Di Situ

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Rasa takut itu datang kembali. Kerana Ramadhan sudah habis.






Ceritanya.

Sebelum puasa. Ayahanda berpesan supaya lebih berhati-hati di 'Selekoh Kekabu Tepi Sekolah' itu. Di situ. Ramai sudah yang kemalangan maut. Jika ada yang masih hidup pun akan menderita sepanjang hayat. Diceritakan oleh mereka yang terlibat, katanya jalan itu 'dialih dan diluruskan' dari keadaan asalnya, berselekoh. Maka kemalangan pun berkaku. Dan juga tiba-tiba saja ada orang tua berbasikal melintas jalan (di sebelah kanan ada sebuah surau). Untuk mengelakkan berlanggar, maka kemalangan pun berlaku. Kemalangan yang berlaku sama ada kenderaan 'terjun' ke dalam sungai atau pun menyondol pokok kekabu, atau pun 'meredah' semak.

Dan 'Selekoh Kekabu Tepi Sekolah' itu adalah jalan harian aku 6 hari dalam seminggu. Dan aku akan melaluinya pada pukul 6.50 pagi dan 3.00 petang. Errr... errr... errr...


3 Rokyukum:

Anonymous Monday, October 05, 2009 6:23:00 PM  

takut?

Pa'chik Wednesday, October 07, 2009 4:12:00 AM  

sampai dekat pokok tu... ko turun, pas tu tolak je la kete sampai lepas pokok tu.. :P

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Monday, October 26, 2009 5:16:00 PM  

x pon berhenti baca yasin dulu .sampai abis baru jalan :P

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah