Macam Si*l

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Petang tadi hati aku benar-benar terbakar. Hangus rentung.

Alkesahnya.
Pemberitahuan: flat kediaman aku ada 3 ruang ampaian.
Isteri jiran atas menjemur permaidani yang dibasuhnya di ampaian. Tidak salah. Ampaian memang tempat untuk menjemur apa-apa yang basah dan lembab. Cuma. (Cuba kalian fikirkan sejenak. Arab tidak membuka kasut ketika di dalam rumah. Sudah pasti segala kotoran luar rumah seperti najis kuda dan himar, pasir, tanah dan lain-lain terperangkap di bulu permaidani tebal mereka itu). Dia membasuh permaidani itu secara manual. Tidak ditos. Dan terus disidai di ruang ampaian 2 dan 3. Maka menitiklah air permaidani itu seperti air terjun lagaknya terus ke ampaian jiran bawah (baca: aku). Dan. Pada masa yang sama, di ampaian 2 dan 3 aku itu sedang bergayut sakanlah pakaian yang sudah dibasuh secara berjemaah (koleksi pakaian mingguan). Maka. Pakaian aku yang malu-malu mahu kering itu menjadi basah semula dengan air cap xxx. Sudahlah sekarang ini musim sejuk. Pakaian tebal-tebal (musim sejuk aku lebih awal dari orang lain memandangkan aku spesis orang yang tak cukup lemak) dan lambat kering walaupun sudah di spin.



Memang benganglah. Sampai berdengung kepala dibuatnya. Ilmu santau aku makin bergelora. Kenapalah dia tak jemur permaidani-permaidani itu di ruang ampaian 1? Ini bukan pertama kali dia buat perangai serupa Yahudi sebegini. Jika sebelum-sebelum ini titisan air dari pakaian harian mereka, aku maafkan. Kalau mahu jemur unta alias gajah sekalipun atau berkali-kali, lantaklah dengan syarat ampaian di bawah kosong. Syaitan pun tiada alasan menjadi batu api. Ini...????!!!

Nampaknya malam karang haruslah aku bersemuka dan mengadu hal ini (lagi). Entah kali ke berapa entah.

Aina wadha'at ainuki?



7 Rokyukum:

Anonymous Tuesday, November 11, 2008 11:38:00 AM  

Huh sabo-sabo...., nanti runtuh plak rumah tu..

e.i.s.r.a.a Tuesday, November 11, 2008 5:01:00 PM  

Obi>>
sebab sabar la tak runtuh lagi rumah ni. =)

achik Tuesday, November 11, 2008 9:31:00 PM  

uish.. ingatkan ada kebakaran sampai hangus rentung.. huhuhu..

e.i.s.r.a.a Wednesday, November 12, 2008 4:57:00 AM  

nasib baik bomba sempat sampai... hahaha... =)

~ochie~ (^_^)v Thursday, November 13, 2008 7:16:00 PM  

2x5 jak kat tempat ochie d cni.. hehhe.. kalo jemur kain tu kena letak plastik.. atas dia abru x kena basuhan..

cik anis jgn marah k.. huhu.. COBAAN.. kekkek

e.i.s.r.a.a Friday, November 14, 2008 6:10:00 PM  

ochie>>
dalam kes ni saya jemur baju dulu. dan dia nak jemur carpet pun tak mention pada kita orang bawah ni. itu yang hangin satu badan. =)

Anonymous Friday, November 28, 2008 10:19:00 AM  

arab mmg sial bodoh.. ikut suka mak bapak dia saja mahu buat apa..saya tidak suka arab mesir.. kalau arab syria suka sbb cantik..muahaha..

anis.. biarlah.. kita beralah tak apa.. letak saja plastik tu walaupun kita yang basuh dulu.. untuk nk ambil langkah berjaga2.. jangan lupa.. pasti ada ganjaran untuk kamu sekiranya bersabar... =)

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah