BismiLLAHirahmanirrahim.
Selepas Solat Subuh 4.30 pagi, aku paksa sepasang mata yang comel ini untuk tidak berehat. Kerana ada kerja tertunda semalam disebabkan Cuti Nuzul Quran seawal 9 pagi. (Aku tidak akan beradu jika kurang dari 6 jam.) Banyaklah aktiviti yang tidak berfaedah aku lakukan sambil menunggu jam pukul 9.
Balik dari sekolah, terus ke Markaz untuk melihat surat-surat dan kad-kad raya dari peminat. Memandangkan hari ini sudah 18 Ramadhan, tentu ada 7, 8, 9 guni kiriman dari peminat-peminat dari dalam dan luar negara yang mahu mengucapkan 'Salam Aidilfitri' buat Ratu Kereta Berhias ini. Ehem. Aku dail nombor mantan Naib Pengerusi HEWI, memandangkan pintu grill Markaz berkunci. Tetapi. Mantan Unit Perumahan HEWI yang membukakan pintu grill dan pintu Markaz untuk Ratu Kereta Berhias. Cari-cari sambil sembang-sembang. Sembang-sembang sambil cari-cari. Huh. Memang menguji kredibiliti dan ada unsur-unsur cuba menjatuhkan imej seorang Ratu Kereta Berhias betul! 1 keping kad raya pun tiada. Hait cis! Eh. Tapi bukan aku seorang saja yang tiada nama. Malah guni pos pun tidak wujud di dalam Markaz itu. Pemalas sungguh ammu-ammu posmen inilah! Okeh. Untuk mengubat hati yang lara, aku menculik sebuah buku di kooperasi yang berharga LE48. Jadilah. Dari tiada langsung buah tangan dari Markaz. Sudahlah jauh. Okeh. Kemudian aku singgah di pasar basah Diraasaat. Beli sotong yang sekilo LE20 (hasil keberjayaan separuh pengoratan), peha ayam; sekilo LE14.50. Kerana tahap kepanasan seperti kering air di dalam badan aku singgah Hamra untuk berteduh. Kemudian aku ke kedai jahit Abou Tariq untuk meng-alter kain baju raya yang seperti leretan weeding gown Yahudi saja rupanya. Kemudian aku balik rumah. Lepas Solat Asar aku ke medan tempur (baca: dapur) untuk berperang.
'... umh sya ada byk air soya :) kalau ngidam ank slg sya leh pi ata skrg' - Tokey Soya.
'Ada kt umh ke skrg? sya pi ata skrg deh mlm ni main futsal tkt x smpat' - Tokey Soya.
'Ehem sgt2 dalukn' - Aku.
(Sms di atas sudah diedit untuk keselamatan pelbagai pihak)
Hari ini aku rasa sangat bahagia. Hati menyanyi ria. Bukan lagu Bunga-buang Cinta. Bukan lagu Terima Kasih Cinta. Bukan lagu Lagu Cinta. Bukan lagu Everyday I Love You. Bukan lagu The Only One. Bukan lagu Only Of You. Bukan lagu Beautiful Girl.
Aku dirikan Solat Sunat Syukur. Aku buat Sujud Syukur. Kerana aku jumpa Doktor Rifaei. Kerana baju raya aku telah sempurna. Kerana aku dapat minum air soya. Kerana malam ini aku tidak keseorangan lagi. Terima kasih TUHAN. Terima kasih TUHAN. Terima kasih TUHAN. Moga rezeki yang satu ini akan KAU kekalkan hingga selepas raya. Dan ia adalah hadiah teristimewa untuk aku buat Raya Idulfitri 1429.
=)
Moga
Ditaip oleh
e.i.s.r.a.a
19 September 2008
Tentang: Diri
12 Rokyukum:
salam ramadhan...
ehem.. cedap ker gak sotong anis tu? ..
ngee mesti ada tawar2 masin tu kan..ahaaks.. tapi ada masa.. nak gak rasa air tgn tu.. huhuu..mana la tau... kan leh jd tukang masak oci ker.. ahaaksss.
ramai peminta ker? ahaaks.. :p
apapun, semoga dlm Limpahan RanhmatNYA..
owh.. itukah lauk sotong yang kamu war-war kan tempoh hari. Hu hu hu..
kacipo>>
mestilah sedap. ratu kereta berhias yang masak. bukan setakat air tangan, air kaki pun ai boleh buat. tukang masak? kalau gaji 4k, saya sanggup.
isk. ramai tak terbilang. terima kasih. amiin ya RABB.
=)
gild>>
saya war2kan eh? bukankah kamu yang tanya?
=)
salam...
adeshh.. 4k? apa brg 4k.. nak 4r baru ok hahaha..
tak terbilang tu mcm mana erk... ahak..
salam...
asal aper hasil pengoratan ratu tak berjaya turunkan lebih byk pulus..kami makan sotong gak tapi tak ader ler semahal tu kami dpt...ngayat tak power lagi tuh...esok pi lagi paso ngoat lebh kau lagi ok...
umah kami ader soya gakkk...hehheehee
wahh...ader baju raya...aulia x de baju raya agi..ummi tak nak beli...
kacaipo>>
salam kembali.
kamu ingat lagi tak grammer bahasa inggeris; countable and an uncountable?
=)
auliyaEnsem>>
mungkin tak nampak muka ratu menyengih, sebab tu pengoratan tak berapa nak berjaya.
=)
salam..
huhuu.. ratu kereta berhias dah tension ker? huhu ker nak akena jual kereta ni... leh la dpt 4k.. ahaaks...
cabuuutttt!!!
salam ehem...
saya sudah rasa masakan sotong buatannya.. sunggh sedap..rugi tidak sempat nk tapaw balik Malaya.. hahaha
kacipo>>
salam kembali.
kalau saya jual kereta hilanglah gelaran nanti. cabut apa?
=)
datoG>>
salam ehem kembali.
well... terima kasih di atas pujian itu.
=)
huwaaaaaaaaaa.abe g dh mkn masakn anis..rna bom lgik.hukhukhuk... :(
rina adriana>>
boleh. kalau saya tinggal serumah dengan ustajah. atau. jadi jiran. aha ha ha.
=)
boleh ja nk duk serumah huuhuhuuuh sila2
Post a Comment