BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
Perfoyaan ke Kelantan dan Narathiwat dibatalkan. Dan aku tak menyangka akan ke Perlis-Kedah (Langkawi) lagi selama 4 hari. Dan sangat-sangat tak sangka aku ke Yan-Sungai Petani (aku sendiri tak pasti kedudukan tempat); lebih-lebih lagi berkesempatam melihat perkampungan nelayan dan menaiki bot (haram?) ke Pulau Songsong (bukan Pulau Lagu atau Pulau Asmara). Terima kasih kepada keluarga 'PakLang' dan 'PakLong'.









Per'botan' kami hampir tergendala (disaman) kerana polis marin membuat rondaan. Memang bot tersebut berdaftar (berlesen), tetapi bukan untuk penumpang dan tiada life jacket.









Ketika per'botan' pulang hujan turun tiba-tiba. Ombak besar. Bot terumbang-ambing. Ketika itu perasaan maha insaf datang mendadak. Aku mengucap Syahadah entah berapa kali. Berzikir. Mula berfikir yang bukan-bukan (tapi tak mustahil). '... kalaulah bot ni karam...'. Seteruk-teruk kerja aku (menoreh), tak adalah hingga mempertaruhkan nyawa seperti nelayan. Alhamdulillah. Aku masih boleh berblog lagi.
Esok akan ke Hotel Seri Malaysia, Taiping pula. Untuk 3 hari, 2 malam. Letih pun tak hilang lagi.
1 Rokyukum:
saya pun penah naik bot camtu.. pegi rileks je, balik tu air baru nak pasang.. menakutkan.. dah la x pandai berenang.. ;p
Post a Comment