Langgar Yang Mengena

BismiLLAHirahmanirrahim.


Petang tadi. Lepas pulang dari berfoya-foya dan menemani ahlibait shopping. Aku lintas jalan seperti biasa. Pemberitahuan: Keseluruhan jalan raya di Daqahliyyah adalah jalan sehala. Jadi. Aku hanya melihat kenderaan yang datang dari arah kanan sahaja. Tanpa ambil kesah apa-apa yang datang dari kiri kecuali manusia yang berjalan. Dalam keadaan
tergesa-gesa mahu segera sampai di rumah kerana pundi kencing aku seakan mahu meletup (baca: mahu kencing), aku lintas dengan perasaan yakin selamat.

Tiba-tiba.

Di sondol. Ditujah dengan sebuah kenderaan dari arah kiri. GEDEGANG~~~!!!

Tiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnggggggggggg... ... ... ... ... (terpelanting sambil melayang-melayang. Dengan perlbagai aksi macam penerjun payung terjun sempena Hari Tentera Udara)

Pelepek~~~!!! Jatuh terduduk dan terperosok di tepi bas kontot (baca: mini).

Aku tergamam. Segala neuron dan impuls berhenti mengejut. Nadi dan degupan jantung tidak aktif. 2 saat.

3, 4, 5...

Setelah beberapa saat kemudian.

Aku kembali mencari fokus. Gegendang telinga menangkap beberapa suara. Ya. Itu suara ahlibait aku. Tapi yang... siapa eh? Dia cakap apa? Bahasa apa? Ter-pending seketika.



Makcik itu seupaya membangunkan aku. Ahlibait tidak dapat berbuat apa. Kerana di kedua belah tangannya memegang 2 plastik beras (6 kilogram) dengan plastik-plastik shopping tadi. Dia cuma tolong tengok saja sambil bertanya keadaan aku baik atau sebaliknya. Tapak tangan kanan aku terasa pedih kerana terseret pada tar jalan raya yang baru berturap. Jari kaki kiri juga terasa pedih tapi teramat. Kemudian aku dipapah oleh makcik itu dan melintas jalan.

Aku mengucap terima kasih kepada makcik itu. Dia sempat berpesan supaya aku tuam dengan ais di tempat-tempat yang sakit. Aku terus berjalan dalam keadaan tengkak menuju ke rumah. Seorang makcik menjual buah tin di depan lorong rumah aku, tidak putus-putus mengucap maaf dan menyesali perbuatan orang-orangnya yang memang terkenal dengan sifat kasar itu. Aku buat muka beku (tiada berperasaan).

Sampai di rumah. Aku terus periksa seluruh badan. Pundi kencing yang mahu meletup tadi hilang jejak entah ke mana. Tapak tangan kanan bercalar sikit. Kulit jari kaki kiri cuma terkoyak. Terdapat luka pada bawah paru-paru kiri berukuran setengah jengkal aku. Berdarah! Isk isk isk. Setelah rehat 10 minit barulah badan terasa sengal-sengal dan sakit-sakit. Deria sakit aku kembali berfungsi. Jika tadi deria sakit dan deria rasa lumpuh atau buta seketika kerana tindakan refleks dari satu renjatan. Pinggang sakit. Tumit kanan sakit. Buntut sebelah kanan pun sakit.

Lepas berbuka. Lepas solat Maghrib aku bermuhasabah sendirian. Mungkin inilah balasan dosa aku semalam. Kerana bengang dan geram dengan 2 orang ustaz, habis semua ustaz aku rasa hendak sepak. Semalam aku bengang tahap petala tujuh! TUHAN bayar tunai di dunia. Isk isk isk. Insaf seketika. Dan satu lagi. Mujur tidak ada pendarahan yang memancut-macut macam air pancut dalam filem The Machine Girl yang merepek tahap dewa itu. Atau darah melimpah-ruah macam banjir dalam filem Flood. AlhamduliLLAH. Jika tidak. Tentu aku sudah muntah hijau dan lebih hijau dari Bruce dalam filem The Incredible Hulk. Aku kan mabuk darah. Alahan gitu. Aha ha ha.

Eh.

Pasti kalian tertanya-tanya. Aku ditujah dengan apa kan? Terlupa mahu taip di atas tadi. Aku dilanggar dengan sebuah basikal! Ya. Basikal. B.a.s.i.k.a.l yang sedang membawa barang. Dipandu oleh seorang pakcik. Dan aku terlupa mahu memberi pelangkongan, sekehan, kata-kata marah atau makian atau apa-apa saja yang berkaitan. Aku kan sedang berpuasa ketika itu. TUHAN mahu menyelamatkan puasa aku dari diskaun harga runtuh sempena bulan Merdeka bulan depan. Agaknyalah. AlhamduliLLAH.

=)


11 Rokyukum:

Anonymous Tuesday, July 22, 2008 7:15:00 AM  

salam anis: adehh.. nasib baik anis pandai buat kesimpulan camtu.. mungkin itu balasannya tp x apa lah.. yg penting tiada cedera2 parah atau sebaliknya kan.. Alhamdulillah bersyukur kepada dia sbb masih lagi menyayangi kamu..=) emm.. dan kepelikan satu lagi kan.. maghrib td ckp sorg ustaz ja yg anis bengang kan..tapi mcm mana leh tambah 2 org ustz lak nih..isk isk isk :)

Anonymous Tuesday, July 22, 2008 9:13:00 AM  

dari dulu dah pesan kalau jatuh bangun sendiri...kesian makcik yang angkat yu tu :p

sori semalam lambat balas sms... ada kes kat sekolah...

harap segala luka-luka, sengal-sengal, sakit-sakit dah beransur baik.. :)

Kaktiny Tuesday, July 22, 2008 12:13:00 PM  

aduhai.. ujian org berpuasa sungguh..

achik Wednesday, July 23, 2008 11:08:00 AM  

huhuhu.. sian..

blackpurple @ jowopinter Wednesday, July 23, 2008 8:47:00 PM  

Alhamdulillah. Kamu ok. Syukur.

Nasib baik basikal ya. Kalau lori balak.....

Pa'chik Wednesday, July 23, 2008 11:30:00 PM  

err... laaa.. mujo basikal, bukan bas kontot tuh...

tapi kan.. nasib baik lagi ko tak terkencing kat situ masa tu... :P

RieNa Thursday, July 24, 2008 9:38:00 AM  

kasihannya kamu....

rupanya,jalan sehala pun kena tgk dua-dua belah jgk..

isk..isk..

moga cpt sembuh!

e.i.s.r.a.a Thursday, July 24, 2008 2:39:00 PM  

datoG>>
salam dato. saya kan cepat sedar diri. ha ha ha. 2 orang yang betulnya. =)

gild>>
saya comel. sebab tu makcik rela angkatkan.

saya bajet kamu sudah tidur masa tu. =)

kakTiny>>
agaknya la kak. =)

achik>>
gelak? ampes! =)

wakJawa>>
itulah. 1 kemujuran. mentang2 lah saya tinggal di 'kampung ulu' wak terus kata lori balak. isk. =)

pa'chik>>
i'm the lucky girl.

tu lah pasal. kalau tak mesti saya sebulan tak keluar rumah. malu. =)

riena>>
TUHAN masih menjaga saya. alhamduliLLAH.

terima kasih. sudah makin pulih. =)

achik Thursday, July 24, 2008 4:28:00 PM  

manade gelak la.. saya bersimpati ngan cikwa.. nak ubat gamat ke??

jaga diri baik-baik.. :)

e.i.s.r.a.a Tuesday, July 29, 2008 2:06:00 AM  

achik>>
ada lagi ubat gamat. tapi rasa macam dah expired je.

saya memang baik sebab jaga diri. =)

Dondo Chakka Tuesday, August 05, 2008 11:05:00 AM  

isk iskk.. semoga cepat sembuh.. tapi tarikh svel letak komen ni rasanya macam dah sembuh jer.. hehehe.. :P :P tapi cerita the machine girl tu mmg merepek meraban.. :D :D ada ka gi goreng tangan dalam kuali.. hehehe.. :P :P

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah