7 Tahun

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Dalam demam-demam pun DikJah sempat menyambut hari lahirnya yang ke tujuh.








DikJah : Uchu, uchu... DikJah demam. DikJah rindu Uchu. Bila Uchu nak balik?
Uchu : Kenapa Uchu kena balik?
DikJah : Ummi dah tempah kek nak makan dengan Uchu. Uchu balik tau DikJah tunggu.


Alahai, cumelnya DikJah. Moga DikJah jadi anak yang baik. :)


Karnival Buku Pahang 2012

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Inilah nasib kalau wang saku tak berapa nak ada. Hahaha... Incik Suami pula tak berapa nak memberi sokongan moral untuk menjadi lebih 'ulat buku'.

Kata Incik Suami : Aik, kata suruh belanja Pesta Buku KL bulan April nanti. Ini bulan berapa?

Kata aku : Ooo... tak kira eh? *Bermuka hampa dan berwalanglah hati beta*






















Macam iye-iye je kehabisan duit dengan mengira simpanan.



Sempatkah saya menabung cap ayam untuk pesta buku lebih besar lagi bulan April ni?


Rasa Macam Mahu Pindah Tapi...

BismiLLAHirahmaanirrahiim.




Aku fikir kehidupan manusia di bumi ini semakin terancam. Lebih-lebih lagi bagi spesis yang kian pupus seperti aku; yang comel dan kiut ni. Sebabnya; banyak sangat kejahatan, kerosakan yang datang dari tangan-tangan mansusia yang durjana. Banyak sangat maksiat yang tidak dapat dibendung. Bahaya datang dari semua arah. Takutnya saya... (ala-ala comel gitu).


Terdetik juga mahu pindah demi menjamin kehidupan yang lebih baik. Tapi...








Mahalnyaaa...~!!!
Ada oksigen kah? Ada talian internet kah?


Dasar Binatang!

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Pagi-pagi hari sudah buat aku hangin. Kalau ikutkan nafsu marah yang dihasut syaiton, mahu saja aku salai Najis Mughallazah tu seperti kambing golek. Biar dia meraung-raung, terjerit-jerit meminta tolong. Biar dia menangis air mata darah sekali pun, namun aku nak kasihan; sorry! Dasar binatang betullah!









Bertakung juga air mata aku di birai mata. Masakan tidak, mana nak cari kasut pagi-pagi hari waktu lalat bangun sebegini?



Huhuhu.... Kasut yang digigitnya itu adalah kasut termahal pernah aku miliki. Huhuhu. Kasut rakan serumha juga menerima nasib yang sama. Huhuhu...

Fanatik Atau Fenomena

BismiLLAHirrahmaanirrahiim




Selebriti yang paling popular pada tahun ini. Selebriti yang tak perlu keluar di peti tivi, tak perlu sponsor pakaian dari pereka fesyen yang berjenama... Dia ada gaya tersendiri.






Mula-mula aku terbaca iklan ni semasa sedang bohsan bertapa di KLIA ketika cuti Raya Cina bulan Januari lepas. Aku telefon pihak urus setia - urus setia telefon aku, hinggalah kredit aku habis entah berapa juta(Rupiah). Akhirnya selepas mendapat diskaun secara paksa dan ugutan aku hanya perlu membayar RM20 untuk ber-dating dan makan tengahari ala-carte bersama selebriti di atas. Gembiralah hati beta tidak terkata.

Semakin hampir dengan hari kejadian, aku ditakdirkan menerima arahan untuk bertapa di Hotel Course, Klang pada 20-22 Februari. Nafsu untuk berfoya-foya terus merudum. Mengapa hal ini terjadi? Mengapa? Mengapa? Mengapaaa...???!!!










Akhirnya...

Gambar ini diculik dari sini


Cuba cari, di manakah aku di dalam gambar di atas? :)




Berjodoh juga kita. :)



Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah