BismiLLAHirrahmaanirrahiim
Kadangkala kita terasa hati dengan kata-kata seseorang. Beta juga. Dan beta tertanya-tanya, mengapa beta terasa hati?
Setalah beta menggali dan melombong soalan itu untuk ketemu jawapannya, tidaklah terlalu abstrak sangat. Petik jari je... belum tentu berbunyi. Hahaha
Kerana (mungkin) yang diperkatakan oleh seseorang itu ada benarnya. Dan kita telah dan pernah melakukannya. Seperti kata-kata klasik Melayu lama; 'Siapa makan cabai terasalah pedasnya!'.
Ketukan
beduk mampu membangunkan dirimu dan menyeru orang lain.
“Orang yang
bijaksana akan lebih terkesan oleh bisikan berbanding jeritan”.
Macam mana nak jadi baik?
“Saya nak
baiki diri. Daripada mana saya harus bermula?”
“Mulakan
dengan memperbaiki solat,” Cadang saya.
“Mengapa
solat?”
“Awak nak
jadi baik, bukan?”
…
“Tapi kalau
orang itu masih jahat juga setelah mengerjakan solat, bagaimana?”
“Itu yang
saya katakana, dia perlu memperbaiki mutu solatnya. Baiki solatnya… bila solat
dah baik, insya-Allah itu akan jadi baik.”
“Saya cuba
menjelaskan bahawa punca orang enggan solat ialah apabila dia rasa tidak
memerlukan Allah di dalam kehidupannya. Dia tidak Nampak atau terasa keagungan,
kekuatan, kekayaan, keilmuan dan lain-lain sifat kesempurnaan Allah.”
“Atau dia
merasakan ada pihak lain yang lebih berkuasa daripada dirinya, maka ketika itu
dia bertuhankan pihak tersebut”.
Kesimpulan beta:
Semua yang
baik itu bermula dengan solat. :D
Jika tuan-tuan hamba masih tidak merasai apa-apa apabila membaca al kitab ini, silalah berjumpa dengan tabib (doktor) hati. Kerana mungkin hati tuan hamba sudah parah atau kronik.
0 Rokyukum:
Post a Comment