dijanjikan syurga oleh RasuluLLAH s.aw dari kalangan '10 orang sahabat yang dijanjikan syurga'. SubhanALLAH.




Pusing lagi dan lagi tayar kereta dan membakar minyak ke Makam Nabi Danial a.s dan Lukman al Hakim. Makam Nabi Danial a.s dan Lukman al Hakim terletak di bawah tanah.






Pusing lagi dan lagi dan lagi dan membakar minyak ke perpustakaan yang terbesar di Afrika (kalau tak silap aku. Tak ingat apa nama pustakaan ini). Memandangkan jemaah berpeleseran kami sampai lewat di sini, maka hanya belakang perpustakaan sahaja yang boleh kami berkelah makan angin Laut Mediterraean. Kembung perut beb!




Aksi kecewa kerana tidak dapat masuk ke perpustakaan.




Inilah kenderaan sewaan kami. Sewa kereta LE200 sehari semalam. Minyak LE70.




Ini adalah hasil penculikan dengan izin dari rumah D
atoGeliga. Sebotol air zam-zam yang diberi oleh Uncle dengan rasa serba salah.




Terima kasih banyak kepada ahlibait DatoGeliga di Tanta. Dan terima kasih banyak juga kepada Ustaz Hafiz dan pasangannya di Iskandariyyah. Kerana menempatkan kami para jemaah berpeleseran untuk beristirehat.


Catatan berpeleseran tamat.
=)


3 Rokyukum:

Anonymous Monday, September 01, 2008 8:42:00 AM  

Salam Ramadhan

Bila agaknya nk berpeleseran di Tanta kg halamanku lagi ya..?? masaku di sini sudah kesuntukan =)

e.i.s.r.a.a Tuesday, September 02, 2008 6:52:00 AM  

dato g>>
salam ramdhan kembali.
siapa nak pegi lagi? =)

Anonymous Sunday, September 03, 2017 8:22:00 PM  

Dato g
Oit...apa khabar skrg?

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah