BismiLLAHirahmanirrahim.
Petang semalam. Aku menelefon orang rumah. Bertanya khabar berita.
Siti; sepupu (?) dari Pahang, sudah 15 hari berada di rumah. Lulusan pertanian itu sedang mengambil lesen memandu kenderaan di Langkap. Uik. Jauhnya. Adakah yuran ujian memandu di Perak jauh lebih murah dari di negeri Darul Makmur? Harus tanya orang-orang Pahang tentang perkara ini.
Bukan perkara itu.
Main gayut-gayut lendut dengan bonda. Tibalah sesi soal jawab bukan agama.
"Dah makan ke? Apa menu makan malam tadi?"
"Kami sekarang makan sehari sekali je. Jimat. Itu pun makan bubur nasi je. Tengok, Siti pun dah kurus."
"Hah? Siti dah kurus? Biar betul? Tak apalah. Dia banyak duit."
"Mesti kamu fikir Siti Datuk tu. Siti yang pakai cermin mata anak Cik Kiah ni ha... Kamu ni sekolah sampai sana pun asyik ingat hiburan saja."
"Errr... (kena sebijik) Pengetahuan am tu bonda. Tak lah orang kata jumud sangat orang pakai tudung ni... (cover malu. Biar pun bonda tak nampak) Ha ha ha."
Sekarang. Purata harian. Ayahanda terpaksa memperuntukkan RM60 untuk menggerakkan enjin-enjin kenderaan dan mesin-mesinnya. Lebih kurang 22 liter minyak petrol ayahanda guna setiap hari. Dan. Apabila didarabkan dengan sebulan (30 hari); RM1800 khusus untuk petrol sahaja. Itu belum keperluan lain lagi. Benda-benda wajib, sunat, harus... Duit. Duit. Duit...
Jika kenaikan harga ini berlarutan hingga 40 tahun akan datang. Aku jangka (imajinasi kejam). Penduduk Malaya bakal menjadi seperti negara Rwanda, Somalia... Negara-negara miskin yang tidak cukup zat (makanan). Berkepala besar, berdada rangka, berperut buncit, berkaki runcing. Tidak mampu berjalan dan hanya didukung. Berlalat-lalat. Bila tiba bantuan makanan, berbondong-bondong mengerumuni lori-lori yang sarat dengan makanan juga pakaian itu. Jika sesudu bubur jatuh ke tanah, segera disauk dengan tapak tangan dan terus menyuap ke mulut.
Atau pun.
Seperti hidup zaman cowboy. Jenayah rompakan, mencuri, menyamun, rasuah... adalah perkara biasa. Baik dari golongan bangsawan hinggalah ke Sheriff dan Marshal. Seperti mengerdipkan mata. Tiada tindakan halangan atau mahu menanganinya. Siapa kaya, yang cantik pakaiannya, kot berekor putih, bertopi tinggi, berjam rantai, berambut Scarlett, bergaun gebu dengan payung berenda; dia berkuasa. Siapa yang berhabuk, berkasut prevail basikal, dia bakal bersaing menembak untuk mendapatkan habuan wanted reward. Dan tempat paling strategik bagi adegan tembak-menembak dan bergaduh adalah di kedai arak.
Oh.
Aku tak mahu jadi begitu!
Imajinasi
Ditaip oleh
e.i.s.r.a.a
03 July 2008
Tentang: Malaya
8 Rokyukum:
yang bakal kurus kering tuh rakyat ler..
pemimpin still gemok2.. gedempol..
Nak kena usahakan penanaman ubi kayu pulak-lah lepas ini. Jimat.
mak aih.. sadisnya imaginasi..
mintak2 x la jadi camtu kan.. huhu..
salah satu cara utk menguruskan badan! yey
jenayah tu... dah melampau-lampau dah sekarang nih... hahaha...
baru nampak cam negara maju...
NAUZUBILLAH..APER PUYER IMAGINASI NI...TAKUTNYAAAAA
Huh! Sadis sungguh imaginasimu itu KakEis. Takut MakcikDeeN memikiokannyer. Lepas nih kene belajaq makan ubi kemili la plak. Huhu. Jenayah? Huh, kat kg MakcikDeeN dah macam2 jenis kawaq (penyamun) ada. Isk, isk, tu tanda2 yg sgt dekat. Huhu.
kaktiny>>
betul. mereka gemuk tang perut. biasanya begitu. =)
wakjowo>>
dah tanam ubi ubi tu jangan lupa letak pagar letrik. nanti ramai nak curi ubi wak tu. =)
achik>>
saya pun tak mahu jadi macam tu. =)
thafiexq>>
kuruskan badan? bukan saya. =)
pa'chik>>
tak mahu maju dalam jenayah!
yusztiey>>
itu pun tak tinggi sangat daya khayalan saya. =)
makcikNuraddeen>>
ubi kemili itu, apakah? =)
Post a Comment