Jalan-jalan Tepi Jalan

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Siang tadi...
Sebelum Zohor- seperti biasa-biasa. Aktiviti mengumpul tenaga sambil main-main cuci mata. Kerana janji semalam, dia suruh aku datang ke sana lepas Zohor (kalau ikut 'janji Melayu' maknanya sebelum Asar). Selepas solat Zohor, aku ke sekolah. Malam semalam ahlibait aku memberitahu keputusan peperiksaan aku sudah ditampal di papan kenyataan sekolah. Mood; biasa-biasa (sebab sudah tahu aku dapat apa).



AlhamduliLLAH. Sama dengan apa yang aku tengok sebelum ini.


Selepas salin apa-apa yang patut dan yang tak patut, aku call dia. Untuk mensahihkan lagi janji semalam. Dan keputusannya sama dengan semalam; menyuruh aku datang ke sana. Keluar dari kawasan sekolah, aku lintas jalan dan tahan sebuah teksi. Lebih kurang 35% perjalanan ke sana...

Haaaa ammuuu... Ana asifah jiddan. Maalisy... Mungkin nazlah hena.
Leh Maliziyyat? lissah yuwassol.
Ana maa fisy fulus khalis. Maa fisy fulus khalis fi syantoh. Nazlah hena bas.
Maa fisy musykilah ya Maliziyyat.
(Tapi teksi dia tak berhenti pun) Ammu. Ana maa fisy fulus khalis li dafa' ugrah teks.
Maa fisy musykilah. Ana fulus katir.
(Aku tak habis-habis salahkan diri. Tak pernah lagi aku secuai ini. Kalau aku jadi doktor mesti dah bersepah surat saman dari waris pesakit menuntut wang sara diri kurang upaya seumur hidup.)
Utubis Gadid?
Aiwah. Mungkin nazlah hena. Laa baksa. Ana imsyi.
Maa fisy musykilah. Ana Muslim. Enti Muslim. Enti fi maslahat wa ana gai.

Sampai tempat yang di tuju.
Ammu, fi rokom mobail? Insya ALLAH ana talifon ma'aka wa ba'din adfa'ei ugrah.
(Dia hulur sekeping kertas yang ditulis nama dan nombor handphone) Khalas ya Maliziyyat. Khalas.
SyukriLLAH. Syakirin awi.

Di tempat yang dijanjikan. Dengan dia.
Bla bla bla...
Maknanya benda tu tak ada pada kamu sekarang ni?
Maaflah akak. Memang tak ada. Salinannya pun tak ada. Ada pada Akak Nurul (bukan nama sebenar). Akak try tanya dia.
Kalau tak ada pada kamu, kenapa kamu suruh juga Kak (.....) datang sini ni?
...
Tolonglah jangan buat salah faham. Kalau tak ada pada kamu, cakap sajalah. Kak (.....) bukan nak bunuh kamu pun kalau benda tu dah tak ada.
Akak marah ye?
Sendiri fikirlah. Kalau rumah depan hidung tak apalah juga. Ni jauh-jauh datang benda yang dijanjikan tak ada. Susah sangat ke nak cakap benda tu tak ada pada kamu?
...
Lain kali sebelum nak cakap, nak buat janji, fikir dulu.


Ha? Ablah nak buat kerja bulan 12 nanti?
Ha ah betul akak. Tadi ada 3 orang cuba nak buat urusan pun tak boleh. Ablah kata natijah tak sampai lagi di bahagian kharajiyyat.
(Tiba-tiba aku teringin nak rebounding saraf-saraf otak aku yang dah kusut serabut ni. Bulan 12 ni dah lah Raya Haji, berapa minggu pula sekolah tutup. Arrrggghhhh!!!)

Aku terus pergi dari situ. Macam-macam perasaan ada. Terkilan. Marah. Geram. Kalau ditakdirkan waktu ini ada jejaka-jejaka Malaya ringan mulut main sapa-menyapa, aku petirkan saja. Huh!

Disebabkan di dalam beg hitam aku itu, satu sen pun tak ada maka aku pun buatlah catwalk di tepi jalan raya tanpa kereta berhias. Oklah juga. Boleh kurangkan risiko sakit kencing manis dan darah tinggi. Silalah amalkan selalu (nak redakan gelora ilmu santau aku yang sedang menggelegak sebenarnya). Nafsu dahaga mahukan asir asob terpaksa dikekang (pinjam perkataan EncikGild). Buat-buat tak nampak saja apa yang nafsu tekak dan perut mahukan. Sambil jalan-jalan tepi jalan mulut bersiul-siul. Sambil jalan-jalan tepi jalan otak ligat membuat plan B setelah mengetahui perihal urusan surat berhenti sekolah akan dibuat pada bulan 12 nanti. Masih ada 14 hari lebih untuk aku berfoya-foya. Sambil jalan-jalan tepi jalan aku tanggap ini gambar.


Keldai tepi jalan.



Kharuf tepi jalan. Lepaklah puas-puas sebelum disembelih Raya Haji ini.



Budak perempuan tepi jalan.


Penat ya amat-amat. 30 minit berjalan kaki dengan henti. Sampai rumah terus tumbang tak sedar diri. Kalau aku tak marah-marah, merungut, mengugut tentu banyak pahala puasa aku hari ini. Bedebah punya syaitooonnn...!!!


6 Rokyukum:

Anonymous Thursday, November 13, 2008 9:16:00 AM  

Sabo-sabo... itu baru awal-awal punya dugaan nak wat surat benti. Nanti lagi banyak dugaan yang bersusun untuk dptkan sekeping sijil benti cap tulis tangan arab mesir tuh.. hu hu hu.. (err.. ni taip ni pun takut2 ni, kang kena panah petir lak...)

~ochie~ (^_^)v Thursday, November 13, 2008 7:15:00 PM  

aik.. cik Ratu dah x der keta hiasan dah. hahahah.. asal x panggil Khuraf tu teman cik Ratu. huhuhu...

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Friday, November 14, 2008 4:01:00 PM  

napa biri2 tu ada kaler2?

Kaktiny Friday, November 14, 2008 4:44:00 PM  

tu ler.. bebel lagik.. dh kurang pahala pose.. dapt penat jer.. hikhikhik... kehkehkeh..

dh.. jgn marah2.. jgn merungut2.. baik tido dari membebel.. hahahhaha

e.i.s.r.a.a Friday, November 14, 2008 6:14:00 PM  

obi>>
kalau tak sabar lama dah saya balik malaya. =)

ochie>>
sebab dia busuk. kalau wangi dan kacak tak apa je. saya rela dia temankan saya sampai rumah. hahaha.

rina adriana>>
sebab dia ada kaler itu je. hihihi.

kaktiny>>
tak kan lah saya nak tidur tepi jalan tu kak tiny uit. ada pula yang nak kena tanam nanti. hahaha.

Anonymous Friday, November 14, 2008 10:58:00 PM  

kibas (bukan biri-biri) tu kena kaler sebab raya aji nanti nak kena korban. So tuan dia dah mark siap-saip...

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah