BismiLLAHirrahmanirrahim.
Terkejut. Keluarga dan kerabat terdekat terkejut, aku terima tawaran tersebut. Walaupun aku dari keluaran sekolah berasrama penuh dan matrikulasi terpilih (sebab 37 orang sahaja) mereka tetap tidak percaya aku menerima tawaran untuk belajar di luar negara (sebab aku ni tak pandai). Salah aku juga. Kecuaian aku bertanyakan kepada pakcik posmen di luar kawasan Istana Sangkut Kampung Ulu membuatkan berita gempar itu tersebar cepat 'jangan tunggu sampai esok'.
Aku bersikap 'same'naa wa ato'naa'. Tidak membuat keputusan. Terpulang kepada ayahanda dan bonda menentukan pilihan. Ayahanda setuju aku terima tawaran itu. Manakala bonda masih berdiam. Aku tahu. Kerabat terdekat tidak berani mahu 'menyantau' aku untuk menolak tawaran tersebut. Jadi mereka memangsakan bonda. Cuba menakutkan bonda dengan mengarang sendiri seribu satu cerita seram mengenai keburukan jika aku belajar jauh dari kawalan dan pemerhatian ayahanda dan bonda; lebih-lebih lagi sampai ke luar negara. Oit. aku belajar di negara yang penduduk Islamnya 94% lah. Malaya cuma 57% saja. Santauan mereka dengan cerita-cerita seram itu semata-mata mahu menyelamatkan agama, adat resam Melayu dan budaya Timur aku. Tidak lebih dari itu, kononnya. Jika aku ni jahat sangat pun; takut bertukar agama (murtad, na'uzu biLLAHi min zalik!), berapa ramai penduduk Islam Malaya sendiri yang telah dan sedang murtad. Hei. Sungguhlah 'kuman di seberang nampak, gajah depan mata tak nampak'. Aku santaukan juga mereka ni kang... Menggelegak ni.
Walaupun ayahanda ketua keluarga dan 'bank keluarga', aku masih mahu tahu keputusan bonda. Sedangkan Nabi sendiri pun berpesan supaya melebihkan berbuat baik kepada ibu tiga kali ganda berbanding bapa. Jika bonda tidak mengizinkan aku untuk terima tawaran itu, aku akur. Biarlah orang kata aku 'anak manja', 'duduk bawah ketiak emak', 'takut nak berdikari'... Biarlah. Katalah. Aku tak kesah. Apa yang aku kesahkan (takutkan) adalah hidup tanpa redha bonda dan ayahanda. Aku tak mahu hidup tak tenang. Hidup tak berkat. Bukankah redha TUHAN itu terletak pada redha ibu ayah? Sendiri fikirlah.
Bonda beralasan, aku seperti kekanda. Tidak betah dan biasa hidup di luar Istana Sangkut Kampung Ulu. Kekanda dulu. Usia 18 tahun baru belajar hidup jauh dari keluarga dan Istana Sangkut Kampung Ulu. Itu pun setiap hari minggu kami dipaksa menziarahinya manakala perjalan kami pergi-balik memakan masa lebih 10 jam (pergi nampak matahari, balik nampak bulan. Bukan datang bulan tau!). Rutin itu berlarutan hingga 2 tahun. Dalam pada itu kekanda diberi kenderaan peribadi yang diseludup masuk untuk kegunaannya, dilayan istimewa oleh kakitangan luar yang terlibat... dan seribu syarat anak manja sulung itu, ayahanda dan bonda terima.
Ketahuilah bonda. Benar. Anakanda, adik kandung kepada kekanda. Lahir dari alam, tempat dan cara yang sama. Tetapi bukan semua perkara kami buat, alami, terima bersama. Malah nafsu, fiel dan naluri kami juga tidak sama. Kebolehan dan kekurangan kami juga tidak sama. Dan sebenarnya. Banyak perkara lagi yang membuatkan kami ini tidak sama. Berbeza.
Ahirnya bonda, ayahanda dan kekanda merestui pemergian aku ke Mesir. Aku kaitan dengan restu kekanda, kerana harus ikut 'rentak keluarga'. Bagi aku. Tidak ada makhluk yang terbaik di dunia ini melainkan mereka bertiga. Aku tidak mahu hidup dipinggirkan dari keluarga kelak jika penyelasan muncul di akhir sebuah keputusan 'berani mati' yang aku buat. Jika ada orang mengata. Biarlah. Katalah. Ada aku kesah? Dulu. Aku pernah ungkapkan kalimah ini. Kami berpelukan erat-erat. Dengan linangan airmata. 'Bonda, bondalah satu-satunya bonda yang anakanda ada di dunia dan di akhirat. Saya sangat sayang pada bonda'. 'Ayahanda, ayahandalah satu-satunya ayahanda yang anakanda ada di dunia dan di akhirat. Saya sangat sayang pada ayahanda'. 'Kekanda, kekandalah satu-satunya kekanda yang adinda ada di dunia dan di akhirat. Saya sangat sayang pada kekanda'. Sanggupkah aku membelakangkan mereka bertiga sedangkan ketika melafazkan ikrar itu, kami menangis bersungguh-sungguh? Aku minum air susu bonda. Aku makan dari rezeki tangan ayahanda. Aku membesar bersama kekanda. Tak sanggup aku beb! Sungguh!
