BismiLLAHirrahmanirrahim.
Aku tidak terkilan jika perasaan ini ada ketika hidup berstatuskan permusafiran. Aku telah jelajah di beberapa (lebih dari tiga) gedung membeli belah untuk berfesyen. Tetapi...
Hanya fesyen munafik saja yang aku temui.
Inilah Islam Had*** yang diwar-warkan rupanya.
Oh, Malaya tanahair ku...
Kecewa Tidak Dapat Up-To-Date
Sikit Itu Fitrah, Banyak Itu Masalah
BismiLLAHirrahmanirrahim.
Sejak kebelakangan ini aku selalu lupa. Aku tidak makan semut, benda masam dan insyaALLAH segala rezeki yang masuk ke rongga tekak aku ini halal. Adakah kimia di dalam otak aku berlebihan hinggakan tarikh pembedahan kecil yang bakal dilakukan dalam cuti sekolah ini pun aku lupa? Mujur bonda mengingatkan. Tetapi aku masih teragak-agak sama ada mahu dibedah atau tidak. Oh...
Tentang: Diri
Ah... Bulu Itu Sangat Seksi. Aku Suka!
BismiLLAHirrahmanirrahim.


Itu bulu AbangAiman yang punya. Aku cakap bulu matanya serupa bulu mata unta. Panjang dan melentik. Cantik. Sepatutnya bulu mata seperti ini milik orang perempuan (baca: aku). Seperti disikat dengan maskara Maybelline. Kalau nampak dek Julia Stregner ni, mungkin dia akan buat keputusan bunuh diri. Aha ha ha.
=)
Nampak
BismiLLAHirrahmanirrahim.
2 hari lepas. Aku jumpa Doktor Dewa. Aku masuk bilik dia apabila nama aku dipanggil. Dia kasi salam. Aku jawab. Kemudian kami bersoal jawab. Kemudian...
Nampak macam umur 17 tahun.
Aku senyum. Sambil batuk-batuk kecil kerana tekak sedang menggatal.
=)
Tentang: Diri
Hari-hari Yang Kau Ingat
BismiLLAHirrahmanirrahim.
Dalam banyak-banyak hari di dalam setahun yang kau selalu ingat; 'Malam Jumaat' dan Hari Raya Puasa. Ya. Itulah kadar 'mentaliti Islam' anak-anak muda Melayu sekarang yang ingat Kalendar Hijriyyah. Waaahhh... Bravo! Dan aku sangat terharu (sebenarnya rasa loya-nak-muntah-hijau, kesal, marah) dengan jawaban kau, bila aku tanya 'Bilakah Hari Kekasih', 'Apakah sejarah Hari Kekasih' dan 'Apakah rancangan anda?'
Kadang-kadang, rasa tertekan apabila membuat sesuatu bancian yang sebegini.
