BismiLLAHirahmanirrahim.
+ Ratu telah diculik!
* Siapakah penculik yang berani itu?
+ Seorang menteri.
* Menteri apakah?
+ Menteri Pengangkutan dan Perhubungan, merangkap Menteri Hal Elwal Luar Negara, merangkap Menteri Perdagangan.
* Oh. Menteri yang gila kuasa itu.
+ Dua minggu kejadian itu berlaku. Dan lebih tepat pada hari Isnin, 9 Jun 2008. Pihak istana bijak menangani masalah hinggakan berita ini langsung tidak tersiar di mana-mana akhbar dan internet sama ada tempatan mahupun luar negara.
* Mengapa?
+ Kerana ia akan memalukan pihak istana kelak. Ini akan mencemarkan institusi istana sekaligus mampu menggugat kuasa tertinggi pentadbiran negara.
* Iyalah. Tapi kenapa?
+ Kerana. Ratu bukan diculik. Tetapi beliau sendiri yang rela diculik. Melarikan diri.
* Lari ke mana?
+ Pergi ke PERJAK. Persidangan Jejaka-jejaka Kacak Sedunia. Persidangan yang menempatkan semua anak-anak raja dari seluruh dunia tu...
* Patutlah berita ini rahsia. Memang memalukan. Jadi, kamu ini siapa?
+ Sayalah penculik itu.
Kronologi kejadian.
1. Pukul pagi bertolak ke Cairo dengan menaiki Bas Ekspres East Delta (yang warna oren tu).
2. Sekitar pukul 12.20 petang, Ratu sampai di Hayyu Sabiek. Tidak lama kemudian sampailah menteri tersebut dengan sebuah kereta sewa untuk mengelak dari perhatian orang ramai.
3. Terus menuju ke PERJAK, tetapi ditutup untuk sementara waktu kerana kehadiran 'Orang-orang Besar' untuk upacara perasmian penutup.
4. Mereka menukar haluan. Terus ke Tahrir untuk bersantap tengah hari (???).
5. Kembali ke PERJAK sekitar pukul 2 petang setelah selesai membuat solat jamak.
6. Pukul 5.50 petang, bertolak pulang dari Cairo dengan menaiki Bas Ekspres East Delta (yang warna oren itu jugalah).
Kedudukan Dewan-dewan Persidangan Jejaka-jejaka Kacak (PERJAK 08):
Dewan 1C.
1. Keturunan Raja Yu Tong.
Dewan 7.
1. Keturunan Raja Mercedes Benz.
2. Keturunan Raja Toyota.
Dewan 6.
1. Keturunan Raja Renault.
2. Keturunan Raja KIA.
3. Keturunan Raja Subaru.
4. Keturunan Raja Daihatsu.
5. Keturunan Raja Honda.
6. Keturunan Raja Opel.
7. Keturunan Raja Chevrolet.
Dewan 5.
1. Keturunan Raja Mahindra.
2. Keturunan Raja ???
3. Keturunan Raja Brilliance.
4. Keturunan Raja BMW
5. Keturunan Raja ???
Dewan 1.
1. Keturunan Raja JAC.
2. Keturunan Raja Tata.
3. Keturunan Raja AMK.
Dewan 4.
1. Keturunan Raja Ford.
2. Keturunan Raja ???
3. Keturunan Raja ???
4. Keturunan Raja Ferari.
5. Keturunan Raja Jaguar.
6. Keturunan Raja Land Rover.
7. Keturunan Raja Audi.
8. Keturunan Raja Volkwagen.
9. Keturunan Raja Nissan.
Dewan 3.
1. Keturunan Raja Hyundai.
2. Keturunan Raja Speranza.
Dewan 2.
1. Keturunan Raja Suzuki.
2. Keturunan Raja Komodo.
3. Keturunan Raja Fiat.
4. Keturunan Raja Skoda.
NotaBawah:
1. PERJAK08 = Autommech Akhbar el Yom 2008. 5-7 Jun 2008. Bertempat di Cairo International Fair Ground.
2. Ratu Kereta Berhias masih lagi tidak puas hati hingga sekarang. Mengapa keturunan Raja Volvo, Poshee (???), Produa atau Proton tidak hadir???
6 Rokyukum:
poton ngan podua mahal... hahah...
balik umah malam nih kaktiny nanti pi check dgn 'cucu' perodua.. pasai pa tak pi persidangan tuh.. buat malu kerabat jer.. hihihihi
banyaknyaaaaaaaaaaaa gambar!!! :)
cik ratu nak yang mana satu? nanti ai pinangkn ye :) tapi ai macam berminat kat Nissan Fairlady tu.... 8D << (mata bulat bercahaya2) huhuhuhu
10 bintang untuk Nissan Skyline GT-R versi 2008!
:D
pa'chik>>
proton dengan produa guna ap juga ke?
kakTiny>>
kalau kereta nasional tu ada pun mesti saya teragak2 nak bergambar ke tidak. ha ha ha.
achik>>
biasalah. ratu kereta berhias. =)
obi>>
saya mahu yang percuma. =)
wak>>
sama lah kita wak. =)
Post a Comment