Aku tinggalkan Malaya dengan seribu satu harapan keluarga. Dan. Seribu satu dendam kesumat musuh dan seteru. Aku meninggalkan KLIA dengan dengan 3 tangkal hikmat. 'Eloklah kamu Mesir, biar jadi baik sikit', gurauan kekanda cuba menyembunyikan sebak. 'Tanggungjawab tak lengkap tanpa pengorbanan', esakan bonda sambil mengusap kepala. 'Carilah ilmu. Jadilah orang berguna. Kuatkan semangat', kata-kata ayahanda terakhir sebelum aku turun ke eskelator. Aku sebak. Aku sedih. Dan. Aku menangis...
Tempoh persekolahan aku tidak sependek orang lain. Dan tidak selama seperti orang lain. Tempoh belajar aku ini memang telah ditakdirkan TUHAN. Dalam tempoh ini, sakit yang paling kerap dan yang paling dan ter-sangatlah derita adalah 'sakit rindu'. Lebih sakit dari sakit kena bedah perut. (Aku tau la sebab aku dah rasa) Aku tidak mampu untuk pulang setiap tahun. Tidak mampu juga untuk keluarga datang menziarah. Mendengarkan suara di telefon saja bikin aku jadi penasaran berhari-hari. Ya. Bagi aku. Bukan mudah untuk mencari 'semangat yang hilang' bila tengah down, kembali memaksa diri untuk membaca buku. Melainkan ayat-ayat super-moper(?)-power giler saja yang mengundang cetusan nafsu ghairah baru. Membaca buku yang memerlukan seluruh tumpuan penuh dan kerja-kerja otak bagi mengingati fakta-fakta yang berkapal-kapal dan akan ditanya pada sebahagian kecil sahaja dari fakta-fakta itu. Ah. Gila sungguh!
Aku banyak belajar di sini. Bumi Anbiya. Apa yang aku takut sangat-sangat, aku tidak dapat mempraktikan semua ilmu yang aku pelajari secara istiqamah. Semua dan istiqamah. Kepada diri dan orang-orang di sekeliling. Aku takut dilaknat oleh ilmu-ilmu itu setelah aku mengucapkan 'qabiltu' (baca: aku terima. Ayat macam terima nikah saja) pada 22 Oktober 2008 di Azhar Conference Centre (ACC) lalu. Aku rasa. Besar sangat-sangat dan sungguh-sungguh berat amanah ini. Rasa tidak mampu untuk melakukannya tanpa back up yang kukuh. Bukanlah perempuan dan wanita itu makhluk yang lemah?
Jadi. Aku perlukan keluarga, sahabat, kawan-kawan dan kalian menegur, menasihat, beramaran malah mengugut, jika aku menyonsang arah. Dan papahilah jika aku rebah. Kadang-kadang aku juga tidak betah untuk hidup 'ananiyah'.
Aku harap dan berdoa. Semoga hidup kita berbahagia di dunia dan di akhirat. Yang penting usaha untuk mencari hidup lebih bahagia itu tidak pernah luntur dari quluub kita semua. Janganlah bakhil berdoa. Doakan untuk orang lain juga.
Sekian dan terima kasih.
From Me To You With Love,
e.i.s.r.a.a
=)
Aku: Sekolah Jauh.
Ditaip oleh
e.i.s.r.a.a
15 December 2008
6 Rokyukum:
sorang kawan aku... jantan la... hasil dari hasutan jenjiran dan kuarga... memacam jenis racun yang disuap.. hasilnya dia tak jadi ke jordan...
sudahnya... rizat stu dia yang warna-warna berterbangan tu jadik sijil saja lah...
sudahnya masuk unibesiti ibrahim tok misai... amek bisnes... rugi sungguh...
anis kuat semngt tuh
Dan papahilah jika aku rebah. Errr.....
Semoga kamu sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.
Salam,
Lama tak ke mari. Ada kisah sendu. Er.. Apapun yg penting nawaitu. Jika niat itu baik, Insya Allah arahnya juga sama. [pandai jer daku nasihatkan org yg lebih pandai dr daku]. huhu...
Semoga berjaya, eiS.
=)
salam anis>>>
sedih sungguh baca kisah anis ni..
:)
Post a Comment