1 Syawal: Aku & Daqahliyyah

BismiLLAHirrahmanirrahim.




Ini baju raya Ratu Kereta Berhias. =)



Menu Idulfirti aku (rancangan):
1. Lemang Lukluk
2. Rendang Dhob
3. Satay Unta
4. Ketupat Eisy
5. Kuah Kacang
6. Air Tropical Tang


Seawal 5.00 pagi (waktu Daqahliyyah). Aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Malaya. Terdengar suara Anis. Kemudian. Sembang ringan-ringan dengan Kekanda dan Bonda. Huh. Kekanda tidak habis-habis buat lawak derhaka di pagi-pagi Syawal yang hening ini. Kemudian. Aku ke Istad Salam bersama dengan Baba Fathi dan keluarganya untuk Solat Sunat Hari Raya. Sempat kenal dengan bakal tunang Amratullah. Tiba di Istad Salam. Ramai sangat-sangat-sangat. Nasib Ratu Kereta Berhias yang kecil-molek ini menjadi himpitan lautan manusia. Oit. Pagi-pagi raya ni jangan berotak biru eh.


Ketika masuk dan keluar stadium, beginilah keadaannya.



Ala-ala artis balik Mekah gitu. Bukan niat mahu snap jejaka-jejaka Malaya di belakang itu eh.



Sekadar hiasan.


Selain belon, inilah ekseseri raya yang dijual Arab Mesir. Macam ada birthday party pula.



Macam tak sesuai saja dibuat gambar raya kan? Statue of Pharaoh yang terdapat di simpang Istad Salam. Hari raya ini baru pagarnya dibuka untuk orang ramai. Aku pun apa lagi...



Selepas itu aku ke Markaz untuk mendengar Khutbah Raya Idulfitri versi Bahasa Melayu. Kurang meriah raya tahun ini kerana ramai yang berada di tanahair. Selepas makan kuih raya yang dibawa secara berjemaah aku ke Humaira. Menjadi tetamu pertama open housess; Humaira, Hamra 1 dan 2, dan Nusaibah.



Aku merialisasikan menu rancangan raya di Humaira. Ha ha ha.



Kemudian. Terus pulang ke rumah. Kerana kesihatan kurang memuaskan.


=)


4 Rokyukum:

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Saturday, October 04, 2008 6:23:00 PM  

huhuhuhuh..ingtkn da tak pakai ninja :P samat ali laye aniss

Anonymous Sunday, October 05, 2008 2:16:00 PM  

salam raya

oitt... baju raya mcm sama lah..hahaha.. mcm sama dgn baju raya nenekku.. koh koh koh =P

e.i.s.r.a.a Monday, October 06, 2008 7:40:00 AM  

rina adriana>>
ehem ehem ehem.
selamat hari raya juga buat ustajah.
=)

dato g>>
sama eh? biasalah. bakal moyang mertua. aha ha ha.
=)

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Monday, October 13, 2008 7:19:00 PM  

wsaeyhh ngakuan apa seyh..moga2 terjodoh.,aminnnnn

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah