Aties Atau Murtad?

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.






Kisah sebuah perjalanan dalam satu malam di dalam sebuah tren. Kepada kalian-kalian yang masih mempertikaikan hukum-hukum dan peraturan-peraturan ALLAH SWT, bolehlah baca buku ini. Tapi lagi molek dan ahsannya pergilah berjumpa dengan tok-tok guru. Jangan berdebat dengan orang yang jahil kerana kejahilan orang itu kamu juga dikategorikan sebagai jahil.


Bab Pertama;
‘Kenapa saya perlu menyembah Tuhan?’

Bab Kedua;
‘Saya tidak akan menyembah Tuhan yang saya tidak nampak. Buktikan yang Allah itu ada.’

“Tetapi awak tidak betul-betul ‘beriman’ dengan ilmu sains yang awak belajar. Dalam buku sains menyatakan, bumi bergerak pada kelajuan 30 kilometer sesaat. Jadi, jika awak benar-benar ‘beriman’ dengan kitab sains yang awak belajar, tentu awak yakin dan nampak pasu itu bergerak lebih daripada 300 kilometer semasa awak sedang mengira tadi. Awak juga pasti mengaku awak nampak pasu itu bergerak semasa saya tanyakan kepada awak sebentar tadi. Betul?”

Bab Tiga;
‘Mengapa Allah? Kenapa bukan tuhan lain?’

Bab Empat;
‘Kenapa Allah tidak mengkabulkan doa-doa saya? Sedangkan Allah berjanji setiap doa yang dipohon hambaNya dimakbulkan?’

Bab Lima;
‘Jika Allah maha penyayang, mengapa orang kafir dibakar selama-lamanya di dalam neraka?’

Bab Keenam;
‘Mengapa ada banyak agama di dunia ini? Kenapa tidak satu sahaja di zaman Nabi Adam?’

Bab Tujuh;
‘Awak cakap kitab-kitab agama terdahulu tercemar dengan tulisan-tulisan tangan manusia. Boleh buktikan? Setakat cakap, sesiapa pun boleh. Buktikan!’

Bab Lapan;
‘Saya terbaca dalam banyak media dan internet mengatakan Islam adalah agama yang menindas wanita. Adakah benar?’

Bab Sembilan;
‘Jika awak katakana yang Islam itu adil, kenapa hanya lelaki dibenarkan kahwin sehingga empat orang? Sedangkan wanita hanya dibenarkan berkahwin dengan seorang suami. Bukankah itu tidak adil?’

Bab sepuluh;
Mengapa pula berlaku diskriminasi pada wanita dalam pembahagian harta pusaka? Bukankah Islam mengutamakan hak wanita dalam semua perkara?’

Bab Sebelas’
‘Kenapa Allah menyuruh para malaikat dan iblis menyembah Nabi Adam? Sedangkan menyembah makhluk adalah perbuatanmensyirikkan Allah.’

Bab Dua belas;
‘Apa yang saya tahu, Nabi Muhammad menerima wahyu pertama ketika beliau berumur 40 tahun. Jadi, apa agama Nabi Muhammad sebelum dilantik menjadi rasul?’

Bab Tiga Belas;
‘Mengapakah hokum hudud di dalam al-Quran seperti terlalu kasar? Bukankah tidak bertamadun hukuman begitu?’


NotaBawah:
Gambar diambil dari internet.

0 Rokyukum:

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah