Takziah Buat Keluarga Mudir

BismiLLAHirahmanirrahim.


i

Al Fatihah buat Mudir SMART al Islah, Tuan Haji Sulam bin Haji Mansor di atas pemergiannya pada 12 Ogos lepas kerana menghidap penyakit barah usus. Moga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang soleh. Amiin Ya RABB.

Aku diberitahu khabar dukacita ini melelaui sms Anjang dan juga panggilan telefon dari Ayahanda, Bonda dan Kekanda. Aku sedih. Dan aku perasan cuaca pada hari itu turut sama berdukacita dengan kembali mengadap TUHAN, seorang guru agama yang sangat tersohor di Daerah Hilir MySilverland, merangkap Tokoh Maal Hijrah peringkat MySilverland pada tahun lepas.

Salam takziah buat keluarga beliau:
1. keluarga Muhaimin bin Haji Sulam
2. keluarga Hamadah binti Haji Sulam
3. keluarga Agus Lokman bin Haji Sulam
4. keluarga Hisyam bin Haji Sulam
5. keluarga Hamidah binti Haji Sulam
6. keluarga Aini Shakirah binti Haji Sulam
7. Mohd Khir bin Haji Sulam


ii

Uhuk. Huk huk...
Aku tidak jadi pergi ke Mekah. Aku tidak pergi ke Turki. Aku tidak pergi ke Sepanyol. Aku tidak pergi ke UK. Aku belum pulang ke Malaya. Aku masih berada di ... Ketiadaan aku untuk beberapa ketika ini bukan kerana baki kesedihan kerana ditinggalkan Anjang. Tetapi atas beberapa kerja dan hal-hal perisikan yang memerlukan komitmen dan konsentrasi yang tinggi terhadap kaedah teori dan praktikal. Terpaksa memutuskan hubungan luar untuk beberapa ketika. Jika cuti musim panas tahun lepas aku mengikuti 'kelas ngorat' dan 'kelas main kira-kira', dan pada tahun ini aku dengan rela hati memasuki Akademi Risikan Antarabangsa. Jangan kalian tanya apa kerja aku.

Selamat merindui aku.
Salam Nisfu Sya'ban.
Salam Ramadhan.

=)


3 Rokyukum:

Anonymous Friday, August 15, 2008 9:10:00 PM  

selamat main risik²...nk risik calon suami ker hapa..koh koh koh..=)

blackpurple @ jowopinter Saturday, August 23, 2008 5:48:00 PM  

Takziah buat keluarga Allahyarham.

Selamat menyambut Ramadhan. Puasa tahun lepas dah habis ganti? [Apa-lah punya soalan..... :D]

e.i.s.r.a.a Monday, September 01, 2008 8:25:00 AM  

dato g>>
semua calon saya risik. tapi bukan nak buat kerisik pula. =)

wakJawa>>
selamat menyambut ramadhan kembali. lama dah habis ganti. =)

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah