4 Syawal: Aku & Nasr City

BismiLLAHirahmanirrahim.



Atas rasa ingin melihat ke-baru-an rumah Kedah Baru. Aku. Sebagai warganegeri MySilverLand, dengan rasa kurang malu telah pulang ke Cairo dengan menaiki van yang ditempah oleh anak-anak Kedah. (Aku bayar tau tambang dia!) Biar pun van untuk anak-anak Kedah sendat- mampat (seharusnya cuma 12 orang penumpang saja, tapi disumbat lagi 2 orang) tapi aku gembira. Sambil tepuk tangan ramai-ramai di dalam hati. Sedangkan van tempahan untuk anak-anak MySilverLand ada di sebelah lapang dan selesa. 4 Syawal; Open House BKAN Kedah dan Perak. Dan aku. Telah memurtadkan negeri. Semalam.

Ketika sedang melepak di Markaz. Ada ayat-ayat tak berapa nak cinta sengaja dipanah ke arah telinga aku yang berkalis tudung.

"Eh. Kak (...) salah van tu. Itu van Kedah la. Yang ni van Perak."
"Oi. Ko isytiraq Kedah ek?"
"Kak (...) banyak sangat makan kuih raya tu sampai silap naik van."

Apa-apa sajalah.






Menu Open House BKAN Kedah (MKKK); Nasi Ayam dan Bihun Sup.



Sampai di rumah sudah lewat Maghrib. 6.30 malam. Kerana kesihatan kurang memuaskan dan aku tak mahu sakit, terus cari ubat. Bukan sedative pills. Bukan pil tidur. Bukan Panadol Menstrual. Bukan juga pil perancang keluarga!





Kenapa aku tidak mahu pergi Open House BKAN Perak (KPIPM)?

1. Sebab aku tak dapat zakat.
2. Rumah Perak tak 'cantik'.
3. Orang Perak kurang friendly.
4. Menu Rumah Perak satu saja.
5. Program sampai ke malam (lama sangat).


=)



NotaBawah:
Kepada kalian (ahli KPIPM) yang membaca entri ini, silalah terasa hati. Jangan malu-malu. Jangan segan-segan. Aku tak nampak tak apa. Ha ha ha!


10 Rokyukum:

achik Sunday, October 05, 2008 11:35:00 PM  

selamat hari raya cikwa.. maaf kalau ada tersalah kata ek.. :)

Anonymous Monday, October 06, 2008 1:37:00 PM  

huh... gambo vitacid c tu betul2 wat ai teruja ... wakakakak...

tingat jaman demam2 kat mesir.. telan menatang tu je la..

jaga kechatan.

Anonymous Monday, October 06, 2008 2:37:00 PM  

salam

kesihatan tidak sihat mungkin kerna makan terlalu byk sgt nasi impit.. atau ketupat lemak byk sgt.. mmg tidak ingt dunia betul kalau mkn.. ehem ehem.. jikalau kesihatan masih lagi tidak memuaskan silalah berjumpa doktot.. =P

~ochie~ (^_^)v Monday, October 06, 2008 6:10:00 PM  

ciannyer anis.. jaga kesihatan d sana..
kalo x sihat gak.. tatap jak gambar ayah mak anis.. kompom.. terus sihat :D:D

e.i.s.r.a.a Tuesday, October 07, 2008 6:15:00 AM  

achik>>
selamat hari raya untuk yu juga. ai tahu. yu memang ada banyak salah kat ai. 0-0.
=)

gild>>
lepas tu terpaksa tonggang air bergelen2 nak hilangkan rasa masam.
kalau mahu, boleh saya poskan buat kamu jika demam di sana.
=)

dato g>>
nama pun dah habis puasa. bolehlah makan macam2. saya makan ingat dunia akhirat lah. tak perlu jumpa doktor. rawat sendiri. save bajet. ha ha ha.
=)

ochie>>
gambar famili sudah habis dikargo. terima kasih. sayang juga yu kat ai eh.
=)

RieNa Tuesday, October 07, 2008 4:57:00 PM  

mujur u tak beraya kat cc ye cik wa..

ahaks!

e.i.s.r.a.a Tuesday, October 07, 2008 11:46:00 PM  

riena>>
kemujuran itu berlaku beberapa tahun lepas saja.
=)

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Monday, October 13, 2008 7:17:00 PM  

fewetttttttttt,,,,, mau jadik org kedah kah??
murtad perak nie :P.ngengenge

e.i.s.r.a.a Tuesday, October 14, 2008 12:45:00 PM  

rinaAdriana>>
errr... errr... bukankah saya mahu berjiran dengan ustajah kan? ke ustajah yang mahu berjiran dengan saya??? =)

Anonymous Thursday, January 01, 2009 5:33:00 AM  

Hari tue org kedah pun pi makan kt rmh perak gak..muhibbah la katakan.. :)

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah