BismiLLAHirrahmaanirrahiim
Status: Masih lagi 'Pelarian yang mencari perlindungan'.
Sayat -menyayat
Tentang: Diri
Tumpang Menumpang
BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
Memandangkan sekarang berstatuskan 'pelarian yang mencari perlindungan' maka hidup aku terasa kelam-kabut, sedikit. Rutin harian berubah, sedikit.
Sementelah itu, aku cuba mengubah emosi yang tergannggu, sedikit dengan aktiviti berfoya-foyaan. Dengan status: menumpang. Ya. Pada hari itulah. 29 Januari 2010, Jumaat.


















Ketika di Taman Seni Islam Selangor (Shah Alam), barulah aku tahu yang rupanya Malaya juga mencetak al Quran yang pelbagai versi. Di antaranya Mashaf Nur Fatimah (yang dari awal proses; penyelidikan hinggalah percetakan dilakukan oleh kaum Hawa), Mashaf Mahathir (berzuhrufkan Menara berkembar Kuala Lumpur, bunga raya, Wawasan 2020). Dan pelbagai lagi al Quran yang bertulis tangan datang dari pelbagai negara; Acheh, Singapura, Iran, Sepanyol dan banyak lagi. Pen khat pula dari bulu landak, buluh yang pelbagai. Ada di antaranya dakwatnya dari jelaga pelita. Manakala warna untuk zuhruf pula menggunakan warna tradisional kunyit, pandan, bunga ros... Ada al Quran yang bercetakkan negeri-negeri di Malaya yang 14 buah dengan menggunakan warna yang mengikut negeri. Barulah aku tahu... Hahaha
Aku menumpang rombongan budak sekolah. Buku yang aku beli??? Hahaha....
Tentang: Berpeleseran , Pameran
Sayat
BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
Aku kena usir dari rumah. Dan sekarang homeless.
Inilah hadiah hari lahir aku untuk tahun 2010.
Sedih, bukan?
Tentang: Diri
Pasti Muncul
BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
Rasa seperti sedang berjalan kaki di Tembok Besar China.
Penat sangat nak sampai ke penamatnya.



Alhamdulillah. Tamat juga akhirnya.
Baru aku tahu. Mengapa di dalam Bible tidak tercatat sekelumit pun kisah Yakjuj dan Makjuj atau Gog dan Magog. Dan mengapa Orientalis Barat mengalihkan label para pelampau Islam sebagai Yakjuj dan Makjuj. Durjana sungguh! Bzzzttt!!!
Tentang: Buku
Alif Lam Lam Ha
BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
Padahnya apabila hukum ALLAH 'dinomborduakan' hinggakan kalimah ALLAH pun kena naik-turun mahkamah. Lucu.
Apa pun hasilnya, aku tetap tak puas hati apabila perkataan ALLAH diterjemah kepada 'God' di semua drama dan filem yang mempunyai terjemahan Bahasa Inggeris.
'Insya ALLAH' = 'God's willing'.
Pihak berwajib, sila ambil perhatian.


