Maka, Jadilah!

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Perancangan aku. Sebelum ini. Raya Idulfitr. Itu raya terakhir aku di bumi Anbia. Rupanya kena sambung kontrak 'makan tanggung berak duduk' hingga Raya Iduladha pula. Malah pakej lengkap dengan Krismas, Awal Muharram, Tahun Baru nampaknya. Huhuhu. Terbatallah niat aku mahu kutip duit raya (Korban) untuk membolehkan aku membayar hutang pinjaman persekolahan yang puluhan ribu itu. Sebab aku tak dapat mumtaz.

Niat bonda dan sepupu untuk merasa beraya di sini pun terbatal. Kerana ada masalah tiket dan visa. Insya ALLAH mereka akan sampai pada 17 Disember. Harap-harap tetaplah tarikh ini dan tidak ada sebarang perubahan lagi.

Maka dengan itu, melepaklah aku selepak-lepaknya sampai kebosanan. Aku telah dipaksa menukar cara hidup menjadi seorang pembantu rumah tanpa gaji (baca: khidmat bakti siswi kepada ahlibait). Kerja memasak, mencuci, pergi ke pasar, ukur jalan (baca: berfoya-foya); itulah rutin aku berulang-ulang. Ni kalau dapat tawaran jadi isteri dalam masa terdekat, aku terima. Mesti! Practice make perfect dengan tugasan sebagai suri rumah. Mak mertua pasti takjub dengan kebolehan dan kecekapan aku mengendalikan hal-hal rumah tangga. Hahaha.

Sebelum ini. Aku menjangkakan. Dapat balik awal ke Malaya. Kerana aku kena dan mesti buat anak. Eh silap, duit. Buat duit dengan secepat mungkin dengan jumlah yang maksimum. Bukan sebab aku nak mati dalam masa terdekat ni (kuasa TUHAN). Bukan juga mengambil kesempatan imbuhan sementara PakLah menjadi Perdana Menteri Malaya. Dan bukan kerana kos rawatan susulan penyakit aku. Aku ada keperluan. Dan banyak keinginan. Ye lah. Naluri nafsu aku masih berfungsi dengan cemerlang. Jadi banyaklah perkara-perkara yang melibatkan Ringgit Malaysia. Oh. Oh. Aku tidak suka menggunakan alasan 'kebongsuan cap mengada-ngada' untuk mendapatkan sebarang keinginan daripada keluarga. Melainkan di waktu kecemasan atau tersedak. Eh silap, terdesak. Tetapi jika 'orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa', aku tak boleh nak tolak. Itu rezeki beb! Macam ayahanda telah membelikan handphone bernilai RM2 ribu yang berskrin sentuhan tanpa membatalkan air sembahyang untuk aku. Tak kan lah aku nak kata 'ish... tak perlulah ayahanda...'. Kufur nikmat namanya tu. 'Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari'. Kan?


Hm.

Maka dengan ini.
Aku mengucapkan;

Salam Raya Korban 1429 kepada seluruh Muslimin.



Untuk kesekian kalinya. Aku beraya tanpa keluarga. =|

{Wa makaru wa makara LLAH ^ wa ALLAHu khairu lmaakiriin} al Imran: 54.


7 Rokyukum:

Pa'chik Saturday, December 06, 2008 2:27:00 PM  

banyak la dapat daging unta nanti ye...

achik Saturday, December 06, 2008 10:34:00 PM  

selamat hari raya aidil adha cikwa.. nak unta sekor.. ;p

e.i.s.r.a.a Sunday, December 07, 2008 8:27:00 AM  

pa'chik>>
kalau ballik cairo dapatlah makan daging unta sampai demam2.

achik>>
selamat hari raya iduladha kembali. sila bank in kan rm3 ribu kalau unta. itu pun anggaran kecil saya tidak termasuk kos, jaga, khidmat penghantaran, cukai jalan,... =)

Anonymous Sunday, December 07, 2008 12:59:00 PM  

huh... derhakanya yu dengan CikNok tersebut. Ha ha ha... Tukar dengan enset duaghibu men sentuh2 ...

Selamat raya korban :)

e.i.s.r.a.a Monday, December 08, 2008 6:01:00 AM  

gild>>
bukan derhaka, nusyuz je. hahaha.

selamat raya korban juga untuk kamu sekeluarga =)

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Monday, December 08, 2008 7:24:00 AM  

waaa.a..hp 2k tu..wuuuuuuuuuuuuuuuuu

e.i.s.r.a.a Tuesday, December 09, 2008 1:00:00 PM  

rina adriana>>
rezeki. =)

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah