Boikot: Benarkah?

BismiLLAHirahmanirrahim.



Gambar dikutip dari sini.


Israel serang Palestin (lagi). Itulah peristiwa penutup tahun 2008 dan pembukaan tahun baru 2009. Rasanya tak perlu aku taip panjang-panjang (buang masa), kerana semua media melaporkan tentang peristiwa itu. Dan kalian pun mungkin ter-baca dan ter-tengok.

Sana-sini ada poster 'boikot', banner, rapat 'aman', demonstrasi, kutipan derma 'Dakap', konsert amal, derma peribadi, persidangan... Sama ada syarikat, sekolah, individu, badan kerajaan... Ya. Aku ketawa. Dengan tindakan sesetangah orang-orang Malaya. Mereka kata, mereka Islam. Dan 'mahu tolong orang Islam'. Mereka hadir di majlis-majlis boikot ini dengan ucapan yang berdegar-degar mengecam tindakan Isreal dan Amerikat terhadap Palestin. Mereka penyiar kepada penderitaan Palestin (tivi dan akhbar).Tetapi mengapa mereka tidak berani memberitahu produk barangan Israel atau Amerika ketika membuat persidangan akhbar atau media? Mengapa masih ada lagi iklan-iklan 'boikot' keluar dan ditayangkan di akhbar, tivi dan radio? Mengapa masih ada lagi kapal-kapal 'produk boikot' masih selamat masuk ke Malaya?


Mahu cuci mata? Di sini. Dan di sini.





Jakun Yang Mengada

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Minggu lepas. Aku masuk hutan yang separuh hutan. Ada orang tak percaya Ratu Kereta Berhias ni masuk hutan. Aku bukan mahu tukar gelaran kepada Ratu Jamu. Aku tak cari Kacip Fatimah. Aku tak cari Tongkat Ali, Bunga Bakawali dan kaum kerabat yang seangkatan dengannya. Aku masuk hutan yang separuh hutan itu atas niat mengada-ngada. Ala-ala jakun dah lama tak nampak tumbuhan hijau tempatanlah kononnya.


Justify Full













=)


Ketika Musafir

BismiLLAHirrahmanirrahim.












AlhamduliLLAH

BismiLLAHirrahmanirrahim.



AlhamduliLLAH. Hari ini hari ke sembilan aku berada di tanah air. Dan entri ini, entri sulung yang bersiaran dari dalam Istana Sangkut Kampung Ulu.

Selama 8 hari sudah berada di tanah air, aku telah bermusafir ke Kuala Lumpur. Berpeleseran di Universiti Malaya untuk mengorat bangku-bangku sekolah yang kosong, ke Low Yat; mengorat laptop maka ter-belilah Toshiba san yang berkulit putih bersih. Asalnya aku mahu meminang Fujitsu san tetapi masalah RAM DDR3. Sungguh ke di Malaya belum guna RAM DDR3???

Oh. Mata aku sangat-sangat sakit dengan pemandangan Malaya.



Pasti ramai yang merinduikan aku, kan?
=)


Sambutlah

BismiLLAHirrahmanirrahim.


Kalian dijemput untuk menyambut kepulangan Ratu Kereta Berhias berserta ahli rombongannya di KLIA pada tarikh 6 Januari 2009 pukul 9 malam. Jangan lupa sediakan kereta Limosen, bunga maggar, payung panji, beras kunyit, permaidani merah, wartawan, pengawal keselamatan dan tarian kebudayaan. Jangan tidak-tidak tahu!


=)


Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah