BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
Memandangkan sekarang berstatuskan 'pelarian yang mencari perlindungan' maka hidup aku terasa kelam-kabut, sedikit. Rutin harian berubah, sedikit.
Sementelah itu, aku cuba mengubah emosi yang tergannggu, sedikit dengan aktiviti berfoya-foyaan. Dengan status: menumpang. Ya. Pada hari itulah. 29 Januari 2010, Jumaat.
Ketika di Taman Seni Islam Selangor (Shah Alam), barulah aku tahu yang rupanya Malaya juga mencetak al Quran yang pelbagai versi. Di antaranya Mashaf Nur Fatimah (yang dari awal proses; penyelidikan hinggalah percetakan dilakukan oleh kaum Hawa), Mashaf Mahathir (berzuhrufkan Menara berkembar Kuala Lumpur, bunga raya, Wawasan 2020). Dan pelbagai lagi al Quran yang bertulis tangan datang dari pelbagai negara; Acheh, Singapura, Iran, Sepanyol dan banyak lagi. Pen khat pula dari bulu landak, buluh yang pelbagai. Ada di antaranya dakwatnya dari jelaga pelita. Manakala warna untuk zuhruf pula menggunakan warna tradisional kunyit, pandan, bunga ros... Ada al Quran yang bercetakkan negeri-negeri di Malaya yang 14 buah dengan menggunakan warna yang mengikut negeri. Barulah aku tahu... Hahaha
Aku menumpang rombongan budak sekolah. Buku yang aku beli??? Hahaha....
Tumpang Menumpang
Ditaip oleh
e.i.s.r.a.a
02 February 2010
Tentang: Berpeleseran , Pameran
0 Rokyukum:
Post a Comment