BismiLLAHirrahmanirrahim.
i
Hari itu. Main selongkar-selongkar. Terjumpalah love letter dari jejaka Malaya kesayangan dan kecintaan aku. Hand writing lagi. Memang romantik. Baca pun bisa menitiskan airmata. Sangat-sangat menyentuh perasaan. Akan aku kongsikan bersama kalian.
[Selamat Menyambut Hari Raya Pitrah.
Ma'af segala2 nya. ... (tarikh)
Menemui ... (nama penuh aku) yang kini berada di-bumi Anbiak. Taulan2 seperjuangan Kulluhum Ajma'en.
Keluarga kita di-kampong terutama ... (ayahanda) dan ... (bonda) abang-nya dan Anis saudara2 kesemuanya tidak ada yang tidak sejahtera melainkan sejahtera ke semuanya. Demikian juga lah diri mu serta taulan2 seperjuangan dengan mu, mudah2an Allah ta'ala melindungi segala perkara yang burok dan memberikan perkara yang sebaik2nya, serta membuka kalbun2 Taulan2 yang sentiasa memohon hidayah atau pentunjok kepada nya. InshakAllah kerana dia yang maha kaya maha pemurah maha mengetaiwi (mengetahui) dan maha segala2nya Amin ya-Rabbal 'alamin.
Kini bulan Ramadan hampir habis bulan shawal hampir menemui berma'na masoklah ... (tempoh keberadaan aku) di-bumi fir'aun, ada kah kamu mengikuti jejak2nya tatapi (tetapi) rasa nya mungkin tidak, tetapi mana-lah tahu? lu... di-sini gua... di-sana, tapi ingat! hidup sebelum mati (BERIMAN) masa yang ada jangan di-sia2kan gunakan wang dengan sebaik2nya carilah 'ilmu sebanyak2nya supaya hidup mu di-Redoie Allah di-yaumul mashar.
Semasa surat ini di-tulis ...(ayahanda) dan ...(bonda) tidak berhajat membuat kueh untok menyambut Rari (Hari) Raya ni tapi mungkin agaknya membuat laksa dan pechal sedikit, kalau tak buat tak kena pulak, sebab nanti datang saudara2 jiran2 tak ada pulak untok di-hidangkan. Ma'lum sajalah rumah kita buka kau tak tahu kan!
.....
Sekian dahulu buat kali ini yang mula akan berakhir inshak Allah panjang umor sehat2 badan rezeki penoh melimpah2 di-lain kali kembali lagi. Di-sudahi wassalam.
Tumpukanlah sepenuh-nya pelajaran
15 Ramadan.]
Seumur hidup, inilah kali pertama ayahanda mengirimkan surat beserta kad raya kepada aku. Apabila membaca Surat Chenta Kekaseh ini, membuatkan perasaan aku melayang. Terasa dalamnya didikan, tunjuk ajar ayahanda dan bonda. Terasa hangatnya kasih sayang mereka. Terasa lembutnya tangan kasar ayahanda.
ii
2 hari lepas. Aku ke Markaz. Bayar duit Zakat Fitrah. Dan. Dapat sekeping kad raya yang besar gedabak seperti bapa gajah.
Terima kasih kepada GadisKalisPeluru kerana sudi juga mengirimkan kad raya yang tersangatlah besar itu. Juga duit raya RM1.
Ini pula kad raya daripada Kacipo. Sangat comel seperti penerimanya. Ha ha ha. Terima kasih ya!
Kalian yang lain bila lagi? Jika aku terima kad raya dan duit raya dari kalian (yang sebenar. Bukan hasil dari kedai gambar) pada bulan Zulkaedah pun tidak mengapa. Aku tetap sudi. Serius beb!
=)
11 Rokyukum:
kalau zulhijjah bleh? hu hu hu..
salam..
aku ingt lg surat chinta kekaseh ko tu..ingt tk, kite bc berdua..gelak sampai guling2..yg paling tk thn..ayat'lu disana..gua disini tu'..
huhuh..silap taip la anis..pe nk wat.huhuhuhuh...adess..smpai bocorkah sampul kad raya yg daku antarkan itu :(
macam baca buku lama oooo...
gild>>
boleh. tapi mungkin saya tak dapat baca kot. =)
su-hak>>
salam kembali.
macam mana kau boleh sesat sampai ke sini? isk. rosak identiti aku nanti.
ingatlah weh. aku yang bacakan untuk kau dengar sekali kan? keluarga sihat?
=)
rina adriana>>
silap yang memelikkan saya. jadi kenalah saya bocorkan di sini. terima kasih di atas kad raya.
=)
pa'chik>>
kerana penulisnya juga orang lama. opqrstuvwxyz
=)
oit oit... kalau not duapuluh lima paun plasters tu berapa sen weh? seposen?
pa'chik>>
lebih kurang rm0.20 sen. kenapa pakcik? siapa beri? tahniah lah.
=)
malu deys..satg ada org jelessssssssss
rina adriana>>
siapa yang akan jeles itu? beritahu saya. nanti saya santau dia!
=)
salam..
hai esira...
whuawaa. dapat kad raya besar erk dia.. tahniah...
ada gak tulisan ayahanda wat tatapan rindu anis..
:)
ochie>>
hai kembali. esira mana pula ni.
ada juga yang sudi mengirim.
1 itu sajalah buat tatapan rindu-rinduan sambil simpan bawah bantal. ha ha ha.
=)
Post a Comment